IKLAN TAJAAN

Julai 31, 2011

Neraka Bagi Penzina

alt
Masih ingatkah kalian sejarah ketika kejadian Isra' Mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, sebuah piring tersebut berisi daging yang elok dan membangkitkan selera manakala sebuah piring lagi dipenuhi dengan daging busuk yang sudah berulat dan jijik?
Namun kelihatan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika itu keadaan lelaki dan perempuan tersebut yang sungguh aneh sekali kerana mereka sanggup menjamah daging yang telah busuk dan berulat tersebut daripada menjamah daging yang masih elok dan membangkitkan selera. Maka Rasulullah S.A.W telah diberitahu oleh malaikat Jibril A.S bahawa golongan yang sedang menjamah daging busuk tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan penzina.
Siapakah yang digolongkan dalam golongan penzina ini? Mereka ini sebenarnya terdiri daripada manusia-manusia yang gemar melakukan seks bebas dan seks sebelum bernikah. Bagaimana pula sekiranya mereka pernah terlanjur mengadakan hubungan seks luar nikah tetapi kemudiannya bertaubat? Maha Suci Allah, Dialah yang menentukan segalanya samada taubat mereka itu diterima ataupun ditolak. Dengan melakukan taubat nasuha dan tidak mengulangi ketelanjuran tersebut, Insya-Allah Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka tersebut. Wallahualam.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isra' Mikraj bagaimana sekumpulan wanita yang digantung buah dadanya dengan rantai yang diperbuat daripada Api Neraka dan dari faraj mereka keluarlah lendiran busuk yang berupa nanah (berbau lebih dasyat daripada bangkai haiwan), sehinggakan mereka yang turut berada di dalam api neraka tersebut sendiri jijik melihat keadaan mereka tersebut dan minta dijauhkan daripada wanita-wanita tersebut. Jibril A.S memberitahu Nabi Muhammad S.A.W bahawa mereka itu adalah terdiri daripada golongan-golongan yang tidak menjaga kehormatan dan maruah diri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Jauhilah oleh kamu akan perbuatan zina kerana penzina akan ditimpa empat jenis kecelakaan atau bala iaitu akan hilanglah seri dan nur daripada wajahnya, akan dipersempitkan rezekinya, akan menerima kemurkaan Allah selamanya dan berkekalan dibakar dan diseksa didalam api neraka.
Firman Allah S.W.T (An-Nur ayat 2) yang bermaksud: Perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah kedua-duanya disebat dengan 100 kali sebatan(setiap seorang), dan janganlah kasihani mereka ketika menjalankan agama Allah(ketika melakukan sebatan ini) , jika kamu tergolong dalam golongan yang benar beriman kepada Allah. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua duanya...
Sabda Rasulullah S.A.W: Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga langit tidak lagi menurunkan hujannya, bumi tidak lagi mengeluarkan hasilnya dan seorang wanita (tidak hanya terdapat) bagi mereka seorang lelaki sebagai pemberi nafkah.(bermaksud seorang wanita yang bersuami tetapi masih berzina dengan lelaki lain) Demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu dia berkata ,' sesungguhnya wanita ini telah pernah berhubungan(berzina) dengan lelaki lain'-hadith riwayat Imam Ahmad
Hadith ini menyebut tentang kecurangan wanita iaitu isteri terhadap amanah suami sepanjang peninggalan suaminya. Bukan sahaja harta benda suaminya tidak dijaga, malah dirinya yang merupakan hak mutlak suaminya pun tidak dijaga dan digadaikan tubuhnya kepada lelaki lain. Nafkah yang disebut didalam hadith diatas merujuk kepada nafkah batin iaitu wanita tersebut tidak sahaja mendapatkan nafkah batin daripada suaminya yang sah tetapi juga melakukan hubungan seks dengan lelaki lain ketika tidak diketahui suaminya. Manakala ayat seterusnya iaitu demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu berkata, sesungguhnya wanita ini pernah berzina dengan lelaki lain bermaksud pada ketika hampir kiamat itu berlaku seorang isteri bukan sahaja berani melakukan persetubuhan dengan lelaki lain dibelakang suaminya tetapi juga dihadapan dan dengan pengetahuan suaminya. Astagfirullahalazim! Itulah yang terjadi kini bukan?
Rakan-rakan yang dikasihi sekelian, jauhilah diri daripada melakukan zina dan segala perkara yang mendorong ke arah zina. Sedih rasa hati apabila setiap hari saya terbaca kisah-kisah penzinaan didalam surat khabar dan sebagainya. Sekarang, zina bukan sahaja dilakukan oleh pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, namun turut berlaku diantara kawan-kawan secara suka-suka, adik beradik dan juga sepupu sepapat terdekat. Ya Allah! Malah, turut lebih menyedihkan apabila pasangan yang berzina tersebut melakukan zina sehingga si wanita itu mengandung anak luar nikah dan menggugurkan kandungannya atau membuang bayi tersebut setelah dikandungnya
Orang-orang yang berzina diberikan balasan oleh Allah sejak di dunia lagi seperti penyakit-penyakit Aids, HIV, siplis dan barah. Malah lebih memalukan apabila masyarakat sekeliling tahu akan penyakit tersebut terjadi akibat perbuatan zinanya. Malah dosa paling terbesar selepas syirik kepada Allah ialah dosa berzina!
Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh sekiranya pernah terlanjur. Allah maha pengampun dan akan menimbangkan taubat orang yang benar-benar ingin menjauhi dosa dan ingin kembali melakukan kewajipan yang selama ini diabaikan.
Sumber rujukan: Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar dan internet.
 Sumber imej : Google Image

Calon-Calon Pemuda Pilihan

alt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.."
– Presiden Pertama Indonesia,Bung Sukarno.
PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..
"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"
- Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab
SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?
Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - Surah Al-Kahfi [18:13]
Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam.
Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.
Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.
SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.
Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.
Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!
Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..
Ya Allah..
Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!
Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!
Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.
Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?
Itulah HATI ..
"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - Surah An-Naml [27:74]
Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.
Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.
Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih .. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.
HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.
Apakah cara dan strateginya?
Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.
Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??
Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..
Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.
Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana, kawal sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.
Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.
Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI .. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!
Ayuh PEMUDA!!
Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!
Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!
Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.
Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.
Alhamdulillah.
- Artikel iluvislam.com

Kenapa Subuh Petanda Kekuatan?

alt
Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.
Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.
- Artikel iluvislam.com

Cabaran Kehidupan

alt
Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.
Aku melontarkan pandangan ke laur tingkap. Cuaca begitu terang sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya.
Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.
Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.
"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.
"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.
"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."
"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.
"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"
Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.
"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.
Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.
"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis semua tu. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."
"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr. X. meminjam analogi yang sama.
"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.
Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.
- Artikel iluvislam.com

Kartun Avatar Adaptasi Dari Cerita Khilafah Kita?

