IKLAN TAJAAN

Januari 13, 2011

Apabila suami jadi surirumah

SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.

Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar.




Advertise Here

Perkembangan ini tercetus berikutan masalah ekonomi dan pemberhentian pekerja yang banyak berlaku di kalangan bank, syarikat swasta dan industri.

Akibatnya, golongan lelaki yang tidak bekerja itu mengambil alih tugas wanita menjaga anak-anak, menghantar ke sekolah, memasak malah mengemas rumah.

Cerita suami menjadi suri rumah mungkin nampak pelik di zaman dulu, kini ia sesuatu yang realiti.

Ada yang melihat suami yang memilih menjadi suri rumah sebagai golongan yang ‘berani’ melakukan perubahan.

Namun, wajarkah aturan seperti itu berlaku dalam keluarga Islam?

Wajarkah seorang suami yang beragama Islam mengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi mencari nafkah buat keluarga?

Allah berfirman yang bermaksud: “Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan). (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Yang dituntut ialah suami membantu isteri melakukan kerja di rumah sebagaimana Rasulullah pernah membantu isteri Baginda.

Rumah tangga yang berjaya dan berada dalam kebahagiaan ialah di dalamnya terdapat kerjasama bersepadu antara pasangan suami isteri.

Rasulullah menempatkan akhlak sebagai jalan utama untuk mencapai kebahagiaan. Baginda tidak pernah memaksa atau memberatkan isterinya.

Menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang berumah tangga (tanpa sebab) tidak bekerja mencari nafkah.

Memandangkan kini ramai wanita memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi, pasti mereka bergaji lebih besar daripada suami.

Jadi, apakah ia punca suami mengambil keputusan mudah meninggalkan karier untuk duduk di rumah.

Memang ada suami ikhlas berhenti kerja untuk menjaga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anaknya.

Malah, ada yang serius membuat ‘persiapan rapi’ dengan mengambil kursus atau kelas memasak, jahitan serta menjaga sendiri anak di rumah tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah.

Jelas, suami tidak boleh memandang enteng perkara ini kerana ia berkaitan soal maruah seorang suami. Mungkin ada suami yang terpaksa berhenti kerja atas sebab mengidap penyakit yang memerlukan mereka berehat.

Manusia perlu memahami bahawa Allah s.w.t bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang bermanfaat dan baik saja yang digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik” (Surah Al-Maidah ayat 4)

Wanita tidak diharamkan bekerja asalkan mereka tahu menjaga hukum yang ditentukan Islam. Sekalipun mereka bekerja, pendapatan yang diterima menjadi hak mutlak mereka.

Mereka tidak bertanggungjawab memberikan kepada suami melainkan atas dasar ihsan. Allah memberikan seorang lelaki dengan pelbagai kemampuan dan kelebihan berbanding wanita.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di bilik dan menunaikannya di bilik lebih baik dari menunaikannya di rumah dan menunaikan di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad)

Kebanyakan wanita yang bekerja bagi membantu suami dan mereka tidak sekali-kali dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh besar.

Meskipun pendapatan suami kecil, mereka perlu meletakkan peranan menjadi ketua keluarga mengatasi segala-galanya.

Kedudukan sebagai ketua keluarga itu tidak akan berubah sampai bila-bila.

Kedudukan isteri yang lebih menjawat jawatan tinggi atau melebihi suami dari segi kewangan bukan alasan melepaskan tanggungjawab itu kepada isteri.

Suami yang memilih menjadi suri rumah perlu meneliti keputusan mereka itu dan kembali menerima hakikat, sebagai nakhoda mereka bertanggungjawab terhadap rumah tangga.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata ada dua keadaan suami duduk di rumah.

Pertama, tiada pekerjaan kedua, sengaja mengambil kesempatan ke atas isteri yang berpendapatan tinggi.

“Di dalam Islam, suami bertanggungjawab keluar mencari nafkah untuk diberikan kepada isterinya.

