IKLAN TAJAAN

Februari 25, 2012

"MEYAKINI KEMENANGAN ISLAM"

Saya  menyeru  dan  berpesan  kepada  sidang    jemaah  sekalian  agar  kita  bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita dengan menghayati seluruh Syariat Islam di dalam kehidupan di samping taat  mengerjakan segala yang diperintahkan dan menghindari segala larangan-Nya. Semoga hidup kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati di dunia ini dan berbahagia di akhirat kelak.

Allah  menjanjikan  kepada  umat  Islam  bahawa  mereka  akan  mencapai  kemenangan  ke  atas musuh-musuh  mereka dan memerintah  semula  mukabumi  ini  dengan  syariat  Islam.    Namun  amat menyedihkan  apabila  ramai  di  kalangan  umat Islam  yang  seakan  tidak  percaya  dengan  kemenangan Islam. Pergantungan mereka kepada pengaruh dan kekuatan bukan Islam membuktikan mereka tidak yakin  kepada  kemenangan  Islam.  Runtuhnya  nilai  moral  dan  akhlak  mereka juga turut  membuktikan keraguan  mereka  kepada  kegemilangan  Islam.  Ada  di  kalangan  umat  Islam  yang  menganggap realiti yang wujud pada hari ini tidak memungkinkan Islam memerintah dan menguasai dunia.

Memang  benar  suasana  pada  hari  ini  tidak  menyebelahi  umat  Islam.  Kebanyakan  Negara-negara  umat  Islam berada  dalam  kemunduran,  peperangan  dan  kacau  bilau  di  samping  musibah bencana  alam  dan  seumpamanya. Selain  itu  kebanyakan  Negara  Islam  bergantung  kepada  bantuan negara  bukan  Islam  dalam  menguruskan ekonomi mereka  sehingga  terpaksa tunduk  dan  patuh  serta mengikut telunjuk mereka. Justeru, tidak hairanlah sesetengah daripada kita tidak yakin dan percaya kembalinya Islam ke era  kegemilangannya.  Bukan  sahaja  tidak mempercayainya, malah  ada  di  kalangan  umat  Islam  tidak bangga  menjadi  orang  Islam,  menukar  penampilan  kepada  cara  dan budaya  hidup  bukan  Islam  dan apa yang paling menakutkan ialah ada yang sangup menukar agamanya menjadi murtad.

ni  adalah  gambaran  kepada  muslim  yang  rapuh  dan  longgar  imannya.  Mereka  menilai  dan menimbang  sesuatu perkara  dengan  timbangan  kebendaan.  Mereka  melupakan  tentang  sunnatullah. Mereka  lupa  bahawa  tiada  kuasa yang  akan  kekal  selama-lamanya.  Kesemuanya  akan  mengikut putaran sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 140 ”...Demikian  itulah  keadaan  hari-hari  (dunia  ini  dengan  peristiwa-peristiwa  kemenangan  atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesame manusia…”.

Selain  daripada  ayat-ayat  Al-Quran,  hadis-hadis  Nabi  juga  turut  menceritakan  khabar  gembira mengenai kemenangan  Islam  dan  umatnya. Rasulullah s.a.w. menggambarkan kepada kita walaupun buruk sekalipun keadaan umat Islam, namun  di  sana  pasti  ada  golongan  yang  akan menyeru  dan  menegakkan  kebenaran.  Hadis daripada Sa’d R.A  bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sentiasa  ada  satu  golongan  daripada kalangan  umatku  yang  menzahirkan  kebenaran  tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”.(Riwayat Muslim)

Sedarlah,  bahawa  musuh-musuh  Islam  sejak  dahulu  sentiasa  bersatu  dalam  memerangi  umat Islam  walaupun mereka  berlainan  agama,  bangsa  dan  keturunan.  Mereka  sanggup  melakukan  apa sahaja  membelanjakan  jutaan ringgit  semata-mata  untuk  menyesatkan  dan  menyelewengkan  umat Islam  daripada  ajaran  Islam  yang  sebenar. Malangnya  kesatuan  sebegini  tidak  wujud  di  kalangan Negara-negara umat Islam. Hatta dalam isu Palestin pun umat Islam masih lagi bertelagah apatah lagi dalam  isu-isu  yang  lain.  Ingatlah  perpecahan  di  kalangan  kita  akan menghalang  kemenangan  dan memudahkan penguasaan musuh.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 46;"...Janganlah  kamu  saling  berbantah,  lalu  menyebabkan  kamu menjadi  lemah  semangat  dan  hilang kekuatan...".

Februari 07, 2012

KESAN ZIKIR KEPADA OTAK MANUSIA

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Rujukan,

http://tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/05/kesan-zikir-kepada-otak-manusia.html

Februari 03, 2012

Di antara keutamaan membaca Al-mathurat

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; ” Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi” (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang ,mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin ya rabbal ‘alamin.