"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya. Namun saat dunia membutuhkannya dia menghilang.
Beratus tahun kemudian aku dan abangku menemukan seorang avatar muda yang baru. Seorang pengendali udara bernama Aang. Walaupun ilmu pengedalian udaranya sangat bagus, namun dia masih memerlukan banyak waktu untuk menguasai semuanya, Tapi aku yakin, Aang dapat menyelamatkan dunia".
Hmmm... Sahabat sekalian, kamu semua tentu sudah tidak asing dengan cerita di atas tadi. Masih ingat tak? Pasti ingat punya, yang pasti itu bukan cerita nenek kebayan. Kalau ada yang meneka, "Itu cerita Avatar the Last Air Bender Legend atau Avatar si Pengendali Udara!" Itu betul sekali, tahniah di atas ketepatan tekaan anda.
Ok kalau begitu, anda sudah kenal kan cerita kartun Avatar? yang meminati kartun pastilah tahu. Tipulah kalau anda semua si peminat anime atau kartun tak tahu. Betul tak?. Jadi, di sini kita bukanlah berbincang tentang bagaimana hebatnya si Avatar tu. Asalkan anda semua sudah menonton cerita tersebut, dan pasti sudah tahu bagaimana kehebatan Aang. Walaupun Aang masih kecil tapi sangat berani dan hebat, menguasai semua ilmu bela diri lagi. Apalagi disebut di awal, dia sebagai "penyelamat dunia".
Di sini saya akan bawakan cerita singkatnya sahaja, dalam episod "The Boy in the Iceberg," dua remaja dari Suku Air Selatan yang bernama Katara, seorang pengendali air dan abangnya yang bernama Sokka, menemukan Aang dalam sebuah bongkah ais, kemudian mereka membebaskannya. Aang adalah seorang kanak-kanak dan berkebolehan mengendali udara yang merupakan seorang Avatar.
Selama seratus tahun Aang terkurung di dalam bongkahan ais, setelah ia bertemu dengan badai saat dirinya melarikan diri dari Kuil Udara selatan karena dia merasa kebingungan dan tertekan setelah dia diberitahu akan terjadi perang antara bangsa, sehingga seorang Avatar diperlukan.
Dari penjelasan, kedua adik beradik (Sokka dan Katara) itu Aang tahu bahwa selama ia menghilang, ketakutan para pendahulunya akan terjadinya perang telah menjadi kenyataan. Bertahun-tahun selama ia melarikan diri, Negara Api yang menjadi rumah para pengendali api, mengadakan perang menggempur tiga bangsa lainnya, iaitu Kerajaan Bumi, Suku Air, dan Pengembara Udara.
Seluruh kuil udara dihancurkan, termasuk Pengembara Udara, semuanya dimusnahkan supaya Avatar tidak boleh kembali lagi. Hal itu menyebabkan Aang menjadi pengendali udara terakhir di muka bumi. Karena dia seorang Avatar, sudah merupakan kewajibannya untuk mempelajari pengendalian empat unsur, agar boleh mengalahkan Raja Api dan membawa kembali kedamaian dan keharmonian di muka bumi. Jadi untuk memikul tugas tersebut, Aang ditemani oleh Katara dan Sokka, bersama dengan dua haiwan peliharaannya, Momo dan Appa untuk mencari ahli pengendalian unsur-unsur dan belajar untuk menjadi seorang Avatar, dan pada masa yang sama mereka harus menghindari usaha penangkapan oleh pihak Negara Api (Lihat wikipedia, Avatar: The Legend of Aang).
Avatar versus Khilafah.
Wahai sahabat sekalian, tahukah anda sekiranya kita berlepas dari adanya pengaruh unsur-unsur budaya tertentu, dan ritual agama tertentu cerita Avatar ini hampir mirip dengan sejarah dan realiti umat Islam?. Macam ini, sekiranya kita melihat cerita Avatar tersebut dan hayati semula dalam-dalam, kita sebagai seorang pemuda Muslim harus refresh kembali dan pasti akan teringat dengan pemimpin umat (khalifah) yang mestinya ada sebagai pelindung umatnya seperti mana dalam alunan sejarah yang telah membuktikan 1300 tahun lamanya islam pernah memimpin dunia (khilafah).
Cuba saja anda semak paparan Katara pada setiap awal episod di cerita Avatar tersebut.
"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya."
Kenapa ya dulunya bangsa-bangsa tersebut damai? Tentu saja hal itu terjadi karena memang mereka hidup di bawah kepemimpinan seorang Avatar dan tidak ada satu pun negara yang serakah. Tetapi dengan kesombongan dan kebongkakkannya, negara api menyerang negara-negara lainnya. Akhirnya, kedamaian pun hilang. Yang ada hanyalah pembunuhan, penyiksaan, ketamakan memonopoli kekuasaan, penahanan, dan kerusakkan lainnya.
Di dalam animasi Avatar itu pun disebutkan bahawa semua kerosakkan tersebut hanya dapat dihentikan oleh seseorang yang disebut dengan Avatar. Memang betul sejak dahulu, Avatar senantiasa ada. Setiap kali Avatar yang satu mangkat, selalu digantikan oleh Avatar berikutnya. Dialah yang mampu menyatukan kembali bangsa Air, Api, Tanah dan Udara.
Tetapi, ketika kedamaian itu tidak ada, seorang Avatar yang diperlukan tersebut ternyata menghilang. Yang akhirnya, derita yang menimpa bangsa Air dan bangsa Tanah terus berlangsung..
Sahabat, cuba singkap kenyataan-kenyataan tersebut, sama tak cerita Avatar itu dengan cerita realiti atau kenyataan kita? Ya benar ini sangat serupa dengan apa yang menimpa dunia Islam hari ini. Kalo boleh kita ubah sikit cerita awal tersebut dengan versi nyata dunia Islam, bunyinya jadi begini, 
"Dahulu kala, negeri-negeri bersatu dari Spanyol hingga Melayu hidup dengan kedamaian dan kebahagiaan dalam sistem Khilafah. Namun, semuanya berubah setelah kaum kafir harbi menyerang dari segala sisi, baik mental mahupun fizikal."
Benar kan, dulu kita umat Islam, bersatu dengan aman dan dalam mulai dari Spanyol hingga nusantara ini bersatu padu di bawah satu kepemimpinan yang menyatukan mereka, iaini Khilafah. Seorang Khalifah, pempimpin negara Khilafah, telah menjadi payung dan perisai pelindung umat. Umat ini berwibawa dan disegani saat kita hidup di bawah naungan Khilafah.
Islam pernah menguasai 2 per 3 daripada dunia. Demikian pula, awal mula peradaban mulia itu diawali oleh Islam. Termasuk di dalamnya dalam penguasaan sains dan teknologi yang meningspirasi dunia Barat. Dunia mengakui hal ini. Cuba kita sama-sama semak pengakuan seorang pengusaha di sebuah perusahan komputer ternama di dunia. Carly Fiorina, CEO Hewlett-Packard (HP), menulis:
"Dulu pernah ada sebuah peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban itu mampu menghasilkan sebuah negara super yang membentang dari samudera ke samudera, dari daerah sub-tropik hingga ke daerah tropik dan gurun. Dalam wilayah kekuasaannya, tinggal ratusan juta warganya, yang tediri dari berbagai kepercayaan dan bangsa.
Salah satu dari sekian banyak bahasanya menjadi bahasa universal dan menjadi jambatan penghubung antara warganya yang tinggal di berbagai negeri. Tenteranya tersusun dari orang-orang yang berlainan kebangsaanya. Kekuatan tenteranya mampu memberikan kedamaian dan kesejahteraan yang belum pernah ada sebelumnya. Jangkauan armada perdaganganya membentang dari Amerika Latin sampai ke Cina, serta daerah-daerah yang berada di antara keduanya.
Kemajuan peradaban ini sangat ditentukan oleh berbagai penemuan yang diraih oleh para pakarnya. Para arkiteknya mampu mereka bangunan melawan hukum graviti. Para pakar matematiknya menciptakan aljabar; juga algoritma yang menjadi pengembangan teknologi komputer dan penyusunan bahasa komputer, para doktornya mempelajari tubuh manusia hingga mampu menemukan berbagai ubat untuk menyembuhkan beraneka ragam penyakit.
Para pakar astronomiya mengamati langit, memberikan nama bintang-bintang, serta merintis teori seputar perjalanan dan penelitian ruang angkasa. Ketika bangsa-bangsa lain khuwatir terhadap munculnya berbagai pemikiran, peradaban ini justru memacu kemunculan beraneka ragam idea dan gagasan. Ketika tindakan keras seringkali mengancam keberadaan ilmu pengetahuan, peradaban ini justru melindungi, mempertahankan, serta menyampaikannya kepada umat-umat lain.
Peradaban barat modern mendapatkan banyak manfaat dari kemajuan ini. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 M sampai dengan 1600 M, termasuk di dalamnya wilayah Negara Khilafah Utsmaniyah, Baghdad, Damaskus dan Kairo, demikian pula masa-masa para pemimpin yang cemerlang, seperti Khalifah Sulaiman yang perkasa.".
Nah betul tak apa yang dinyatakan bahawa Avatar itu cerita betul, dan inilah sebuah kehidupan sebenar avatar?
Tetapi semuanya kini berubah. Setelah perencanaan yang panjang akhirnya, kuasa barat berhasil merobohkan kekuatan umat Islam. Tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924, institusi pemersatu umat itu dibubarkan oleh seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal Pasha at-Turk. Sejak itulah, dunia Islam memburam.  Kuasa barat menyuntikkan senjata racun yang mematikan kepada tubuh umat Islam, termasuk generasi muda. Senjata ini pula yang telah digunakan oleh barat dalam membunuh Khilafah tersebut.
Senjata yang dimaksudkan adalah idea-idea Barat yang hingga kini terus menerus dipaksakan kepada generasi muda muslim, seperti idea kebebasan, hak asasi manusia, nasionalisma, sekularisma (pemisahan agama dari kehidupan), demokrasi, dan idea-idea busuk lainnya.
Ketika kaum Muslim tidak lagi berada dalam pangkuan Khilafah, satu demi satu negeri kaum Muslim terpecah belah, yang disekat-sekat oleh ikatan nasionalisma. Dengan ini kuasa barat berleluasa menjajah dan menjarah negeri-negeri kaum Muslim bahkan hingga ke hari ini. Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, dan negeri-negeri lainnya menjerit meminta pertolongan.
Mereka dibunuhi, tanahnya dirampas, sumber daya alamnya dijarah dan dijajah oleh kaum kafir penjajah tanpa ada pembelaan. Makanya serupa tak dengan cerita Avatar?. Jika di  dalam filem Avatar, yang jahatnya adalah si Raja Api, maka hari ini, raja Api itu adalah ibarat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya yang terus menerus hingga kini menjajah negeri-negeri kaum Muslim.
Lantas Jom Kita Jadikan Avatar Ini Sebuah Yang Episod Nyata, nak tak?
Seperti halnya di filem Avatar, kejahatan akan segera musnah , dan dengan itu kejahatan dan kemunduran yang menimpa umat Islam pun akan segera berakhir, setelah sang islamic avatar atau the caliphate alias Khalifah yang akan kembali hadir memimpin dunia dalam system pemerintahannya Al Khilafah Islamiyah. Seperti halnya Aang, dia masih muda dan terus berjuang menimba ilmu untuk menjadi sosok avatar.
Begitu juga, hari ini jutaan para pemuda Muslim di seluruh penjuru dunia bahu-membahu untuk kembali mewujudkan sang pembebas dunia dari penjajahan. Mereka bersatu di bawah panji Rasulullah dan menginginkan Khilafah kembali. Kalian tak percaya? Kaji nih kata-kata dalam sebuah lirik rap anak muda Amerika sana yang dibawakan oleh SOA. Dia menyatakan, "Its time to take a STAND! Follow ONLY Allah's Commands! Put Khilafah back on the MAP. IT'S TIME TO BRING ISLAM BACK". Anak muda Muslim Britain juga tidak ketinggalan, mereka menyerukan "Bring Back Islam, Bring Back The Khilafah" dalam sebuah lirik hiphop nya.
Bagaimana dengan para pemuda Muslim di negeri ini? Jadi, pasti harus lebih dari itu. Di negeri David Backham sahaja, para pemuda muslimnya menyerukan Khilafah. Masakan di negeri kita tidak. Malulah saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian! Jom mulai hari ini kita pelajari Islam sebagai agama yang lengkap, fahami, amalkan dan dakwahkan.
Seperti halnya Avatar, masih muda tapi terus belajar sekalipun dia adalah orang yang hebat untuk menghentikan segala kejahatan. Kalau ada yang ingin bertanya bila? Ya jawapannya, saat ini juga, sebelum ajal menjemput, hingga Islam berjaya kembali di bawah naungan KHILAFAH! Insya'allah sedikit waktu lagi.
- Artikel iluvislam.com