“Jika ada suami enggan bekerja dan mahu menjadi suri rumah, mereka perlu meletakkan martabatnya sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menggalas segala urusan rumah tangganya,” katanya.

Beliau berkata, maruah adalah satu kedudukan tinggi yang perlu dijaga dan dipelihara.

“Jika suami menjadi suri rumah dan mengharap rezeki daripada isteri, bermakna mereka menjadi golongan menerima yang boleh diarah.

“Sebagai ketua keluarga, mereka perlu menjadi individu yang tangannya berada di atas (golongan pemberi) sesuai dengan peranan mereka sebagai pentadbir keluarga,” katanya.

Mohd Zawawi berkata suami perlu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya iaitu menyediakan isteri makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan serta tempat perlindungan.

“Suami yang membiarkan isteri yang mencari nafkah dan bersenang-lenang hasil pendapatan isteri adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi syarak.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah ayat 233)

Pernah Nabi Muhammad s.a.w selepas pulang daripada perang Tabuk baginda terlihat kulit tangan Saad bin Musa al-Ansari hangus kehitaman lalu mengambil tangannya dan menciumnya.

“Saad menyatakan tangannya jadi begitu disebabkan beliau mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarganya.

“Begitulah besarnya pengorbanan seorang suami yang bekerja keras mencari nafkah buat keluarga,” katanya.

Beliau berkata, jika suami mengalami masalah kecacatan atau masalah lain yang tidak memungkinkan mereka bekerja termasuk terbabit dalam kemalangan, itu soal lain.

“Situasi itu di luar bidang kuasa manusia. Masalahnya, jika ada suami yang mengambil kesempatan di atas kelebihan isteri.

“Mereka hanya menjadi bebanan kepada isteri kerana duduk di rumah tanpa melakukan kerja. Suami pemalas sebegini tidak boleh menikmati hasil rezeki titik peluh isterinya dan ia menyalahi tuntutan agama Islam,” katanya.

Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan

MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.

Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar.




Advertise Here

Kelompok terbabit mencintai sesama jenis bukan saja merasa diri tidak bersalah malah ada antaranya bangga dengan ‘kelebihan’ yang kononnya mereka miliki. Perlu difahami, kecenderungan seseorang kepada homoseksual atau lesbian bukan takdir tetapi pilihan ditentukan sendiri. Justeru, mereka perlu bijak mengendalikan nafsu dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

Mungkin ada antara mereka merasakan itu hak kebebasan sebagai manusia tetapi hakikatnya manusia tidak pernah diberi hak penuh untuk memuaskan segala keinginan hatinya.

Sebaliknya, hak manusia itu dibatasi hukum Islam yang ditetapkan dan tidak pernah berubah. Begitulah mereka yang terjebak dengan homoseksual dan lesbian, sebagai insan dilahirkan sebagai Islam, seharusnya mengerti perlakuan itu bertentangan dengan perintah Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perbuatan yang keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata, Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari bandarmu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang berpura-pura menyucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan keluarganya melainkan isterinya; dia termasuk orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan.” (Surah Al-A’raaf: 80-84)

Perkataan keji dalam konteks ini bererti tindakan cabul, sodomi dan lesbian yang dilakukan kaum Lut.

Dosa besar dilakukan kaum Lut akan dihukum di akhirat kerana hukumannya lebih berat daripada azab dunia dan kehinaan di akhirat adalah lebih besar daripada kehinaan di dunia.

Ulama bersetuju berdasarkan al-Quran dan hadis, adanya larangan keras terhadap perbuatan homoseksual dan lesbian kerana kedua-dua tindakan itu pemusnah kepada institusi kekeluargaan serta ikatan pernikahan yang suci.

