IKLAN TAJAAN

Februari 28, 2011

Untuk Renungan

Mencari keredhaan


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Februari 22, 2011

Dari Tukar Tiub.blogspot KALAU DAH HARAM HARAMLAH

JUDI TU HARAM KAT MALAYSIA KATA HALAL



INI CONTOH JUDI HARAM



POLIS TUMPASKAN SINDIKET JUDI HARAM, 11 DITAHAN
-meloya

Polis Pahang menumpaskan satu sindiket perjudian dan pertaruhan haram bernilai kira-kira RM13 juta apabila menahan enam lelaki dan lima wanita dalam serbuan serentak di tiga lokasi berbeza di daerah ini semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan dalam `Ops Dadu’ yang dijalankan pada pukul 6.30 petang di sekitar Bentong, Karak dan Manchis di sini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah... INI BERITA CUKUP PELIK.... kah kah kah...

kah kah kah....INI BERITA CUKUP HAIRAN.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI BERITA DARI ALAM BARZAKH.... kah kah kah...

mari kita analisa berita ini :

pelik atau tidak bila membaca tajuk berita ini?
baca sekali lagi dan sila baca perlahan lahan

polis tumpaskan sindiket judi haram, 11 di tahan
kunci ayat ini ialah judi haram
apakah ada judi halal?
jangan silap faham – jangan salah jawab
memang ada judi halal
betul ke ada jusi halal?
ada dan polis tidak tangkap

tak caya?

judi halal ialah genting milik cukong lim goh tong
judi halal ialah tikam ekor milik lebai vincent tan

kenapa judi ini polis tak tangkap?
ini kerana towkay judi ini telah kautim dengan ketuanan melayu
ketuanan melayu ada saham dalam judi halal ini

maka polis dijadikan baru untuk tangkap judi haram
polis buat kerja ini kerana kalau tak tangkap judi haram
judi halal akan hilang pelanggan

jelas polis digunakan untuk menambah kaya towkay judi halal
inilah dia contoh ketuanan melayu
peroalan sekarang apakah judi ini halal atau haram?
kah kah kah

nota:
lihat dimana tangkapan ini dibuat
betul betul tak jauh dari surau lebai lim kah kah kah

Februari 18, 2011

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Februari 17, 2011

SAJAK TENTANG CINTA

Dahulu…

Aku didekatinya..

Aku mula mengenalinya…

Hati dan budinya….

Hingga terlafazlah janji untuk bersama….

Saat itu..

Hari-hari kulalui dengan hati yang gembira….

Kerana mengetahui ada insan yang menyayangi….

Mengambil berat akan diri….

Biarpun tidak pernah bersua…..

Biarpun jauh jarak yang memisahkan….

Tapi ia bukanlah penghalang kami bersama….

Teringat kata pepatah “cinta itu buta”…

Barangkali cinta itu tidaklah buta….

sedang ia dibutakan oleh si pemabuk cinta….

Hinggalah di suatu masa….

Aku menangis…..dan menangis…..

Kesepian…..kekosongan….

Teraba-raba mencari sesuatu…..

Biarpun tika itu ada insan yang menyayangi…..

Tapi bukan itu yang aku dimahukan….

Bukan itu yang dicari…..

Masanya tiba….

Takdir-Nya....

Aku didatangi insan yang menjadi perantara-Nya…

Membimbing dan mendidik diri ini…

Tika inilah aku mula mengenal erti tarbiyah….

SUBHANALLAH…..ALHAMDULILLAH…..ALLAHUAKHBAR….

Anugerah Allah yang tidak terhingga….

Betapa bersyukurnya diri….

Segala di benak fikirku akhirnya terjawab…..

ALLAH……inilah yang kucari-cari selama ini…

Si dia pencintaku dahulu aku tinggalkan….

Bersama janji cinta palsu yang pernah dilafazkan….

Demi mengejar cinta-Nya…..

Cinta yang hakiki….

Demi mengapai redha-Nya dan keberkatan-Nya….

Menyedari kekhilafan laluku….

Aku bangkit…..

Tekad dan azam di hati kupadukan….

untuk tidak mengulanginya lagi….

Biarpun banyak mulut yang berkata….

Tidak aku peduli…..

Kerana inilah jalan hidupku….

Jalan yang kupilih….

Ya Allah...

terima kasih atas kurniaan-Mu....

Aku bahagia....

bahagia akan segala kurniaan-Mu....

bahagia berada di jalan ini...

brsama akhwat2ku....

yang banyak membantuku...

tatkala imanku mula goyah...

Ya Allah, Kekuatan kupohon pada-Mu…..

Agar terus istiqomah di jalan ini….

Selama-lamanya….

Hingga penghujung nyawaku….

Amin….

Cinta tarbiyyah cinta

Pada-Nya ku bersujud dalam kerinduan di sepertiga malam....

salam KeMb@R@ $uF!

170211/1.08am

Februari 11, 2011

MARI KITA SENYUM

SENYUM ITU SEDEKAH

Senyuman,kadangkala kita menganggapnya sebagai perkara kecil dan biasa tetapi kita sebenarnya terlupa bahawa dengan tersenyum kita sudah melakukan satu ibadah.Bersedekah tidak semestinya dengan harta malahan dengan senyuman kita sudah boleh melakukan amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

SENYUM DARI HATI

Amalan senyum itu adalah perkara mudah dan murah untuk dilakukan.Betapa manisnya senyuman yang diberikan jika senyuman itu adalah senyuman dari hati yakni senyuman yang ikhlas dan kerana Allah.Sudah pasti keikhlasan yang terbit dari hati akan terpancar indah pada raut wajah dan jangan lupa ikhlaskan senyuman itu bukan pada orang disenangi sahaja tetapi juga pada orang yang tidak disukai walaupun pada musuh.