Tanda Kiamat: Orang Dungu Menjadi Pemimpin

alt
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.
Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.
Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu :
Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat). Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi ( Juz 1, bab Asyratuss'ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)
Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata). Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.
Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.
Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?"                  
Baginda S.A.W menjawab , "Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat"                                       
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan?                                                                            
Baginda S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. sudahkah musibah seperti ini terjadi?
Sumber Rujukan: Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia ditulis oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Julai 21, 2011

Nikah Awal vs Maksiat

1
Setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, para remaja di "bomb" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh, umur pun sudah meningkat, tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara automatik. Apatah lagi sekiranya terdapat banyak godaan daripada suasana sekeliling. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual tu boleh teransang berlipat kali ganda malah, kadang kala ia turut berlaku pada belia yang baru menginjak ke usia remaja lagi.
Berita baru-baru ni mendedahkan kes remaja berumur 14 tahun secara senyap-senyap menjadikan hubungan seks sebagai hobi, dan ibu bapa remaja terbabit tidak tahu menahu langsung akan hal tersebut. Perkara ini mungkin mengejutkan masyarakat yang membacanya tetapi sebenarnya perkara sebegini sudah banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ini kerana semuanya tidak mustahil apabila terdapat godaan dan rangsangan yang terlalu banyak di media massa dan elektronik. Maka inilah akibatnya apabila segala-galanya tidak dibendung dan segala perkara yang haram dihalalkan. Penyebab utama yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral para remaja Islam.