Justeru, mereka yang terjebak gejala ini perlu mengawal nafsu kerana manusia bukan haiwan yang dikawal oleh nafsu seks semata-mata. Manusia bertanggungjawab mengetahui bagaimana mereka dapat mengarahkan keinginannya yang juga suatu kepercayaan Allah diberikan kepada mereka, baik lelaki mahupun wanita.

Oleh itu, jika ada antara mereka menganggap apa dilakukan adalah satu kebebasan dan hak sebagai manusia, ia hakikatnya satu penyimpangan kepada sebuah kehidupan. Apatah lagi Islam sememangnya sudah menetapkan hukuman berat kepada yang melakukan perbuatan itu.

Allah berfirman bermaksud: “Dan (terhadap) wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi antara kamu (yang menyaksikannya).

Kemudian apabila mereka memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji antara kamu, maka berilah hukuman kepada kedua-duanya, kemudian jika kedua-duanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisa: 15-16)

Ulama menyatakan ayat 15 itu adalah lesbian yang melakukan perilaku sesat dan ayat berikutnya merujuk homoseksual yang melakukan perbuatan mungkar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Empat kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah ketidaksenangan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

Kita mengharapkan mereka terbabit perlakuan dimurkai Allah itu akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya kecuali bagi mereka yang syirik.

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

BILA UNDANG2 ISLAM@UNDANG2 ALLAH DINAFIKAN.....BILA MUFTI2 DAN ILMUAN2 ISLAM MEMBISU SERIBU BAHASA

Arak 'ibu' kepada maksiat

PERKONGSIAN pengalaman dua orang teman penulis tentang gelagat segelintir Muslim yang tanpa segan silu menonggak air haram atau minuman keras meskipun beranggapan ia bukannya di tempat awam pada ruangan sama dua minggu lalu, pastinya menimbulkan kegusaran ramai terutamanya umat Islam itu sendiri.

Tentunya persoalan pertama yang terdetik di hati kita yang mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah atau perkataan yang terpacul daripada mulut kita ialah "Tidak takut tuhan ke?" atau "Apalah nak jadi dengan umat Islam hari ni," malah banyak lagi yang berserabut dalam fikiran kita.

Apa tidaknya, takut dengan balasan-Nya ketika di dunia ini kerana pada saat Allah SWT menurunkan bala-Nya, ia tidak terkecuali yang melakukan dosa atau tidak. Semuanya merasai musibah tersebut.

Malah penulis tambah terkejut dan kecewa apabila dalam satu Muzakarah Pakar: Arak dan Permasalahannya pada Jumaat lalu, Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah menceritakan kepada audiens program anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pagi itu, bahawa beliau ada menerima kes di mana seorang bapa Muslim telah membawa anaknya yang baru berusia 10 tahun ke kelab malam dan telah diberikan minuman air beralkohol atau minuman keras. Tambah menyedihkan lagi, aktiviti ini dilakukan setiap malam sehingga kanak-kanak ini tidak dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.

Begitu juga dalam satu penerbangan, beliau telah berkenalan dengan seorang Muslim yang berbangsa Arab. Yang memeranjatkan Mohd. Farid Ravi apabila kenalan baru beliau itu telah memesan mimuman keras. Apabila ditanya, mudah sahaja jawapannya iaitu dia sedang dalam musafir.

Biarpun alasan yang diberikan itu tidak munasabah serta menimbulkan suasana jenaka para peserta di Dewan Besar IKIM itu, namun dalam kita ketawa besar itu, jangan kita lupa bahawa sikap dan tindakan segelintir umat Islam itu sendiri telah menjelaskan tindakan yang memperlekehkan agama Islam, sama ada secara sedar ataupun tidak.

Pada muzakarah itu juga, semua audiens sepakat mengakui bahawa permasalahan arak bukanlah isu agama sebenarnya tetapi ia adalah isu sejagat. Ini bertitik tolak daripada kesepakatan, kesan negatif arak bukan sahaja kepada individu malah masyarakat dan juga membabitkan aspek spiritual.

