Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.
IKLAN TAJAAN
April 05, 2012
KEMATIAN!!!!
Mac 16, 2012
MENGAPA ANAK JADI DERHAKA ?
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.
Iaitu melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar. Mudah-mudahan kita semua selamat di dunia mahupun di akhirat. Ingatlah
muslimin sekalian bahawa keingkaran kita kepada Allah hanya akan
mendatangkan kemurkaan Allah SWT.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Anak ialah anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya.
Kehadirannya adalah lambang kebahagiaan dan juga lambang tanda
kasih saying seorang suami dan isterinya. Sebab itulah anak atau zuriat
yang lahir akan disebut sebagai cahaya mata. Ia cahaya yang akan
mewarnai kehidupan sesebuah keluarga yang mana sudah pasti cahaya
yang lahir darinya ialah cahaya harapan bagi kebahagiaan dan
kegembiraan malah anak juga adalah kebanggaan kepada agama kita.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Antara faktor utama yang menjadikan anak-anak derhaka ialah
kurangnya pendidikan agama dan kesedaran beramal dengannya.
Amatlah malang sekiranya kita mempunyai anak yang berjaya dalam
pelajaran dan kerjaya tetapi bersikap buruk dan menderhaka kepada
ibubapanya.
Anak-anak yang dididik dengan dengan mementingkan kebendaan
semata-mata akan menilai kehidupan ini dengan aspek kebendaan
sahaja, mengira untung rugi dan mengejar kemewahan. Sebab itu nanti
akan muncul generasi yang beranggapan bahawa golongan orang tua
khususnya ibubapa adalah sebagai beban dalam kehidupan mereka.
Tiada kasih sayang atau belas ehsan tetapi yang difikirkan ialah
bagaimana mahu melepaskan diri dari tangungjawab dan bebanan
tersebut.
Maka tidak hairanlah ada anak-anak yang sanggup menghantar
ibubapa mereka ke rumah-rumah kebajikan. Malah yang menyedihkan
ada juga tergamak meninggalkan ibubapa di tepi jalan kerana tidak
sanggup menjaga kebajikan dan kehidupan mereka.
Sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa bermakna bakal
mendapat layanan yang baik dari Allah SWT dan begitulah sebaliknya.
Hakikat ini perlu diterima oleh kita semua kerana tanpa ilmu agama, sudah
tentu untuk menangani gejala penderhakaan terhadap kedua ibubapa
amatlah sukar. Sedarilah bahawa pedoman yang paling berkesan ialah
pedoman daripada panduan yang digariskankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Apa juga usaha jika tidak mengikut ajaran agama maka hasilnya
akan menjadi sia-sia.
Pendekatan agama amat penting kerana akan melahirkan anak-anak yang beriman. Iman itu perlu dijaga dengan ibadah dan kedua-duanya akan melahirkan manusia yang bersifat Ihsan. Pernah berlaku di
zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a , seorang bapa mengadu tentang
penderhakaan anaknya. Saidina Umar memanggil anak yang
menderhakai bapanya dan bertanya apakah benar perkara tersebut
berlaku serta mengingatkan budak itu tentang besarnya dosa menderhaka
ibubapa. Lalu budak itu bertanya kepada saidina Umar : “Tidakkah anak
juga ada hak ke atas ibubapanya?”. Saidina Umar menjawab “Benar”.
Bertanya anak tersebut “Apakah hak ibubap terhadap anak”. Saidina
Umar Menjawab : “Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi
nama yang baik dan mengajarnya Al-Quran”. Budak tersebut menyatakan
tiada satu pun hak tersebut dipenuhi oleh bapanya. Lalu Saidina Umar
bertanya kepada bapa anak yang mengadu tadi dengan katanya :
“Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan
anakmu? Kamu telah menderhakinya sebelum dia menderhaki kamu”.