Bayangkan jika sekarang ini sudah bermacam-macam perkara buruk terjadi terhadap generasi muda ini bagaimana pula nasib generasi muda pada masa akan datang? Berkemungkinan besar moral anak-anak muda akan lebih hancur, masyarakat menjadi punah ranah, dan negara akan jatuh kerana penuh dengan belia yang sudah rosak akhlaknya.
Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?
Setelah dirujuk pelbagai risalah dan buku-buku Islamik, yang membahaskan isu-isu semasa, dan cara-cara terbaik utk menyelamatkan masyarakat dan anak-anak muda, kebanyakkannya mencadangkan nikah awal sebagai satu cara untuk menghindarkan remaja daripada berterusan melakukan maksiat. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya menggalakkan anak-anak muda supaya kahwin awal disamping menyediakan jalan untuk mereka agar dapat bernikah dengan sah tanpa syarat-syarat yang membebankan.
Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)
Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu.
Namun perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan, seterusnya memiliki kerjaya yang stabil dan sebagainya. Sudah tentu ibu bapa berfikir bahawa sekiranya mereka membenarkan anak-anak mereka bernikah awal sudah tentu jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan tidak terkira banyaknya. Untuk perkahwinan sahaja mungkin akan mencecah tiga puluh ribu ringgit itu belum termasuk kewangan untuk menyara kehidupan mereka selepas berkahwin. Maka disebabkan hal-hal ini ramai yang beranggapan bahawa kahwin awal itu seolah-olah membebankan dan menyusahkan.
Namun, sebagai ibu bapa relakah anda melihat anak-anak remaja anda menghampiri maksiat dan seterusnya terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak diingini? Nauzubillah.. Bukankah lebih baik sekiranya anda mempermudahkan anak-anak anda untuk bernikah seandainya mereka dan pasangan mereka sudah terlalu sayang akan satu sama lain? Mungkin perbuatan tidak semudah kata-kata tetapi kita perlu teliti semua aspek dan kesan-kesan yang bakal anak-anak anda hadapi seandainya dibiarkan berterusan bercinta tanpa sebarang ikatan.
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa cara untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal , yg pertama:
1."Sokongan kewangan" daripada ibu bapa yang berkemampuan.
Ibu bapa yg berkemampuan digalakkan supaya memberi sokongan kewangan kepada para remaja-remaja ini agar mereka dapat berkahwin awal dan bantu mereka menyelesaikan apa-apa yang patut. Islam menggalakkan kita untuk menolong manusia lain yang berada dalam kesusahan sebagai contohnya membantu orang-orang miskin dan orang sakit, oleh itu, sudah tentu sekiranya kita membantu anak sendiri membina masjid iaitu mendirikan rumah tangga ganjarannya pasti lebih besar bukan?
2. Sokongan Masyarakat.
Masyarakat sewajarnya mewujudkan sebuah organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak remaja ini berkahwin awal. Mengikut sejarah, pernah sekali, seorang lelaki ditangkap dan dibawa menghadap Sayyidina Ali atas perlakuan yg tidak sopan. Selepas Ali menjalankan hukuman yg sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara.
3. Nikah Gantung.
Iaitu si teruna dan dara tersebut bernikah untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Majlis perkahwinan tersebut ditangguh selepas satu ketika dimana pasangan tersebut telah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kebiasaannya mereka akan tinggal berasingan untuk memfokuskan diri terhadap pelajaran dan sebagainya. Tetapi mereka ini dihalalkan untuk berjumpa dan berpegangan tangan, berdating dan sebagainya ini kerana hubungan antara mereka telahpun halal jika mengikut syarak. Oleh itu andainya mereka bercinta sakan umpama sepasang kekasih yang selalu kita lihat berpeleseran di shopping-shopping complex sekalipun mereka tidak akan mendapat dosa kerana mereka tidak melakukan maksiat.  Malah, seandainya mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan melakukan hubungan suami isteri juga tidak salah malah di galakkan didalam Islam.
4.  Bernikah seperti biasa tetapi..
Cara yang terakhir adalah pasangan remaja ini bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan seperti biasa namun, bijak merancang kekeluargaan agar tidak menimang cahaya mata sehingga mempunyai pekerjaan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Ya,begitulah antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkahwinan antara remaja agar dapat mengelak fitnah dan maksiat. Namun, perlu diingatkan ibu bapa perlulah bersikap terbuka sekiranya anak mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin walaupun dikala usia masih muda. Selaku ibu bapa anda juga perlu menasihatkan anak bahawa mereka perlu serius dan komited sekiranya benar-benar ingin berkahwin. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.
Apabila kita memahami perspektif Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka insya-Allah kita akan bersikap lebih terbuka untuk membenarkan remaja-remaja ini berkahwin awal. Andainya ada antara mereka yang belum sempurna pendidikan agamanya, adalah baik seandainya ibu bapa mendidik mereka dengan ilmu agama samada sebelum dan selepas berkahwin. Usahlah anda menghalang para remaja yang ingin mendirikan rumah tangga seandainya mereka masih belajar di Universiti atau Kolej. Yakinlah, dengan bantuan Allah sudah tentu mereka masih boleh menamatkan pengajian masing-masing walaupun bernikah ketika masih belajar.
Bukanlah, niat saya hendak memaksa para ibu bapa mengahwinkan anak-anak anda diwaktu usia muda. Namun, ini adalah antara jalan terbaik yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Terpulang pada anda untuk menentukan yang mana yang lebih baik untuk anak-anak anda kerana sudah tentu anda lebih mengenali mereka. Cuma, seandainya anda mendapati anak remaja anda sudah terlalu sayang dan cintakan kekasihnya bukankah lebih baik untuk menghalalkan hubungan tersebut?



Sama-sama kita  merebut kejayaan !
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Road To Ramadhan 1432H

0
"Dalam kehidupan ini, kita perlu kepada satu time frame yang khusus untuk menghadapi sesuatu. Tanpa persiapan dan persediaan yang rapi, kita mungkin akan tersungkur atau gagal dalam mencapai kejayaan yang sempurna. " (Syeikh Muhammad Abduh)
Tamsilannya, bakal penuntut institut pengajian tinggi yang tiada persiapan dan persediaan yang rapi, mereka ini berisiko besar untuk kecundang dalam pengajiannya. Meskipun mereka mampu untuk menamatkan pengajian, mereka mungkin hanya bergelar graduan kelas kedua sahaja.
Begitulah juga kita sebagai seorang Muslim. Dalam menghadapi bulan Ramadhan, tanpa persiapan yang rapi, kebarangkalian untuk kita gagal dalam mengharungi Ramadhan itu sangat tinggi.
Ini adalah natijah puasa bagi orang-orang yang tidak melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapinya:
1) Kita mungkin mampu puasa, tapi sekadar puasa orang awam.
Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi kepada tiga:
i)  Puasa umum - puasa dengan tingkatan paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'.
ii) Puasa khusus - di samping menahan yang tiga hal tadi, individu itu juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela.
iii)Puasa khusus yang lebih khusus lagi - puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.
2) Kita mungkin mampu qiam, tapi sekadar 10 malam yang pertama.
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." Riwayat Bukhari dan Muslim
3) Kita mungkin mampu membaca al-Quran, tapi hanya sekadar 10 juzuk pertama.
"Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda: Puasa dan Qur'an itu memintakan syafa'at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. Puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat." (H.R. Ahmad, Hadis Hasan).
4) Kita mungkin mampu berzikir, tapi mengumpat itu lebih banyak mendahuluinya.
Umar al-Khatthab R.A berkata, "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
Sehubungan dengan itu, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan kepada pembaca-pambaca lain untuk membuat satu perancangan rapi bagi menghadapi bulan Ramadhan kali ini. Moga pada Ramadhan kali ini, kita dapat menempuhinya dengan ilmu yang penuh di dada, bukannya seperti seorang pelajar yang  'malas study' untuk menjawab peperiksaannya.
ROAD TO RAMADHAN
i)   Lazimi solat berjemaah setiap waktu di masjid dan beri'tikaf di masjid.
ii)  Baca al-Quran sejuzuk sehari.
iii) Puasa sunat Isnin Khamis.
iv) Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiamullail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
v)  Tinggalkan perbualan atau percakapan yang kosong.
vi) Bangun awal 30 minit sebelum waktu solat Subuh.

