IKLAN TAJAAN

Mac 30, 2011

FADHILAT Al-QURAN BAHAGIAN DUA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam buat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t Alhamdulilah hir robbi alamin wasolah tu wasalam mu ala syaidina muhamaddin wa'ala ahli hi wasabihi wasalam amma'badu.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
tadi sebelum solat maghrib ada penulis memberitahu tentang permulaan mengenai fadhilat Al-Quran yang mana kita sebagai umat islam yang sepatutnya menjadikan rujukan sebagai buku manual@panduan hidup kita.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
pada zaman sekarang kita melihat bahawa ramai umat islam di akhir zaman ini sudah melupakan Al-Quran dan meanggap Al-Quran sebagai bahan bacaan sahaja dan hanya difokuskan pada Bulan Ramadhan sahaja dan dibiarkan berhabuk didalam almari sahaja dan ramai yang tidak tahu fadhilat Al-Quran dalam masa yang saat-saat ini.

Dalam keadaan ini Al-Quran tidak mampu menjadi browser selagi manusia memandang rendah padanya . Tidak melihatnya sebagai buku paling hebat dalam dunia, kurang menanggapnya sebagai kalam Allah, kurang mengiktirafnya sebagai mukjizat agung, kurang menghargai segala peraturan dan ketetapan yang terkandung didalam nya sesuai bagi semua manusia sepanjang zaman.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Oleh Allah s.w.t,
dalam petikan itu telah jelas bahawa semakin lama umat islam meninggalkan Al-Quran semakin itulah Al-Quran ibarat menjadi "SURAT KHABAR LAMA" dan Kemuliaan Al-Quran itu semakin tercemar kemuliaanya. Oleh itu kita sebagai umat islam hendaklah menjaga Kemuliaan Al-quran untuk generasi masa hadapan.

Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati oleh Allah s.w.t,
Allah s.w.t befirman dalam Surah Al-Israa ayat 82 yang bermaksud : Dan kami turunkan dengan beransur-ansur yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya. Dalam maksud ayat diatas ialah Al-Quran boleh dijadikan penawar dan ubat penyakit dan ubat bagi segala masalah-masalah dunia tapi ramai orang yang tidak mengunakan penawar dari Allah s.w.t secara percuma dan masih ramai umat akhir zaman yg guna ubat kena bayar tapi tidak berkesan.

Yang kedua kebaikan dalam Al-Quran ini ialah Allah S.W.T meninggikan orang melalui Al-Quran dan menghina orang melalui A-Quran juga, ini dalam sabda Rasulullah Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah meninggikan ramai orang melalui kitab ini (Al-Quran), dan merendahkan (menghinakan) ramai orang dengan nya."(HR Muslim).

Yang ketiga ialah Al-Quran dapat memudahkan ingatan kita semasa mengulangkaji pelajaran kita kerana manusia yang meningati Allah maka Allah akan mengingatkan juga.


Itu sahaja yang dapat penulis menulis pada kali ini semoga dapat kita berkongsi dan bertukar-tukar pendapat akhir kata jazakaullah hu minkum dan sekian Assalamualaikum.

FADHILAT Al-QURAN BAHAGIAN SATU

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera dan salam ukhwah buat muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dalam melaksanakan dakwah dan selawat dan salam keatas jujungan Rasulullah s.a.w semoga dengan selawat itulah akan dapat menolong kita di akhirat insyallah

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t,

Kita umat-umat islam yang dilahirkan dimuka bumi ini sangat bertuah kerana masih dapat menghembuskan nafas sepanjang hari dan dan hidup hingga dari subuh ke subuh alhamdulilah, dan Allah s.w.t yang memberikan nyawa,rezeki, jodoh dan banyak lagi dalam sesuatu urusan kita dibumi yang bertuah ini.

Muslimin dan muslimat Yang dirahmati oleh Allah s.w.t.,

Kita sebagai umat islam harus lah mempelajari Al-Quran kerana Al-Quran merupakan sumber kita dalam Kehidupan seharian kerana kalau kita menggunakan laman web Google sebagai rujukan kita di muka bumi ini dan kalau dari segi agama hendaklah kita menggunakan Al-Quran sebagai rujukan untuk agama dan akhirat kelak dan banyak ganjaran yang Boleh didapati.

Insyallah penulis akan menyambung tazkirah ini pada bila-bila masa yang dizinkan oleh Allah S.W.T sekian jazakaullah hu minkum dan terima kasih.

Mac 29, 2011

FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

Mac 27, 2011

MENGENAI IBLIS LAKNATULLAH

Assalamualaikum w.b.t buat muslimin dan muslimat yang dihormati, alhamdulilahirobbialamin hamdan yukafi muzidah ya rabbanal tawakal ham amma ba'du.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,
manusia yang dijadikan pada zaman yang dari tanah yang dari bermula dari zaman nabi adam a.s sehinggalah kini yang dipelihara oleh Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang bagi seluruh umat muhammad s.a.w.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
sejak kita mengetahui bahawa iblis laknatullah asyik dan sedang menganggu kita dari kita lahir sampai kita mati, pada umum nya kita mengetahui bahawa iblis dan syaitan sebelum kedatangan Nabi Adam a.s kalau kita tengok rupa iblis dan syaitan ini terlalu hensem,kacak,dara,rupawan dan macam-macam lagi kita dengar dan iblis dan syaitan ini jugalah yang selalu mentaati dan mengerjakan Suruhan dan perintah Allah s.w.t.