Kisah ini adalah sebagai iktibar kepada kita jika tidak mahu anak-anak
kita menjadi seorang yang derhaka.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya ibubapa adalah contoh tauladan dan guru yang akan
mendidik dan turut mencorak sikap dan akhlak anak-anak mereka.
Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi contoh
kepada anak-anak. Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam fitrah (islam).Ibubapanyalah yang
menjadikannya yahudi,nasrani atau majusi”. (Riwayat Al-Bukhari)
Dalam hadis lain daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w pernah
juga bersabda: “Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab yang baik”.(Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat juga dikalangan ibubapa yang terlalu memanjakan anak-
anak sehingga membiarkan anak-anak melakukan apa sahaja tanpa
sekatan dan pemantauan yang selalunya tersasar dengan kehendak yang
telah ditetapkan oleh Islam. Kemanjaan seperti ini pasti mengundang
kemusnahan dan yang paling menyedihkan adalah anak itu akan
menyalahkan ibubapanya sendiri.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kejadian derhaka kepada ibubapa terlalu banyak menimbulkan
penyakit sosial dalam masyarakat. Ianya bukan sekadar melibatkan kes
seperti lari daripada rumah, berzina, penyalahgunaan dadah,
penyelewengan akidah dan kadangkala berakhir dengan pembunuhan
ibubapa itu sendiri. Kerosakan seperti inilah akan melemahkan ummah
dan saat dinantikan oleh mereka yang mengambil kesempatan.
Kelemahan inilah selalunya diambil kesempatan untuk mereka menyerap
pelbagai serangan khususnya serangan pemikiran kepada umat Islam
kerana sedar umat Islam yang dihimpit pelbagai masalah kehidupan
memang mudah dipengaruhi dengan pelbagai dakyah. Malah dengan
mengunakan pertubuhan-pertubuhan kebajikan mereka bergerak secara
terancang dengan mendekati golongan atau mangsa anak-anak derhaka
dengan memberi perhatian dan layanan yang boleh menggoncangkan
iman.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Anak-anak adalah pelapis kepimpinan akan datang dan peneraju
yang akan memastikan islam itu dimartabatkan. Oleh yang demikian
semua pihak perlu bersepadu menangani masalah ini. Untuk menangani
masalah ini mereka perlu diberi tarbiyah Islamiyah dan bimbingan untuk
menyelesaikan masalah kehidupan khususnya dalam menghadapi serta
menangani masalah mereka. Sudah tiba masanya kaedah Islam diambil
dalam merawat penyakit yang sedang melanda umat manusia pada masa
kini.
Oleh itu, ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting
dalam mendidik anak-anak mereka. Antara peranan dan tanggungjawab
ibubapa ialah;
Pertama : Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli
keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna.
Kedua : Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam
membimbing keluarga.
Ketiga: Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga
dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa.
Keempat: Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan
peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam.
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman Ayat 14 yang bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibubapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah
yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir
menyususnya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua ibubapamu serta kepada Aku jua tempat kembali . (Luqman: 14)
SERUAN AL BARZAKH
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “SERUAN AL-BARZAKH”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:
Yang bermaksud: “ Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (مختار الصحاح) oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).” (Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya .”
Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, “ bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian. Justeru mimbar menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). ”
Mac 02, 2012
KENAPA BADAN TABLIGH YANG SANGAT MELUAS ITU TIDAK PERNAH MENDAPAT TENTANGAN DARI YAHUDI? (mungkin ada?mari kita fikirkan)
FATWA SYAIKH ABDUR RAZZQ 'AFIFI:-
Syaikh ditanya tentang khuruj Jamaah Tabligh dalam
rangka mengingatkan manusia kepada keagungan Allah.
Maka Syaikh berkata :
"Pada kenyataannya, sesungguhnya mereka adalah mubtadi'
(orang yang membuat bid'ah)
yang memutar balikkan serta pelaku tarikat (ajaran) Qadariyah dan lainnya.
