IKLAN TAJAAN

Oktober 18, 2011

ASAL USUL MANUSIA DALAM AL-QURAN

  Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari-cari  dan akan terus mengkaji dan mencari hakikat dirinya, namun hasil yang kita melihat masih manusia yang tidak mahu bersyukur kepada Allah s.w.t dan sedang penciptaan manusia ini .
 
  Dalam hal ini masih manusia tidak melihat dirinya yang hina kerana manusia dicipta dari tanah dan bermacam-macam tanah... Dalam Al-Quran ada menceritakan perciptaan manusia yang pertama  iaitu Nabi Adam a.s terdiri dari beberapa istilah..


    1.   Dari air........................................rujuk surah Al-Furqan ayat 54.
    2.   Dari Tanah (Al-Turab).................rujuk surah Al-Anbiya ayat 30.
    3.   Dari pati tanah (Al-Tin).
    4.   Dari tanah tin yang liat dan sebati..rujuk surah Al- Saffat ayat 11.
    5.   Dari  tanah yang panas dan berbau.
    6.   Dari tanah yang keras seperti tembikar.
    7.   Dari tanah bumi.
    8.   Menjadikan bentuk rupa.

 Perlu di ingat bahawa kita bukan lah manusia yang mulia dan sanggup dipandang tinggi malah semua manusia kena merasai sifat rendah hati dan bersifat tidak terlaku takbur dan ujub dalam setiap perkara yang kita lalui setiap hari... insyallah...

Oktober 11, 2011

KAWAL KEMARAHAN MU YA...


Panas Baran

alt
Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan?
Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji.
Apakah perbezaan panas baran dengan tegas?
Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa?
Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.
Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.
Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu."Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.
Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.
Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh jita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.
Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.
Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan?
Jadi salah satu cara hendak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. Ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah ayat 88.
Jadilah kita antara orang-orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya.
Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.
Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.
Dua benda yang dipohon olehnya iaitu agar diberi kekuatan untuk menegur suami dan dilembutkan hati suami.
Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepada-Nya.
Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah. Semua manusia diuji.
Cucu Rasulullah S.A.W iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki, dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri. Beliau hanya diam mendengar cacian mereka. Bayangkan betapa sabarnya Husin ini.
Jika kita melaluinya, bagaimana?
Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri?
Tepuk dada, tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?
Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya-Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.
Jika ada di antara kita ini ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah Islam dengan baik.
Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat Islam dan bukan memusnahkan kerana jika bicara kita jernih bak air zam-zam, maka jernihlah ia.
Tetapi jika keruh bak kopi, maka keruhlah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.
Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Nurul Athirah Zulkifli Bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa pada tahun 2009 dan cenderung dalam bidang debat. Melibatkan diri dengan program Islamik ketika di program matrikulasi. http://nurulathirahzulkifli.blogspot.com.

TUTUPLAH AURAT DENGAN SELOK-ELOKNYA....


Mengapa Harus Menutup Aurat

alt
Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.
Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.
Seorang penyair berkata:
"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."
Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)
"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)
Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.
Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.
Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.
Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Fatin Nabilah Seorang pelajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Oktober 08, 2011

BerJUBAH Tetapi Telanjang ?

Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah ! Berhenti MeSEKSIkan Jubah Muslimah.
Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik, kakitangan-kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.
Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat dan bukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.
Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasangJubah yang MAKSIAT.


Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur ‘ketat’ dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !
Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.
Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilahlonggar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.