Glosari

1) Time frame=Tempoh Masa
2) Tamsilan=Perumpamaan
3) Qiam=Bangun
- Artikel iluvislam.com

Fitnah Gaya Moden

1

"Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda,
"Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya." (Shahih, HR. Muslim)
Pada zaman sekarang ini, kemajuan teknologi mempermudahkan pergaulan antara lelaki dan wanita dan salah satu medium yang di gunakan untuk berhubung ialah laman web sosial seperti Facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Di dalam kesibukan kita bersosial dengan meng'update' 'status', meng'comment', me'like' dan macam-macam lagi sedarkah kita bahawa apa saja yang kita lakukan itu boleh menimbulkan fitnah? Terutama sekali sekiranya ia melibatkan perhubungan komunikasi sosial di antara lelaki dan wanita. Sedarkah kita setiap gerak-geri kita dapat di lihat dan di baca oleh orang ramai melalui status,komen dan gambar-gambar yang terpapar lalu kemungkinan besar fitnah akan tersebar?
Sebagai contoh untuk memperlihatkan mudahnya fitnah tersebar di Facebook:
A: "Eh kau sedar tak? Mr X tu selalu je 'like' status Miss Y,"
B: "A'aa! Aku pun prasan gak, kat 'news feed' hari tu aku terbaca Mr X 'comment' kat 'profile picture' Miss Y, siap dengan ketawa mesra-mesra lagi, jangan-jangan mereka 'couple' kot?"
C: "Eh korang ni, tak baik tau cakap benda-benda macam ni. Mereka kawan je kot. kan Miss Y tu adik kawan baik Mr X, lagi pun mereka kan ahli persatuan pelajar islam kat kolej kita tak mungkin mereka 'couple', kan 'couple' itu haram,"
A: "Eh tak kan cuma kawan? Aku tengok hari tu 'wall page' si Miss Y penuh dengan 'comment' dan 'like' dari Mr X. Yelah, aku tengah 'curious' sangat hari tu jadi aku cek lah 'wall page' mereka berdua,"
C: "Tapi mereka kan cakap tentang benda-benda biasa je dan bergurau tu kan biasa antara kawan, aku yakin mereka takkan terjebak dengan gejala 'couple' ni, jangan asyik berburuk sangka dengan orang,"
 B: "Tapi kau tak tau kan kalau-kalau dorang  bertukar 'inbox' antara satu sama lain?"
C: "..."
Contoh di atas mungkin kedengaran seperti mustahil kepada sesetengah orang tetapi perlu kita ingat fitnah itu datang dalam banyak bentuk sama ada jelas atau tidak dan kita sedari atau tidak kita sedari.  Jadi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari diri dari di 'gossip' hingga menjadi fitnah. Walaupun niat kita baik namun jika di lihat oleh mata luar mungkin ia akan menjadi fitnah jadi berhati-hatilah dalam mengunakan laman web sosial seperti Facebook ini.
Nasihat untuk semua jangan terlalu asyik bersosial dan jangan terpedaya dengan helah internet. Jangan lupa walaupun kita berada di alam maya dan  bukan berinteraksi dengan nyata. Walaupun kita bukan berinteraksi dengan nyata, kita tetap wajib menjaga tatasusila yang berlandaskan agama islam yang melarang pergaulan tanpa sebab dan batas antara dua jantina. Sentiasalah beringat dan berwaspadalah akan fitnah yang mungkin timbul ketika kita asyik mengunakan kemudahan internet.
Tundukanlah pandangan mu di alam nyata dan alam maya.
Firman Allah dalam Surat An-Nuur: 30-31 yang ertinya:
 "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Gangguan Syaitan: Antara Syirik Dan Sunnah