Khuruj mereka bukanlah di jalan Allah, akan tetapi di jalan Ilyas (pendiri Jamaah Tabligh-pent), mereka tidak mengajak kepada kitab dan sunnah, akan tetapi mengajak kepada Ilyas Syaikh mereka di Bangladesh.
Adapun khuruj dengan tujuan dakwah kepada Allah, i
tulah khuruj di jalan Allah, dan ini bukan khurujnya Jamaah Tabligh.
Saya mengetahui Jamaah Tabligh sejak zaman dahulu,
mereka itu adalah pembuat bid'ah di manapun mereka berada,
di Mesir, di Israil, di Amerika, di Saudi,
semua mereka selalu terikat dengan syaikh mereka yaitu Ilyas".
[Fatawa dan Rasail oleh samahatu syeikh Abdur Razzaq 'Afifi (1/174)]
FATWA SYAIKH SHALIH BIN FAUZAN AL-FAUZAN:-
Syaikkh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan telah ditanya :
"Apakah pendapat Syaikh tentang orang yang keluar (khuruj)
ke luar Kerajaan Saudi untuk berdakwah,
sedangkan mereka belum pernah menuntut ilmu sama sekali,
dan mereka memberikan motivasi untuk itu,
dan mereka menyebarkan syi'ar yang aneh,
dan mendakwakan sesungguhnya siapa yang keluar di jalan Allah untuk berdakwah,
maka Allah akan memberinya ilham.
Mendakwakan sesungguhnya ilmu itu bukanlah syarat yang penting.
Tentu Syaikh mengetahui bahwa di luar kerajaan Saudi ini
akan ditemukan aliran-aliran dan agama-agama
serta pertanyaan-pertanyaan yang akan dilontarkan kepada si dai'e.
Tidakkah anda melihat wahai Syaikh yang mulia,
sesungguhnya orang yang keluar di jalan Allah itu
harus mempunyai senjata agar bisa menghadapi masyarakat,
terkhusus di timur Asia, dimana mereka memerangi / membenci pembaharu
dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab?
Saya mohon jawaban atas pertanyaan saya ini agar manfaatnya menyebar."
Jawaban,
Khuruj (keluar) di jalan Allah, bukanlah khuruj yang mereka maksudkan sekarang. Khuruj (keluar) di jalan Allah adalah keluar untuk berperang. Adapun apa yang mereka namakan dengan khuruj itu, sesungguhnya ini adalah bid'ah yang tidak pernah datang dari salaf.
Seorang keluar untuk berdakwah kepada Allah, tidaklah dibatasi pada hari-hari tertentu, akan tetapi berdakwah kepada Allah sesuai dengan kesempatan dan kemampuannya, tanpa harus terikat dengan jamaah atau terikat dengan empat puluh hari atau kurang atau lebih.
Dan begitu juga, di antara yang wajib atas seorang dai'e, ia haruslah mempunyai ilmu, seseorang tidak boleh berdakwah kepada Allah sedangkan ia bodoh (tidak berilmu), Allah berfirman :
"Artinya : Inilah jalanku, yang aku mengajak kepada Allah di atas pengetahuan"
Yaitu atas ilmu, karena seorang dai'e mesti mengetahui apa yang akan didakwahinya, berupa hukum-hukum yang wajib, yang sunat, yang haram dan yang makruh. Dia harus mengetahui apa itu syirik, maksiat, kekufuran, kefasikan, kemaksiatan. Dan harus mengetahui tingkat-tingkat pengingkaran, dan bagaimana cara mengingkari.
Khuruj yang menyebabkan disibukkan dari menuntut ilmu adalah perkara yang batil (salah), kerana menuntut ilmu itu adalah fardu (kewajiban), dan ilmu itu tidak bisa didapatkan kecuali dengan cara belajar, tidak akan didapatkan dengan cara ilham, ini merupakan khurafat sufi yang sesat, kerana amal tanpa ilmu adalah kesesatan. Dan tentu meraih ilmu tanpa belajar adalah angan-angan yang salah.
