IKLAN TAJAAN

Oktober 09, 2010

BANTUAN KEWANGAN YANG DITERIMA OLEH HAZRAT ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A DARI BAITUL MAL BAHAGIAN SATU

Hazrat Abu Bakar r.a berniaga kain dan hasil daripada perniagaan itulah beliau menyara kehidupan.Selepas beliau dilantik menjadi khalifah,beliau telah pergi ke pasar dengan membawa beberapa helai kain untuk dijual sebagaimana biasa.Hazrat Umar r.a telah bertemu dengan beliau dalam perjalanan lalu bertanya,"Kemana engkau wahai Abu Bakar?".Beliau menjawab ,"Aku hendak ke pasar.Hazrat Umar r.a kemudian bertanya,"Kalau engkau sibuk dengan berniaga apakah akan terjadi dengan urusan khalifah?".Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Jadi ,daripada sumber mana aku hendak memberi makan kepada ahli keluargaku?".Hazrat Umar menjawab,"Kita pergi berjumpa Hazrat Abu'Ubaidah r.a yang telah digelar oleh Rasulullah s.aw sebagai'Amin'(pemegang amanah) supaya beliau menentukan bayaran bantuan dari Baitul Mal.".Maka kedua-dua telah pergi menemui Hazrat Abu 'Ubaidah r.a.Beliau telah menentukan bantuan untuk Hazrat Abu Bakar r.a mengikut kadar yang biasa diberikan kepada daripada kalangan Kaum Muhajirin tanpa terlebih atau tekurang sedikit pun.Pada suatu hari isteri beliau memohon,"Hatiku ingin sekalim untuk makan makanan yang manis."Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Aku tidak mempunyai wang untuk membeli makanan tersebut."Isteri beliau berkata,"Saya akan mengumpulkan sedikit demi sedikit daripada wang saraan harian kita.Dalam beberapa hari,jumlah duit itu akan mencukupi untuk itu."Beliau lalu mengizinkan.Selang beberapa hari isterinya telah berjaya mengumpulkan wang itu.Hazrat Abu Bakar r.a berkata,"Melalui Pengalaman dapat diketahui bahawa kita telah dapat bantuan dari Baitul Mal lebih daripada keperluan."Oleh sebab itu,wang yang telah dikumpulkan oleh isterinya telah dipulangkan ke Baitul Mal.Beliau juga telah mengarahkan supaya pemberian setiap hari untuk beliau dikurangkan sebanyakwang yang telah dikumpulkan oleh isterinya.Khalifah dan pemerintah yang begitu besar pun menjalankan perniagaan sendiri yang hanya cukup untuk keperluannya.Bersambung............