IKLAN TAJAAN

Mac 22, 2010

MENEPATI JANJI

Kadang-kadang kita sering berjanji kpd sesama umat manusia untuk bersuka -suka sahaja tanpa memikirkan apa yang kita lakukan ,namun rasulullah telah berkata pada orang yg suka berjanji seperti main-main seperti orang munafik, dan menyalahgunakan kalimah insyallah untuk melengah-lengahkan janji yg kita buat dengan Allah dan manusia tapi tetap tidak sedar lagi tentang perjanjian mereka,akan tetapi perjanjian ialah pekara yang kita mesti tepati dan ia merupakan tuntutan syarak dan janji itu merupakan hutang yang wajib kita laksanakan.

Februari 10, 2010

MENGHIDUPKAN SEMULA KESENIAN ISLAM bahagian1

Agama islam yang kita anuti adalah satu-satunya agama yang paling lengkap dan semula jadi sebaik-baik pedoman untuk kemajuan,kebahagiaan dan kesejahteraan ummah seluruhnya.Ajarannya universal dan sesuai dengan fitrah insaniah yang keadaan bersih dan murni.Kesempurnaan islam bukan sahaja dari segi akidah dan syari'ahnya,malahan meliputi hal-hal seni,yang ada kaitan dengan jiwa manusia yang mencintai keindahan.Jelasnya islam adalah agama yang menghargai kesenian dan keindahan dengan ciri-cirinya yang boleh memberi kesegeran pada jiwa dan menyuburkan ketakwaan kepada Allah 'Azz wa Jala.Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya Allah itu indah ,dia menyukai keindahan.".Islam pada zaman kegemilangannya yang silam telah melahirkan hasil kesenian yang amat bernilai sama ada seni rupa mahupun seni suara.Seni rupa islam yang indah terdapat reka bentuk bangunan-bangunan masjid,seni khat dan kraftangan yang lain lagi.Demikian juga islam terjelma dalam gubahan syair dalam pelbagai bentuk bahar atau iramanya,lagu-lagu yang menghiasi bacaan Al-Quran dan sebagainya .Umat islam kini yang telah menempuh zaman kebangkitan untuk menebus maruah dan keagunganya semula,maka dalam kepesatan pembangunan itu,ciri-ciri kesenian islam hendaklah turut dibina dan dihidupkan semula,termasuk dalam reka cipta binaan dan bangunan sama ada milik individu mahupun milik perbadanan dan sebagainya.Senibina islam bukan saja bentuknya indah,tetapi mempunyai ciri-ciri mengagungkan Tuhan Yang maha esa,perpaduan ummah,kebersihan dan sebagainya.

Disember 18, 2009

AWAL MUHARAM NIAT BARU KITA

Di tahun baru kita dalam islam kita iatu awal muharram,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut awal hijrah dan muharram semoga kita mendapat hidayah daripada Allah,kita kenalah bermuhasabah diri dan membuat niat baru kita kerana kita berada dalam tahun yang baru,pekara yang baru,tapi janganlah kita maembeli baju baru,rumah baru dan lain-lain lagi,ini kerana semua pekara adalah pekara keduniaan semata-semata sahaja.bagi calon PMR yang keputusan keluar pada 27 Disember 2009 diharap agar mendapat keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dan kita jangan lupa mengucapkan alhamdulilah,tapi jangan menggantikannya dengan ucapan yahoo sambil melonjak-lonjak kegembiraan.Bagi sesiapa calon PMR yang bernazar dgn Allah,tunaikan nazar anda sebelum mendapat dosa dari Allah.Sekian wassalam.