Turut dibangkitkan undang-undang penyalahgunaan dadah dan membanteras gejala yang berkaitan dengan dadah, peruntukan undang-undangnya cukup ketat. Ada peserta mempersoalkan mengapa peruntukan undang-undang serupa tidak dipraktiskan ke atas arak?

Padahal, jika dilihat kesan arak kepada seseorang itu, itu boleh dikira setaraf atau jauh lebih buruk. Lantaran itulah, Islam telah mengklasifikasikan arak sebagai ibu segala maksiat. Ditambah pula undang-undang tidak dapat menyelesaikan masalah sosial dan pendekatan berkesan ialah menerusi penguatkuasaan yang efektif.

Mohd. Farid Ravi dalam kertas kerjanya yang bertajuk, 'Mengapa Islam Mengharamkan Arak' menjelaskan Islam menggunakan cara pendekatan tadrij (berperingkat) untuk mengatasinya.

"Ini dapat dilihat daripada ayat-ayat pengharaman arak yang diturunkan sebanyak empat kali dengan ungkapan yang berbeza. Ayat pertama al-Nahl: 67: Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya. Pada ayat ini Allah belum lagi mengharamkan arak secara total.

"Namun, ada peringatan yang sangat halus daripada ayat ini iaitu tamar dan anggur yang manis kalau dicampur dengan sedikit ragi, pastinya akan memabukkan. Ayat ini hanya menceritakan sahaja tabiat Arab yang memproses tamar dan anggur menjadi arak.

"Sementara pada surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya... Ayat ini membuktikan bahawa dosa arak adalah lebih besar berbanding manfaatnya," katanya.

Tambah Mohd. Farid Ravi, pada ayat 43 surah an-Nisaa yang bermaksud: Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan. Larangan minuman keras itu ditentukan dengan masa waktu solat. Jelas perintah pengharaman tersebut dapat difahami.

Akhirnya, pada kali keempat baru diturunkan firman-Nya bermaksud: Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya. (al-Maidah: 90) Pada ayat inilah muktamad hukum minum arak, iaitu haram dan termasuk dalam dosa besar.

Perlu dijelaskan di sini bahawa kebanyakan rumah di zaman perkembangan awal Islam di Madinah menyimpan banyak arak. Tindakan serta merta dengan arahan Allah SWT dalam surah al-Maidah 90 dan 91 didasari oleh iman yang teguh, lantas menjadikan mereka pasrah terhadap perintah Allah.

Kata Mohd. FaridRavi lagi, ia tidak mudah yang disangka kerana minum arak sudah lama mendarah daging di kalangan bangsa Arab. Tapi, uniknya tidak timbul persoalan ketagihan di kalangan para sahabat berbanding orang sekarang. Lantaran itu, saran beliau perlu ada semangat jitu untuk berhenti tidak kiralah untuk tabiat minum arak mahupun merokok.

"Apa yang diharapkan ialah umat Islam harus peka terhadap permasalahan arak bermula daripada hukum pengharaman serta hukum penglibatan dalam aktiviti arak.

"Tidak dapat disangkal bahawa sebahagian besar permasalahan yang kian menular dan membarah dalam masyarakat Islam adalah berpunca daripada arak.

"Kerana dengan menjauhi arak, ia dapat menjaga kewarasan berakal, keharmonian di dalam keluarga serta menjaga nilai-nilai manusiawi dalam diri seseorang individu," ujar Mohd. Farid Ravi kaedah berkesan dalam mengatasi permasalahan arak ialah dengan menggunakan pendekatan pendidikan.

Pada muzakarah itu juga Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Sallehudin Abu Bakar membangkitkan kebimbangannya kerana trend di negara maju di mana arak dan rokok semakin menurun berbanding di negara kita, ia nampak ketara peningkatannya. Lebih-lebih lagi statistik yang diperoleh mendapati bahawa golongan remaja Melayu Islam (antara usia 13 hingga 18 tahun) juga terlibat dengan pengambilan benda haram ini.