Ustaz Mohd Azri Mohd Nasaruddin | Editor: Fira Fahmi
Sakit dan ketidak-ketenteraman yang terhasil dari gangguan syaitan bukan lagi sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Walaupun masyarakat barat di masakini langsung tidak mempercayai kewujudan syaitan, apalagi mempercayai kesan buruk yang boleh diberikan syaitan kepada manusia, namun bukti yang 'membanjiri' mereka, hatta bukti yang datang secara saintifik, memaksa mereka mula untuk mengkaji dan mempercayai hal ini.
 Keadaan ini mengingatkan penulis bahawa suatu ketika dahulu, saintis psikologi tidak mempercayai wujudnya fikiran kognitif, namun kehadiran psikologi kognitif telah menyangkal idea mereka secara mutlak. Begitu juga halnya dengan alam ghaib, atas bukti yang melampau banyaknya, tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menerimanya secara total.
Berbalik kepada tajuk asal kita. Apabila seorang dari kita diganggu jin atau syaitan, pada kebiasaannya kita akan merujuk kepada golongan-golongan yang lebih tahu di dalam selok belok hal ini, iaitu biasanya golongan ustaz. Penulis teringat kisah-kisah orang terdahulu, yang memandang segala bacaan atau teknik yang digunakan golongan ini langsung tidak akan dipersoal, kerana bagaimana carapun yang mereka gunakan, akan diterima oleh orang awam, atas nama 'ikhtiar'.
Alhamdulillah, kini telah wujud ramai golongan yang mula khuatir dengan kemurniaan aqidah mereka, adakah teknik perubatan yang digunakan oleh si fulan bertepatan dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah yang sahih? Adakah teknik yang mereka gunakan tidak terlibat dengan najis syirik? Bagaimana impak teknik yang bercampur gaul dengan syirik itu ke atas keimanan kita?
Maka persoalan-persoalan inilah yang akan cuba dikupaskan di sini. Penulis juga akan turut membawakan beberapa isu lain yang dipandang berkaitan dengan perihal ini.
1) Pastikan bahawa sakit itu adalah sakit yang berpunca dari jin dan syaitan.
Ini merupakan perkara asas yang perlu dilakukan. Jikalau ada tanda-tanda sakit seperti batuk yang tidak terhenti, muntah tanpa diketahui punca, atau dengan kata-kata lain, tanda-tanda sakit yang mungkin juga berpunca dari sakit fizikal yang normal, cubalah bawakan dahulu berjumpa doctor, kerana jikalau sakit itu sakit fizikal, buruk padahnya jika lambat diubati. Hal ini penulis pandang sangat-sangat penting, kerana ramai penulis berjumpa orang yang asal sakit sedikit, 'ada orang buat', demam lambat sembuh, 'ada orang dengki lah tu', dan sebagainya. Akhirnya sakit yang ringan menjadi bertambah berat dan sampai ke tahap yang sukar diubati lagi.
Namun jikalau sakit itu benar-benar nyata keanehannya, seperti tanda kena cakar dan berdarah, muntahkan paku atau miang buluh, maka itu jelas perbuatan sihir. Yang penulis maksudkan di atas ialah tanda-tanda yang ada kemungkinan sakit fizikal.
Suka diingatkan di sini, hal-hal seperti ternampak lembaga yang menakutkan, atau mendengar bisikan-bisikan suara, itu juga ada kemungkinannya memerlukan perhatian pakar minda, seperti ahli psikologi. Pernah penulis terserempak dengan kes seorang pemuda berumur 15 tahun, yang asyik berkata dia nampak makhluk-makhluk dengan wajah yang menakutkan, dan dipercayai dia diganggu jin. Maka penulis menasihatinya berjumpa dengan pakar psikologi klinikal, dan alhamdulillah setelah mengambil ubat yang diberikan, fikirannya telah kembali seperti biasa, tanpa perlu bantuan 'bomoh' dan sebagainya. Tambahan pula, pelbagai bomoh telah dia upah, akhirnya ribuan ringgit habis dan penyakitnya tidak juga pulih!
Jikalau sudah pasti sakit tersebut bukanlah sakit fizikal atau mental, maka sakit itu besar kemungkinannya datang daripada gangguan anak cucu Iblis. Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah:
i) rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena.
ii) rasa takut yang tidak diketahui puncanya.
iii) Terlalu sukar untuk bangun solat.
iv) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.
v) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.
Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.
2) Melawan sihir dengan sihir.
Jika ada di antara kita yang sakit, dan dibawakan kepada bomoh yang nyata-nyata menggunakan sihir di dalam berubat, maka ini adalah haram hukumnya. Kerana sihir itu termasuk di dalam amalan syirik, kerana sihir menggunakan perantaraan jin/syaitan di dalam berubat. Bagi orang awam, antara tanda-tanda bahawa si pengubat menggunakan sihir adalah:-
i) Pesakit dinasihati supaya menjauhkan diri dari air selama mana dia sakit. Ini jelas teknik sihir, kerana syaitan mahu menjauhkan kita dari wuduk dan mandi hadas, dan apabila kita tidak boleh berwuduk atau mandi hadas, jelas kita akan meninggalkan solat yang wajib!
ii) Menggunakan kemeyan dan asap. Sama sekali tidak ada di dalam teknik perubatan Rasulullah saw. Kaedah perubatan cara baginda S.A.W akan diterangkan di bahagian akhir artikel ini.
iii) Menggunakan jampi serapah yang tidak difahami. Khususnya jikalau si pengubat menggunakan perkataan seperti 'ya rijaalul ghaib' (wahai orang-orang ghaib!) dan juga 'ya arawaahal muqaddasah' (wahai roh-roh yang suci). Juga bukan dari kaedah Baginda Rasulullah S.A.W, kerana haram kita memohon pertolongan dari yang ghaib, selain Allah S.W.T.
iv) Meminta pengeras seperti telur ayam, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya.
Jikalau ada tanda-tanda di atas, maka jauhilah daripada meneruskan perubatan dengan orang tersebut.
Suka juga penulis ingatkan, selain daripada kaedah yang digunakan si pengubat, adalah penting bagi kita untuk melihat kepada keperibadian si pengubat itu sendiri. Jika amalan hariannya kita lihat sesuai dengan amalan Rasul S.A.W, seperti kerap berpuasa, solat sunat yang banyak, banyak berfikir tentang selok-belok agama, suka mengajarkan ilmu agama kepada orang lain, fasih membaca Al-Quran, bahkan memahami dan selalu menceritakan isi kandungannya kepada orang lain, menghayatinya, menyintai sunnah Nabi S.A.W, maka insya-Allah, dia adalah pengubat yang baik.
Sekiranya si pengubat rokok sentiasa di tangan, solat mengajinya jarang dilihat, jampi serapahnya sukar difahami, bunyinya pun karut marut, maka lebih baik dijauhi.
3) Hukum berubat dengan pengubat yang kita tidak tahu amalannya baik atau buruk, dan tidak diketahui kaedahnya sunnah atau tidak.
Ketika seorang daripada kita sedang sakit teruk, dan dibawakan kepada seseorang yang tidak kita ketahui bagaimana kaedahnya, adakah sunnah atau tidak, maka ini hukumnya HARUS, kerana kata ulama', kita di dalam keadaan darurat, sakit, takkan pula ketika itu kita sibuk menyuruh si pengubat bacakan jampinya bagi kita memastikan betul salahnya. Maka keadaan ini, harus hukumnya untuk berubat dengannya, dan kesalahannya, andaikata dia beramal dengan jampi yang salah, maka dosanya adalah di atas diri pengubat.
Terdapat si pengubat yang baru sahaja kita melangkah masuk ke rumahnya, dia terus berkata 'aku tahu apa yang telah terjadi pada engkau', sekiranya begitu sudah sah dan pasti pengubat tersebut adalah pengamal sihir. Kerana hatta Rasulullah S.A.W sendiri tidak tahu perkara ghaib seperti itu. Kerana itu jelas kita melihat di dalam sirah, tanpa pemberitahuan dari Jibrail as, Rasulullah S.A.W tidak akan tahu siapakah orang munafik di antara pengikutnya!
Ini kerana bomoh atau tukang tilik mengetahui perkara ghaib dari perkhabaran qarin, iaitu syaitan yang mendampingi kita setiap waktu. Di dalam hadis sahih bukhari, Rasulullah saw bersabda,
 "Wahai Aisyah! Syaitanmu telah membuatmu berasa demikian", tanya Aisyah, "bersamaku ada syaitan?" Jawab baginda S.A.W, "Ya". Tanya Aisyah, "Adakah bersama semua manusia ada syaitan pendamping (qarin)?", jawab baginda saw, "Ya". Tanya Aisyah lagi, "Engkau juga ya Rasulullah?", jawab Rasulullah S.A.W. "Ya, tetapi dengan izin Allah aku terpelihara dari kejahatannya".
Qarin, atau syaitan pendamping inilah yang berhubungan dengan bomoh, iaitu qarinnya berhubung dengan qarin si pesakit, dari situlah bomoh mengetahui hal-hal yang telah terjadi kepada pesakit. Maka dengan ini, tahulah kita bahawa tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah.
5) Kaedah perubatan Rasulullah S.A.W.
Di antara cara Rasulullah S.A.W bagi mengubati gangguan jin dan syaitan adalah:-
i) Membaca surah Al-Baqarah ke telinga si pesakit. Baringkan si pesakit dan bacakan surah Al-Baqarah di telinganya, kerana syaitan sangat takut kepada surah Al-Baqarah. Sabda Nabi saw di dalam musnad Ahmad Hanbal, "Janganlah jadikan rumah kamu sunyi seperti kuburan. Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan".
ii) Membacakan surah Al-Falaq dan An-Naas, dan menyuruh pesakit mengamalkannya, seperti mana kita lihat di dalam hadis di atas.
iii) Membaca "a'uzu bikalimaatillah at-taammah, min syarrima khalaq", iaitu aku berlindung dengan kalam Allah, daripada kejahatan yang Dia ciptakan. Ini merupakan amalan yang diajarkan kepada Rasulullah saw kepada para sahabat. Juga dari amalan sunnah banyak membaca "A'uzubillahi minas syaitaanir rajiim".
iv) Membacakan Ayat Kursi sebelum tidur. Kata syaitan sendiri kepada Abu Hurairah ra, "Sesiapa yang membacakan Ayat Kursi setiap kali sebelum tidur, maka dia tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi", dan amalan ini disahihkan oleh Rasulullah S.A.W.
v) Membacakan jampi Jibrail as ke atas pesakit, iaitu "Bismillahi arkiq, min kulli syai'in yukziq, wa min kulli sharrin haasid, Allahu yushfiq, bismillahi arkiq", yang bermaksud, "Dengan nama Allah aku jampikan engkau, dari segala apa yang mengganggu dirimu, dan dari segala kejahatan orang yang dengki, Allah lah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku jampikan engkau". Jampi ini dibacakan Jibrail as ketika nabi terkena sihir, dan Rasulullah S.A.W sembuh setelah sekali bacaan. Jampi ini juga boleh dibacakan ke atas air, dan diberikan kepada pesakit untuk mandi dan minum.
vi) Menggunakan daun bidara untuk dijadikan air mandi kepada pesakit, atau diberikan kepada pesakit untuk di hidu. Kaedah ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah. Ini kerana beliau mendapati jin amat alah kepada bau daun bidara. Kaedahnya, ikatkan sedikit daun bidara kepada batu-batu kecil, dan rendamkan di dalam botol berisi air. Ambil sedikit air dari botol dan dicampurkan di dalam air mandian, paling kurang selama seminggu.
vii) Mencari punca sihir, sepertimana di dalam hadis, dan menghapuskannya. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengubati sihir.
viii) Adapun cara yang terakhir tetapi juga terpenting, adalah si pesakit menyemak semula amalan dan disiplin dirinya menurut Islam. Jikalau ada di dalam hati perasaan hasad, dengki, enggan menutup aurat dan sebagainya, maka perbaikilah segera. Ini kerana syaitan, menurut Imam Ahmad Hanbal adalah seperti anjing yang kelaparan. Jika di tangan kita ada tulang dan daging, berapa kali kita halaupun anjing itu, ia akan datang kembali, kerana kegemarannya ada pada kita. Begitu juga syaitan. Syirik, bidaah, hasad dan sebagainya, adalah kegemaran syaitan, maka betapa baik si pengubat atau kaedah yang digunakan, jikalau si pesakit sendiri enggan berubah, maka tidak hairan jikalau gangguan datang semula.
Sesungguhnya tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah S.A.W, dan tiada sunnah yang lebih baik dari sunnah Rasulullah S.A.W. Bagindalah sebaik-baik bapa, sebaik-baik suami, sebaik-baik jeneral peperangan, sebaik-baik guru, sebaik-baik pemimpin, sebaik-sebaik sahabat, dan sebaik-baik ciptaan. Dengan bantuan Al-Quran dan sunnah yang sahih, insya-Allah segala gangguan dapat kita hindari.
Ya Allah, jauhilah kami dari gangguan Iblis dan anak cucunya, laknatilah mereka, dan jauhilah mereka dari hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, tingkatkanlah kecintaan dan kefahaman kami kepada sunnah Muhammad S.A.W, leraikan prasangka kami terhadapnya andai ada, berikanlah kami kefahaman tentangnya dan jauhilah kami dari kejahilan tentangnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W , keluarga dan sahabat baginda.
Wallahualam
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Air Tangan Orang Tak Solat