[Dari kitab Tsalatsu Muhadharat fil Ilmi Wad Da'wah]
[Diterjemahkan oleh : Muhammad Elvi Syam, Dai dan Penerjemah di Islamic Dawa & Guidance Center di Hail. K.S.A, Dari kitab Tsalatsu Muhadharat fil Ilmi Wad Da'wah]
Februari 25, 2012
"MEYAKINI KEMENANGAN ISLAM"
Saya menyeru dan berpesan kepada sidang jemaah sekalian agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita dengan menghayati seluruh Syariat Islam di dalam kehidupan di samping taat mengerjakan segala yang diperintahkan dan menghindari segala larangan-Nya. Semoga hidup kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati di dunia ini dan berbahagia di akhirat kelak.
Allah menjanjikan kepada umat Islam bahawa mereka akan mencapai kemenangan ke atas musuh-musuh mereka dan memerintah semula mukabumi ini dengan syariat Islam. Namun amat menyedihkan apabila ramai di kalangan umat Islam yang seakan tidak percaya dengan kemenangan Islam. Pergantungan mereka kepada pengaruh dan kekuatan bukan Islam membuktikan mereka tidak yakin kepada kemenangan Islam. Runtuhnya nilai moral dan akhlak mereka juga turut membuktikan keraguan mereka kepada kegemilangan Islam. Ada di kalangan umat Islam yang menganggap realiti yang wujud pada hari ini tidak memungkinkan Islam memerintah dan menguasai dunia.
Memang benar suasana pada hari ini tidak menyebelahi umat Islam. Kebanyakan Negara-negara umat Islam berada dalam kemunduran, peperangan dan kacau bilau di samping musibah bencana alam dan seumpamanya. Selain itu kebanyakan Negara Islam bergantung kepada bantuan negara bukan Islam dalam menguruskan ekonomi mereka sehingga terpaksa tunduk dan patuh serta mengikut telunjuk mereka. Justeru, tidak hairanlah sesetengah daripada kita tidak yakin dan percaya kembalinya Islam ke era kegemilangannya. Bukan sahaja tidak mempercayainya, malah ada di kalangan umat Islam tidak bangga menjadi orang Islam, menukar penampilan kepada cara dan budaya hidup bukan Islam dan apa yang paling menakutkan ialah ada yang sangup menukar agamanya menjadi murtad.
ni adalah gambaran kepada muslim yang rapuh dan longgar imannya. Mereka menilai dan menimbang sesuatu perkara dengan timbangan kebendaan. Mereka melupakan tentang sunnatullah. Mereka lupa bahawa tiada kuasa yang akan kekal selama-lamanya. Kesemuanya akan mengikut putaran sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 140 ”...Demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesame manusia…”.
Selain daripada ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Nabi juga turut menceritakan khabar gembira mengenai kemenangan Islam dan umatnya. Rasulullah s.a.w. menggambarkan kepada kita walaupun buruk sekalipun keadaan umat Islam, namun di sana pasti ada golongan yang akan menyeru dan menegakkan kebenaran. Hadis daripada Sa’d R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”.(Riwayat Muslim)
Sedarlah, bahawa musuh-musuh Islam sejak dahulu sentiasa bersatu dalam memerangi umat Islam walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan keturunan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk menyesatkan dan menyelewengkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Malangnya kesatuan sebegini tidak wujud di kalangan Negara-negara umat Islam. Hatta dalam isu Palestin pun umat Islam masih lagi bertelagah apatah lagi dalam isu-isu yang lain. Ingatlah perpecahan di kalangan kita akan menghalang kemenangan dan memudahkan penguasaan musuh.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 46;"...Janganlah kamu saling berbantah, lalu menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan...".
Februari 22, 2012
Februari 07, 2012
KESAN ZIKIR KEPADA OTAK MANUSIA
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Rujukan,
http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/05/kesan-zikir-kepada-otak-manusia.html