Namun ketika Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan Allah s.w.t memerintahkan semua makhluk di syurga melakukan sujud kepada Nabi Adam a.s semua mahluk termasuk malaikat terus sujud kepada Nabi Adam a.s kecuali iblis dan syaitan kerana bongkak, diringkaskan cerita Allah S.W.T mengubah wajah iblis laknatullah ini menjadi muka yang sangat hodoh dan dicampakkan kedalam neraka.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
ramai yang masih tidak tahu bahawa iblis laknatullah ini mempunyai 5 keturunan dan keturunan-keturunan inilah yang menganggu manusia sampai manusia meninggal dunia,

Diantaranya ialah:

1.Dasim
Iaitu kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga mereka becerai berai dalam contoh ini kalau suami balik lewat ke rumah isteri berkata suami menyimpan perempuan dan berjoli dan yang suami pula menanggap kalau isteri bersembang dengan rakan lelaki untuk tujuan kerja dianggap sebagai mempermainkan perasaan suami. Oleh itu elakkan menyimpan sikap saling curiga mencurigai terhadap suami isteri.

2.Tsabar

iaitu menimbulkan keluh-kesah kedalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan tuhan contohnya kita "clash" ngan kawan kita lalu kita tertekan sehingga kita menyalahkan Allah s.w.t kerana ter"clash" dengan kawan-kawan kita so elakkan pekara tersebut terjadi.

3.Al-A'war

iaitu kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya mendorong manusia berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

4.Miswath

iaitu kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka kedalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah. Dan inilah yang berlaku pada zaman sekarang yang mana dah banyak sangat kaki-kaki pengumpat ini mengumapat secara terbuka tanpa rasa menyesal dan malu.

5. Zaknabur

iaitu Zaknabur menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat membeli belah . Kesannya ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana , malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan ataupun dikenali sebagai lepak.

Itu sahajalah tazkirah yang dapat saya berikan kepada muslimin dan muslimat semoga apa yang kita baca dan apa yang kita sampaikan mudah-mudahan diberkati oleh Allah s.w.t sekian Assalamualaikum w..b.t


RUJUKAN

1.Zulkfli Khair (2010) Offline dengan Syaitan, PTS publication, Percetakan Zafar Sdn Bhd.
2.www.google.com.
3.www.wikipedia.org


Mac 24, 2011

BACALAH UNTUK RENUNGAN

Keistemewaan Wanita Yg Allah Kurniakan "RAHIM"

oleh Ili Wanie pada pada 24hb Mac 2011 pukul 5.36 ptg

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib

sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin

juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan

dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan juga tidak derhaka kepada suaminya... =)

Mac 08, 2011

JANGAN BUNUH DIRI DULU

Saya Nak Bunuh Diri!

alt

Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti. Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur. Musnah. Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya.

Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah, dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu. Ah, dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi. Dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, ini dah masuk kali keempat."

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu, kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak. Apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai."

Aku mengangguk-nganguk.

"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje? Nama aje lain."

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas Law of Attraction adalah anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif.

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan, membawa cerita atau memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali ke dalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya iaitu lelaki yang ingin dihindari, kekecewaan dalam percintaanatau ditipu.

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)

Hadis Qudsi:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu." (Riwayat Muslim)

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengandetail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU:
1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M
2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN
3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS
4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN
5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR
6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN
7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.
8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI
9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT

Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata pada ku, "Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab."

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, "Tentulah yang handsome! Tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah."

Aku bertanya semula, "Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk.

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan bersedia menerima (receiving steps) juga telah ku bincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Hampir dua bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni.

"Assalamualaikum, busy ke bro?"
"Wa'alaikumussalam. Tak busy pun. Ayuni, lama tak dengar khabar? Macamana sekarang?"
"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit."
"Oh, apa halnya, sharelah."
"Macam ni. Step yang bro ajar tu power betulla. Sekarang ni ada tiga orang lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni. Tiga-tiganya ada ciri-ciri yang hampir sama je dgn apa yang Yuni tulis tu."
"Tiga orang? Ha, bagusla tu. So, what's the problem?"
"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga-tiga hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih."

Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku.

Syukur, Alhamdulillah. Semoga dia berbahagia hingga ke akhirat. Allah Maha Menyayangi sekalian hamba-Nya.

Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa." (Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi)

Wallahua'lam

Artikel iLuvislam.com

MUHASABAH DIRI DULU SEBELUM MENYERANG MUSUH ISLAM

Kenapa Salahkan Musuh?



alt

Umat Islam pada hari ini sememangnya tidak akan terlepas daripada menghadapi musuh. Di mana-mana pun kita berada musuh sentiasa ada. Sebagai contoh, di negara Palestin musuh Islam adalah golongan zionis yang telah mencabul serta mengambil hak dan maruah Islam di negara tersebut. Di Barat pula, musuh Islam adalah mereka yang sentiasa cuba menyebarkan jarum-jarum propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan Islam di mata dunia.

Alhamdulillah sekarang ini kelihatan semakin ramai pihak yang mula berani mempertahankan Islam daripada terus dipermainkan musuh. Semoga Allah memberkati mereka yang sentiasa berjuang dalam mempertahankan dan menegakkan kebenaran.

Namun begitu, masih terdapat ramai pejuang Islam pada hari ini yang seperti tidak mempunyai strategi dan rancangan perjuangan yang tepat. Mereka seakan-akan tiada panduan, lalu mencuba sesuatu teori dan akan menukar kepada teori lain kalau cubaan itu menunjukkan hasil yang negatif.

Sudahlah begitu, mereka pula seperti tidak sedar yang mereka mempunyai musuh yang banyak dan bermacam-macam jenis. Apabila rancangan mereka digagalkan, maka riuh rendahlah mereka mengatakan kesal terhadap musuh.

Realiti Masa Kini

"Tak patut musuh buat begitu." kata sesetengah pejuang Islam. Inilah realiti masa kini! Setiap kali musuh melakukan sesuatu yang bertujuan untuk mejatuhkan Islam, mulalah masing-masing menuding jari menyalahkan musuh. Bukankah musuh itu tugasnya menjatuhkan lawannya? Memang kerja musuh menjatuhkan lawannya. Di atas kejatuhan itu mereka dapat bertakhta dengan gagahnya.

Pejuang Islam hari ini kelihatan seolah-olah tidak bermusuh ketat dengan musuh Islam. Sebab itulah mereka tidak berfikir taktik apa yang perlu digunakan untuk menghadapi musuh. Yang mereka buat ialah marah kepada musuh kerana menggagalkan rancangan mereka, menyekat dan mengugut dengan memulaukan musuh.

Mereka harap dengan marah-marah begitu, musuh akan kasihan dan berpihak kepada mereka. Barulah musuh hendak bantu dan tidak lagi menghalang perjuangan mereka.

Kasihan pejuang Islam. Kita maki hamunlah dan berdemonstrasilah bagaimana dahsyat sekalipun, musuh tetap tidak akan menyokong, membantu atau berjuang macam kita. Bahkan mereka akan bertambah gembira kerana perbuatan mereka telah berhasil dalam menakutkan dan menggagalkan kita.

Dan selepas itu, mereka mungkin akan mengatur rancangan dan strategi yang lebih besar dan lengkap lagi, supaya matilah perjuangan Islam, terkunci mulut pejuangnya dan terhentilah segala aktiviti perjuangan Islam.

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar

Orang yang menyalahkan musuh samalah seperti orang yang menyalahkan nyamuk kerana menggigitnya. Makilah nyamuk sebanyak manapun, kita tetap akan digigitnya juga sebab itu sememangnya kerja nyamuk. Kalau kita tidak berbuat apa-apa kepada nyamuk tersebut, dia akan menjadi suka dan bolehlah dia meneruskan aktiviti menghisap darah kita tanpa apa-apa halangan.

Sepatutnya kita lawan nyamuk itu dan katakan kepadanya, "Wahai nyamuk, jangan engkau gigit aku. Sebab engkau hanya boleh ambil sedikit darahku tapi aku boleh ambil nyawamu." Sekiranya nyamuk itu menggigit juga kerana tidak sedar diri, tunggu apa lagi?

Bunuh saja! Biarkan ia menjadi perhatian nyamuk-nyamuk yang lain agar mereka tahu hukumannya. Namun nyamuk yang lain juga pasti tidak akan mengalah dan tetap ingin menghisap darah kita. Maka kita pun begitulah sepatutnya. Jangan mengalah dan kasihan kepada nyamuk. Jalankan tugas kita! Kalau pun tidak sampai hati hendak bunuh, pasanglah kelambu atau ubat nyamuk. Barulah nyamuk tidak boleh gigit kita.

Demikianlah sepatutnya dengan musuh. Mereka tipu kita, kita tipu mereka. Mereka atur strategi, kita pun atur strategi. Mereka halang perjuangan kita, kita pun halang perjuangan mereka. Mereka membangun, kita pun membangun, malah kalau boleh biarlah jauh lebih baik daripada mereka.

Itu barulah namanya perjuangan! Kalau setakat menyalahkan musuh dan berharap musuh tidak tewaskan kita, itu langsung tidak akan menjejaskan musuh, malah lebih memberikan keuntungan kepada mereka. Ingat, jangan salahkan musuh saja tetapi bertindaklah.

-Artikel iluvislam.com