"Sebenarnya, amaran tentang bahaya arak atau alkohol telah wujud sejak zaman silam lagi. Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan Empayar Kerajaan Mesir dan China Kuno ada kaitannya dengan penggunaan arak berlebihan.

Amaran

"Malah ahli falsafah Yunani ada mengeluarkan amaran tentang bahaya mabuk arak dan menasihatkan supaya minum secara sederhana. Begitu juga dengan Plato, Aristotle dan Hippocrates.

"Pada kurun ke 11 AD, Simoen Seth, doktor perubatan untuk keluarga diraja di Byzantine, ada menulis catatan bahawa meminum arak secara berlebihan boleh menyebabkan radang hati/hepatitis," katanya arak adalah minuman paling popular dan paling ramai selepas air dan teh.

Dr. Sallehudin juga menerangkan kepada audiens bahawa penyerapan alkohol ke dalam saluran darah adalah lebih cepat di usus kecil berbanding perut dan kecepatan penyerapan itu akan turut mempercepatkan kesan.

Antara kesan jangka pendek seperti; mabuk, dehidrasi dan keracunan alkohol. Manakala kesan jangka panjang termasuk perubahan metabolisma kepada organ hati, otak dan ketagihan.

"Alkohol yang terserap melalui saluran darah akan melemahkan aktiviti otak, tekanan darah menjadi tidak menentu, otot-otot tidak berfungsi sepenuhnya hilang keseimbangan dan jalan terhuyung-hayang dan juga aktiviti mental tidak dapat dikawal (hilang pertimbangan dan tidak siuman seperti pemarah dan hilang malu)

"Manakala kesan alkohol terhadap hati pula ia menukar alkohol kepada Axetaldehayde, suatu bahan mutagen dan carcinogen. Hati mampu memproses tujuh gms ethanol sejam. Kalau sekiranya seseorang itu mengambil sebotol wine, hati mengambil masa selama 12 jam untuk memproses. Bayangkan jika ia diambil berlebihan, tidakkah ini memudaratkan hati, sekali gus fungsi otak.

"Hakikatnya, kesan lebih buruk jika ia diambil dalam tempoh masa yang lama dan berterusan ke atas fungsi organ dan sistem tubuh badan manusia. Malah lebih memburukkan lagi, penggunaan alkohol melebihi 50g sehari akan meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser," katanya seperti; kanser mulut, payu dara, hati, paru-paru, perut, hempedu, endometrium, ovari, prostat, kulit-melanoma dan kolorektal.

Menjelaskan tentang ketagihan alkohol atau istilahnya alcoholism adalah satu penyakit di mana meminum alkohol adalah satu kemestian.

Kata Dr. Sallehudin, mereka yang terjerat dengan arak, jika tidak mengambil arak untuk sehari dua, mereka akan mengalami gejala pengunduran (withdrawal syndrome)

Dr. Sallehudin secara sinis dalam hujahan beliau turut menyamakan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia ramai yang ketagihan tetapi masalah sama juga berlaku kepada pihak berkuasa.

"Pendapatan daripada hasil rokok ialah sebanyak berbilion setiap tahun. Itu baru rokok, arak pastilah lebih banyak lagi. Jadi pihak berkuasa kenalah memikirkan cara lain untuk mencari pendapatan atau jangan sehingga ketagih atau terlalu bergantung kepada dua sumber pendapatan ini.

"Selain itu kekangan dari segi kehendak politik (political will) juga menjadikan masalah arak ini sukar ditangani. Selagi ahli politik itu takut hilang undi atau menjadi pemimpin yang tidak popular atau disenangi, selagi itulah sukar untuk merealisasikan umat Islam bebas arak," tegasnya.

Sementara itu dalam kertas kerja bertajuk, 'Arak dari Perspektif Undang-Undang Malaysia', Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin menjadikan isu arak di Selangor sebagai kajian kes dalam perbincangan muzakarah pakar itu.