2
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam
Sumber Text: syokislam.blogspot.com
Sumber imej : Google Image

Perempuan Sekarang Tak Malu?

0
"Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?"  Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
"Pokok semalu."  Serentak mereka menjawab.
"Wah! Pandai adik-adik mu'alim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?"  Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.
"Hmm. Susah la soalan tu. Oh, ya tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki," jawab  Zaki seorang penghuni rumah anak yatim yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun dengan bersemangat.
"Aduhai, cute sungguh adik mu'alim ni. Betul jugak jawapan Zaki tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, emm... Siddiq?"  Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian pada kelas yang sedang berlangsung itu. Mungkin kerana umurnya lebih tua daripada kanak-kanak lain yang tinggal di Darul Izzah ini. 17 tahun, pasti jiwa remajanya bergolak, tambahan pula dia baru sahaja ditempatkan disini setahun yang lepas setelah kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Bagi saya. Pokok semalu ni macam prempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Begitu lantang sekali Siddiq mengutarakan jawapannya.
"Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan kenapa Siddiq kata pokok semalu ni macam perempuan?"  Faris Haikal menduga pemikiran anak muda itu kerana teruja dengan jawapan yang diberikan sebentar tadi. Jawapan yang lantang itu cukup tersembunyi dengan makna yang tersirat.
"Yela, perempuan kan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ini menunjukkan yang dia nak 'protect' diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang kebanyakannya muka tak tahu malu!"  Bukan main tegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.
"Betul! Pokok semalu ni orang ibaratkan seperti wanita. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan punyai sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh lelaki ajnabi. Kalau orang nak sentuh, dia akan melindungi dirinya sengan segera, maka itulah yang dinamakan malu," terang Faris Haikal sambil mengukir senyuman.
Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
"Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang masih nak pegang dia macam mana mu'alim?"  Aiman yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum lembut.
"Tangan orang yang degil itu akan luka sebab pokok semalu ni ada duri!"  Faris Haikal menangkis hujah Aiman menggunakan pendekatan yang berhikmah.
"Habis, kalau orang tu cabut pokok ni macam ni?" Soal Aiman sambil berdemo seakan-akan dia ingin mencabut pokok semalu tersebut dengan tujuan untuk melontar provokasinya terhadap jawapan Faris Haikal.
"Dia akan dihukum oleh Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!"  Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepakan tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing giat berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermaknabuat manusia sejagat.

GLOSARI


Mua'lim - Guru lelaki
Antum - Kamu semua
Ajnabi - Bukan muhrim
Ibrah - Pengajaran
Sunnatullah -  Kejadian yang dijadikan Allah

-Pelihara lah aurat kita wahai muslimah! pelihara ia dengan sebaiknya seperti yang telah diajar oleh ajaran Islam yang indah-

- Artikel iluvislam.com

Kiranya Ini Dikatakan Taman Syurga

0
Alhamdulillah kerana dengan izin dari Allah, kita dipertemukan lagi di ruangan yang menemukan kita hanya melalui baris-baris bicara.
Damai rasanya berada di bawah sinar mentari yang seakan menyembunyikan dirinya sejak awal pagi tadi.
Subhanallah... titis-titis jernih ini mengalir lagi tatkala memandang ke langit yang luas memayungi bumi.
Bersyukur kerana masih jua diberi helaan nafas dan menikmati keindahan ciptaan-Nya.
Kisah yang ingin aku titipkan kali ini, merupakan satu kisah yang mungkin menjadi anugerah dari Allah buat insan kerdil dan hina ini.
Terfikir juga untuk tidak berkongsi, tetapi rasanya tidak ada salahnya andai sedikit rasa bahagia ini ku kongsikan bersama.
Moga Allah memberkati tiap perkongsian dan terus-menerus menghulurkan rasa cinta yang begitu menebal buat-Nya... Insya-Allah.
Seperti biasa, setiap petang Khamis, aku hadir ke kelas pengajian tajwid di surau ar-Rahman, berhampiran kawasan kediamanku.
Biasanya aku tiba lima minit lebih awal sebelum kelas bermula, cuma sesekali terbabas jua seminit dua.
Sudah menjadi amalanku, setiap kali memulakan perjalanan ke tempat pengajian (surau) aku akan berdoa;
Doa Pergi ke Masjid (maksudnya);
Ya Allah,
jadikanlah cahaya di hatiku
cahaya di lidahku
cahaya di pendengaranku
cahaya di penglihatanku
cahaya dari belakangku
cahaya di hadapanku
cahaya dari atasku
dan cahaya dari bawahku.
Ya Allah, berilah aku cahaya... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dalam sebuah hadis bahawa Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi S.A W telah keluar dari rumah Maimunah r.a selepas bertahajud, untuk ke masjid bersolat Subuh. Maka baginda S.A.W telah membaca doa ini.. (sama-sama kita amalkan... Insya-Allah).
Perjalanan ke surau itu mengambil masa lebih kurang 10 minit dari rumah.
Setibanya aku di perkarangan surau, ku lihat belum ramai yang hadir.
Mungkin juga aku yang sedikit awal daripada mereka hari ini.
Kalimah-kalimah suci yang dipasang, menghiasi kamar telinga ku.
Indah ku rasa, damainya jiwa mendengar kalimah yang membesarkan Ilahi. Terhibur benar rasa hati.
Dari situ juga aku tahu, bahawa penganjur kelas, Puan Intan yang ku anggap seperti kakak ku sendiri sudah ada di dalam surau.
Memang menjadi kebiasaan, kak Intan (panggilan sahabat-sahabat padanya) menjadi orang pertama yang hadir di surau.
Beliau yang akan menyediakan keperluan untuk ustaz dan mengemaskini surau sebelum kelas dimulakan.
Sekali lagi, aku membaca doa ketika melangkah masuk ke dalam surau, (amalan yang tidak mahu aku lepaskan... Insya-Allah).
Doa Masuk ke Dalam Surau/ Masjid (maksudnya);
"Ya Allah, ampunilah aku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu... aamiin Ya Rabbal'aalamiin."
Sebaik saja kaki melangkah di pintu surau, terlihat dua orang sahabat menyambutku dengan senyuman.
"Assalamualaikum.." Ucapan salam bersambut.
Tepat jam 5.30 petang, kelas dimulakan dengan membaca ummul kitab, al-Fatihah.
Seusai kata-kata aamin dilafazkan, kami mengalunkan doa Qhatam al-Quran.
Dan setiap kali saat ini tiba hati benar-benar tersentuh.
Malah terasa hamba hina ini bagai merayu dan merintih untuk memohon 'perhatian' dari Yang Allah Maha Esa.
Doa Qhatam Al Quran (maksudnya);
Ya Allah,
Rahmatilah kami dengan al-Quran.
Jadikan ia Pimpinan, Cahaya, Petunjuk dan Rahmat.
Allah ingatkan kami, apa yang terlupa
Ajarkanlah...
Ajarkanlah...
Yang tidak diketahui
Kurniakan kami membacanya
Sepanjang malam
dan sepanjang siang hari
Jadikan ianya hujjah kami (pembela kami di akhirat)
Ya Rabbal'aalamiin...
Di sinilah..
Saat inilah...
Tiba-tiba aku mendengar alunan doa ini begitu merdu dan gemersik sekali.
Allahu Allah...
Bukan suara kami Ya Allah.
Terasa yakin benar diri ini, bahawa suara-suara itu bukan suara kami Ya Allah.
Genangan airmata menjadikan aku bertambah hiba.
Di dada ini bagai terbit satu getar yang tak mampu aku luahkan.
Allahu Akbar!
Apakah ini yang Kau sebut-sebut, sesungguhnya para Malaikat ada bersama-sama hamba-Mu yang mencari ilmu?
Subhanallah.
Dalam kesyahduan yang aku rasakan menjadikan aku tidak mampu lagi untuk mengangkat wajah ini.
Tertunduk malu aku dengan-Mu Ya Allah.
Andai benarlah, apa yang aku dengar ini anugerah dari-Mu, aku bersyukur.
Aku benar-benar bersyukur.
Ya Allah, letakkanlah kami, hamba-hamba-Mu ini, di kalangan mereka yang tidak jemu-jemu ingin menggali ilmu-Mu.
Tiada bekalan terbaik selain ilmu yang kami cari, untuk kami jadikan panduan agar dapat kami beramal pada-Mu.
Ya Allah, tiap ruang dan peluang yang sentiasa Engkau bukakan buat kami, akan kami jadikan satu jalan dalam kami merebut keredhaan-Mu.
Redhailah kami Ya Rabbi.
Limpahilah Rahmat-Mu buat kami Ya Rabbi.
Bahagiakanlah kami di dunia dan akhirat nanti...
Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan hanya dengan-Mu...
Allahu Rabbi.
Walau keindahan yang dapat aku dengari itu hanya sebentar cuma, tapi hingga saat ini, gemersiknya suara yang singgah ke telinga menjadikan aku benar-benar rindu untuk terus berilmu.
Moga apa yang aku kongsikan ini, menjadikan hati kita bertambah rindu dan lunak untuk merebut cinta Allah Yang Maha Esa.
Selagi diberikan keizinan untuk bernafas di bumi pinjaman-Mu ini Ya Allah, aku berjanji untuk terus mencari, mencari ilmu yang akan menjadi bekalan tika aku pulang ke sisi-Mu nanti...
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Julai 05, 2011

