IKLAN TAJAAN

Oktober 09, 2010

BANTUAN KEWANGAN YANG DITERIMA OLEH HAZRAT ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A DARI BAITUL MAL BAHAGIAN SATU

Hazrat Abu Bakar r.a berniaga kain dan hasil daripada perniagaan itulah beliau menyara kehidupan.Selepas beliau dilantik menjadi khalifah,beliau telah pergi ke pasar dengan membawa beberapa helai kain untuk dijual sebagaimana biasa.Hazrat Umar r.a telah bertemu dengan beliau dalam perjalanan lalu bertanya,"Kemana engkau wahai Abu Bakar?".Beliau menjawab ,"Aku hendak ke pasar.Hazrat Umar r.a kemudian bertanya,"Kalau engkau sibuk dengan berniaga apakah akan terjadi dengan urusan khalifah?".Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Jadi ,daripada sumber mana aku hendak memberi makan kepada ahli keluargaku?".Hazrat Umar menjawab,"Kita pergi berjumpa Hazrat Abu'Ubaidah r.a yang telah digelar oleh Rasulullah s.aw sebagai'Amin'(pemegang amanah) supaya beliau menentukan bayaran bantuan dari Baitul Mal.".Maka kedua-dua telah pergi menemui Hazrat Abu 'Ubaidah r.a.Beliau telah menentukan bantuan untuk Hazrat Abu Bakar r.a mengikut kadar yang biasa diberikan kepada daripada kalangan Kaum Muhajirin tanpa terlebih atau tekurang sedikit pun.Pada suatu hari isteri beliau memohon,"Hatiku ingin sekalim untuk makan makanan yang manis."Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Aku tidak mempunyai wang untuk membeli makanan tersebut."Isteri beliau berkata,"Saya akan mengumpulkan sedikit demi sedikit daripada wang saraan harian kita.Dalam beberapa hari,jumlah duit itu akan mencukupi untuk itu."Beliau lalu mengizinkan.Selang beberapa hari isterinya telah berjaya mengumpulkan wang itu.Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Melalui Pengalaman dapat diketahui bahawa kita telah dapat bantuan dari Baitul Mal lebih daripada keperluan."Oleh sebab itu,wang yang telah dikumpulkan oleh isterinya telah dipulangkan ke Baitul Mal.Beliau juga telah mengarahkan supaya pemberian setiap hari untuk beliau dikurangkan sebanyakwang yang telah dikumpulkan oleh isterinya.Khalifah dan pemerintah yang begitu besar pun menjalankan perniagaan sendiri yang hanya cukup untuk keperluannya.Bersambung............

September 22, 2010

HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai para pembaca blog saya yang dihormati sekalian,sesungguhnya umat kita umat islam kini dalam kerosakan yang serius,oleh sebab itu kita sebagai umat islam kita kembali kepada amalan-amalan sunnah dan ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh nabi kita Rasulullah S.A.W,jadi penulis akan menulis beberapa petikan hadis yang di riwayatkan oleh para perawi hadis:
  1. Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:Islam ialah bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.s.w.t dan bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan sembahyang,membayar zakat,berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah bagi mereka yang berkemampuan.
  2. Dari Fudhalah ibn Ubaid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Seorang mujahid itu ialah orang yang berjihad keatas dirinya sendiri iatu berjihad daripada nafsu yang bertentangan(dengan agama).
  3. Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:Kunci syurga ialah sembahyang dan kunci sembahyang ialah wudhuk.

Mac 22, 2010

MENEPATI JANJI

Kadang-kadang kita sering berjanji kpd sesama umat manusia untuk bersuka -suka sahaja tanpa memikirkan apa yang kita lakukan ,namun rasulullah telah berkata pada orang yg suka berjanji seperti main-main seperti orang munafik, dan menyalahgunakan kalimah insyallah untuk melengah-lengahkan janji yg kita buat dengan Allah dan manusia tapi tetap tidak sedar lagi tentang perjanjian mereka,akan tetapi perjanjian ialah pekara yang kita mesti tepati dan ia merupakan tuntutan syarak dan janji itu merupakan hutang yang wajib kita laksanakan.

Februari 10, 2010

MENGHIDUPKAN SEMULA KESENIAN ISLAM bahagian1

Agama islam yang kita anuti adalah satu-satunya agama yang paling lengkap dan semula jadi sebaik-baik pedoman untuk kemajuan,kebahagiaan dan kesejahteraan ummah seluruhnya.Ajarannya universal dan sesuai dengan fitrah insaniah yang keadaan bersih dan murni.Kesempurnaan islam bukan sahaja dari segi akidah dan syari'ahnya,malahan meliputi hal-hal seni,yang ada kaitan dengan jiwa manusia yang mencintai keindahan.Jelasnya islam adalah agama yang menghargai kesenian dan keindahan dengan ciri-cirinya yang boleh memberi kesegeran pada jiwa dan menyuburkan ketakwaan kepada Allah 'Azz wa Jala.Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya Allah itu indah ,dia menyukai keindahan.".Islam pada zaman kegemilangannya yang silam telah melahirkan hasil kesenian yang amat bernilai sama ada seni rupa mahupun seni suara.Seni rupa islam yang indah terdapat reka bentuk bangunan-bangunan masjid,seni khat dan kraftangan yang lain lagi.Demikian juga islam terjelma dalam gubahan syair dalam pelbagai bentuk bahar atau iramanya,lagu-lagu yang menghiasi bacaan Al-Quran dan sebagainya .Umat islam kini yang telah menempuh zaman kebangkitan untuk menebus maruah dan keagunganya semula,maka dalam kepesatan pembangunan itu,ciri-ciri kesenian islam hendaklah turut dibina dan dihidupkan semula,termasuk dalam reka cipta binaan dan bangunan sama ada milik individu mahupun milik perbadanan dan sebagainya.Senibina islam bukan saja bentuknya indah,tetapi mempunyai ciri-ciri mengagungkan Tuhan Yang maha esa,perpaduan ummah,kebersihan dan sebagainya.