Dalam pembentangan, beliau menegaskan undang-undang berkaitan alkohol di luar negara adalah jauh lebih ketat berbanding di negara ini. Di Eropah contohnya; Laporan dari US Department of State (July 2009) menunjukkan bahawa undang-undang di Norway adalah antara undang-undang yang sangat ketat di Eropah. Undang-undang tersebut memperuntukan hukuman yang berat iaitu penjara terhadap pemandu yang meminum alkohol. Tahap maksimum kandungan alkohol dalam darah adalah .02 peratus.

Di Selangor pula kata Dr. Zaleha, sebarang minuman yang mengandungi kurang dua peratus alkohol tidak memerlukan lesen daripada Lembaga Pelesenan. Di bawah seksyen 2(1) Akta Eksais 1976 sebagai "any alcohol or any liquid containing more than two percent centum of proof spirit, which is fit or intended to be or which can by any means be converted for use as a beverage".

Negara-negara Skandinavia kecuali Denmark mengawal penjualan alkohol secara ketat oleh kerajaan secara monopoli melalui peraturan mengenai penjualan dan pengambilan alkohol.

Di negara Islam seperti Arab Saudi melarang sepenuhnya pembuatan, import atau pengambilan alkohol dan memperuntukkan hukuman yang berat kepada sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut. Hukuman termasuk penjara dan sebatan.

Manakala di Qatar, undang-undangnya sama seperti Arab Saudi tetapi hukuman untuk kesalahan berkaitan dengan alkohol adalah penjara dan kemungkinan didiportasi. Walau bagaimanapun, alkohol boleh diperoleh di hotel dan bar berlesen. Pekerja asing bukan Islam pula perlu mendapatkan permit untuk membeli alkohol.

Di Bahrain yang terkenal sebagai negara yang sangat progresif di Teluk Parsi, bagaimanapun pada Februari 2009, Ahli-ahli Parlimennya telah berjaya menghalang penjualan semua jenis alkohol di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain.

Hakikatnya, banyak negara di seluruh dunia seperti di Iran, Afghanistan, Libya telah mula mengharamkan dan mengehadkan penggunaan dan pembelian alkohol. Di Tunisia, Maghribi, Mesir, Syria, Lubnan, Jordan dan Turki sungguhpun tidak melarang penjualan kecuali kepada remaja yang kurang daripada 18 tahun atau semasa pilihan raya dan bulan Ramadan.

Di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Latin mempunyai larangan tertentu mereka terhadap minuman beralkohol.

Di akhir pembentangan, Dr. Zaleha mengesyorkan dicari satu resolusi terhadap isu penjualan minuman keras khususnya di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam dan selanjutnya, mencadangkan sebarang tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan agensi berkaitan bagi mengawal dan menjauhkan umat Islam daripada menghampiri minuman arak yang merupakan ibu kepada kemaksiatan

Januari 12, 2011

BAYAN 1

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dapat penulis menulis kebesaran Allah s.w.t yang memanjangkan hayat penulis buat sekarang ini.Allah s.w.t telah memberikan amanat yang terdapat dalam kehidupan menusia ini dan ramai manusia sudah terlupa tentang amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t buat seisi alam dan Allah s.w.t telah memberikan masa yang banyak untuk bertaubat dan kembali kepadanya dan para nabi yang maksum yang telah dijanjikan oleh syurga oleh allah tetapi para nabi dan rasul sering berdoa mohon taubat kepada Allah s.w.t sehingga mata dan kaki mereka bengkak-bengkak kerana kurang tidur dan kebanyakan masa mereka adalah bertaubat kepada Allah s.w.t dan kita sebagai umat manusia mohonlah supaya bertaubat kepada Allah S.W.T dalam apa-apa jua sekali pun sesungguhya kerana setiap hari kita membuat dosa samada sengaja atau tidak sengaja dalam perbuatan kita setiap masa dan para sahabat pun melakukan taubat setiap hari tidak mengira masa.sekian wassalam.