PENIPUAN IBLIS

asssalamualaikum ... salam sejahtera untuk semua pembace setia ps

Iblis ternyata berusaha mewujudkan janjinya untuk membuat manusia sebagai pengisi neraka, tetapi juga mengunakan manusia sebagai objek seksnya. Terlepas benar tidaknya, ini adalah nama Iblis yang tertarik terhadap seks dengan segala motifnya:

1. Nephillim

Berdasar pada keterangan Injil Ibrani, Nephillim adalah malaikat yang jatuh cinta dan mempunyai hubungan khusus dengan manusia (perempuan). Kata nephillim itu sendiri mempunyai erti yang jatuh, sehingga kemudian diertikan sebagai malaikat yang terjatuh ke bumi. Malaikat tersebut mempunyai tujuan mulia yakni menyedarkan manusia terhadap Ketuhanan, tetapi mereka tidak mampu menahan rasa cintanya terhadap wanita.

nephilim

2. Alp

Sebuah cerita legenda yang dimiliki oleh bangsa Tuton (Jerman), Alp adalah makhluk ghaib kecil. Ia akan menghampiri calon korban yang sedang tidur, ia menggubah dirinya menjadi kepulan asap, lalu masuk ke dalam tubuh mangsanya melalui hidung, mulut, dan alat kelamin. Korbannya kebanyakan perempuan, setelah ia berada di dalam tubuh mangsa, maka pelbagai mimpi buruk akan diciptakan dalam tidur si korban, sementara korban akan merasakan sesak nafas.

alp

3. Orang Minyak

orang minyak, boleh dilihat oleh perempuan yang sudah berkahwin sahaja.

orang minyak

4. Lilu

Lilu adalah sosok iblis yang terdapat di dalam cerita rakyat bangsa Yahudi, akan mendatangi perempuan yang tengah tertidur. Sementara Lilin adalah sosok iblis perempuan pasangnya. Kejahatan mereka adalah untuk mendapatkan anak, baik manusia maupun akibat hubungan dengan manusia.

Lilu

5. Trauco and La Fiura

Cerita legenda rakyat Chile mempunyai sosok iblis yang juga menyerang manusia dengan motif seksualya, mereka adalah Trauco dan Lafiura, yang dipercayai tinggal di sebuah pulau kecil Chiloe.

Trauco

Tip khusyuk Solat

1.tenangkan fikiran:
lebih kurang 20 minit sebelum solat,kita perlu rehatkan diri daripada sebarang masalah yang ganggu fikiran kita.dalam tempoh masa itu kita sebaiknya x mengingati hal-hal lain kecuali solat.bersiap sedia utk solat dgn rasa tenang.InsyaAllah,solat kita akan tenang fizikal & mental.

2.ambil wuduk dengan sempurna:
kita hendaklah mengambil wuduk dengan sempurna dan mengikut tertib.air yang digunakan seharuslah suci.jangan mengambil wuduk seperti melepaskan batuk di tangga kerana wuduk yang sempurna akan mempengaruhi solat kita.^^,

3.faham maksud ayat al-quran:
ketika solat kita perlu mengetahui maksud ayat Al-Quran yg dibaca untuk memelihara hati kita supaya khusyuk dalam solat..^^,

4.sujud syukur:
seelok-eloknya,setiap kali selepas solat,kita tunaikan sujud syukur.sujud syukur dilakukan sebagai tanda kita mensyukuri Allah SWT kerana memanjangkan umur kita,memberikan rezeki dan memelihara kita daripada segala bala dan bencana.^^,

5.berdoa:
setelah itu,kita perlu berdoa kepada Allah SWT meminta solat kita diterima.Jika boleh,setiap kali selepas solat kita perlu menadah tangan memohon keredaan Allah SWT daripada solat kita dirikan.Doa menandakan kita sebagai Hamba Allah yang tidak pernah melupakan-Nya.ketika berdoa ucapkan syukur kepada Allah SWT dan tutup doa dengan selawat sebagai tanda kita umat nabi Muhammad SAW.

PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui… Negara kite nie banyak tugu…. Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah
anda bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ‘ segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram….
ciri-cirinya menyerupai berhala…dan melawatnya juga adalah haram.. ‘
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang2… pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu… Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu… Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja…
tiada tindakan undang2 yang boleh diambil… Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik… Beliau berkata… ‘ bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu…’ dan kata beliau lagi… ‘ walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita ‘redha’ atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik…’

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan… ‘ Menurut kamus dewan… indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ‘ Menurut beliau… Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik… Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara… Tahukah kawan2 bahawa… Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud… iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh…

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri .

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab saya.Tolong sebarkan perkara ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com< http://www.thequran/ .com / > (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan perkara ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!
Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM…. jika sebaliknya.. .
nauzubillah. ..

http://blogchips.com/