Januari 10, 2011

BATU BESAR MENGELUARKAN POHON BESERTA DAHAN-DAHAN

Abu Jahal adalah salah satu pembesar quraisy yang paling kuat menentang nabi muhammad s.a.w dan agama islam.Si Abu Jahal ini tidak pernah merasa jemu dan patah semangat dalam usaha menyakiti dan menghalang Nabi Muhammad s.a.w dalam perjuangannya untuk menegakkan kalimah Allah.Bagi Abu Jahal selagi baginda masih hidup selagi itulah dia merupakan penghalang dan musuh mereka.Pada suatu masa Abu Jahal menemui Abu Talib iatu bapa saudara baginda.Tujuannya adalah untuk memberitahu Abu Talib mengenai kegiatan baginda yang tidak disukai olehnya dan penduduk kafir Quraisy.Kedatangnnya ke rumah Abu Talib disambut dengan baik meskipun dia tahu tingkah laku Abu Jahal digelar "firaun Quraisy"itu.Sebaik sahaja dia sampai ke rumah Abu Talib dia terus menyampaikan kehendak hatinya."Ya Abu Talib,tahukah engkau bahawa anak saudara engkau Muhammad telah membuat pekara yang aneh sejak kebelakangan ini.Dia telah menyebarkan agama baru kemudian mencerca tuhan kita dan tuhan nenek moyang kita.Setakat ini kami masih memaafkannya namun jika anak saudaramu masih melakukan ajaran yang sama maka kami akan menamatkan riwayatnya.Mendengar ancaman itu Abu Talib pun berkata:"Hai Abu Jahal duduklah sebentar biar aku panggil Muhammad dahulu".Tidak lama kemudian baginda pulang ke rumah dengan bapa saudaranya.Sebaik sahaja baginda sampai di rumah bapa saudaranya baginda telah dapat meneka tujuan Abu Jahal berada di situ.Sebaik sahaja Rasulullah sampai di muka pintu Abu Jahal pun terus berkata dengan tidak sabar:"Hai Abu Talib kalau anak saudaramu ini benar-benar seorang nabi,suruh dia tunjuk kami tentang kekuasaan Allah".Dengan Perasaan berbelah bagi Abu Talib menoleh ke arah anak saudaranya dan berkata :"Wahai anak saudaraku ,engkau sendiri telah mendengar permintaan Abu Jahal itu,apakah pendapat engkau tentang itu ?"Meskipun Abu Jahal mencabar kewibawaan baginda namun baginda tetap sabar menghadapi cabaran yang dihadapinya itu.Sambil memandang wajah Abu Jahal,baginda bertanya:"Adakah mereka ingin beriman dengan saya jika saya sanggup membuktikannya?" Bersambung.....

Januari 01, 2011

MASALAH SOSIAL DAN TAHUN BARU

Setiap tahun kita menyambut tahun baru pada penghujung bulan Disember, namun di sebalik tahun baru itu kita asyik didedahkan oleh gejala-gejala sosial dan masalah-masalah rakyat marhaen kita, dah bermacam-macam kita dengar namun kita tidak ambil kisah dan seolah-olah kita menanggap itu bukan masalah kita namun sebagai umat Islam bersaudara kita tidak boleh mengambil ringan terhadap kes ini kerana masalah sosial itu majoritinya bangsa Melayu @umat Islam Malaysia ,kalaulah kita tidak mencegah masalah kemungkaran maksiat itu kerana Allah S.W.T akan mempersoalkan tentang kita dan seluruh umat Islam dan Islam melarang kita menyambut juga apa -apa majlis yang berunsurkan maksiat.dan diharapkan masalah ini jangan sampai Allah turunkan bala baru nak insaf. Wallahualam