Dalam sebuah kisah yang ditulis oleh Iman Bukhari mengenai peristiwa Saiditina Aisyah dan Rasullulah S.A.W.

Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

SENYUMAN PENAWAR DUKA

Ketahuilah senyuman itu penawar duka kerana kehebatan kuasa senyuman itu akan mampu mengubati rasa sedih,kecewa dan kesakitan.Reaksi positif ini akan membantu menghilangkan sifat negatif yang ada.Orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum walaupun sedang diuji dengan dugaan yang hebat.

‘Senyuman adalah anugerah terindah kurniaan Allah,suatu nikmat yang pasti,suatu kemesraan penghubung ukhwah.’

JANGAN SAMPAI ALLAH NAK TURUNKAN BALA BARU NAK BERTAUBAT

Wanita dimurkai Allah..

Wanita dimurkai Allah..

Duhai wanita..

Dipetik dari Puteri Nuur Afiqah

Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Beba…s menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.

ISLAM KENA HINA DULU,KINI DAN SELAMANYA

Hinanya Islam Di Malaysia

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, ‘Hang nak ikut ugama apa?’….Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama – maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di’tiada’ kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

DUGAAN,UJIAN KERANA ALLAH

Allah menjadikan sesuatu atas kehendakNYA dan segala apa yang ia cipta adalah atas ketentuanNYA jua. Allah menunjukkan kasih sayangNYA dengan pelbagai cara dan dugaan merupakan salah satu darinya.Dugaan yang tidak pernah lekang dari kehidupan manusia adalah antara ujian Allah kepada hamba-hambanya.Ujian Allah ini bukanlah untuk membebankan kita tetapi sebenarnya untuk membuat kita lebih mengenali diri,muhasabah diri dan lebih mensyukuri nikmat yang diberi.

Kekuatan dan keyakinan kita pada Allah akan membantu kita untuk tabah mengharungi segala macam ujian ini.Ada yang diuji dengan musibah yang sangat dahsyat,menyedihkan,kekecewaan dan juga kematiaan.Jangan dilupa kesenangan,kekayaan dan pangkat turut merupakan dugaan yang Allah turunkan untuk umatnya.Setiap manusia akan mendepani masalah ini dengan kemampuan masing-masing kerana Allah tidak akan menduga hamba-hambaNYA melebihi batas kemampuan mereka. Kunci bagi menangani dugaan adalah redha,sabar dan menerimanya dengan hati terbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang redha, ia akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah.”

Perlu kita sedari bahawa tanpa dugaan hidup kita akan menjadi kosong dan suram.Ada hikmahnya segala dugaan yang diturunkan kerana kita adalah hamba yang terpilih untuk menerima dugaan.Dengan dugaan kita dapat mengetahui tahap keimanan kita dan seterusnya barulah kita merasai kemanisan iman yang dijanjikan Allah S.W.T..Pandanglah dari sudut positif,ujian Allah pada hambaNYA adalah untuk menginsafi diri,membersihkan diri ,bertaubat dan kembali kepada kebenaran Allah dengan menyesali segala kekhilafan.

Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana ) yang buruk-buruk agar mereka (kembali kepada kebenaran). (Surah Al-A’araf 7:168)

Segala puji bagi Allah Yang Maha Bijaksana,Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Adil kerana Allah lah sebaik-baik Pencipta.Suratan takdir ini adalah ketentuan Ilahi bersesuaian dengan kehendak Qada’dan Qadar.Semua yang ada di dunia adalah bersifat fatamorgana dan sementara,dunia ini cumalah pinjaman Allah kepada umat manusia.Kuatkanlah hati menghadapi dugaan semoga Allah akan merahmati kita atas kehendakNYA.

Selangkah demi selangkah kaki aku turutkan

Entah ke mana haluan yang akan aku tuju

Hati yang kosong ini ku bawa jua

Penuh kelukaan,penuh kesakitan

KAU biarkan aku dengan dugaan yang maha hebat

Hanyut aku dalam kesedihan

Tembok kekecewaan mula mengukuh di hati

Yang terhampar di hadapanku hanya rasa putus asa

Entah bila sahaja aku hampir tersungkur

Tiba-tiba jiwaku pula bagaikan tersentak

Deras air mata mula membasahi pipi

Rasa keinsafan mula membekas di lubuk hati

Ya Allah,betapa aku terlupa akan kekuasaan-Mu

KAU yang maha berhak menguji hamba-Mu

Ampuni aku atas segala khilaf dan dosaku

Tunjukkanlah hatiku jalan kebenaran

Moga taubatku ini diredhai oleh-Mu

(Sajak Taubat Hati)

WASALAM,SYUKRAN

MARI KITA SENYUM

SENYUM ITU SEDEKAH

Senyuman,kadangkala kita menganggapnya sebagai perkara kecil dan biasa tetapi kita sebenarnya terlupa bahawa dengan tersenyum kita sudah melakukan satu ibadah.Bersedekah tidak semestinya dengan harta malahan dengan senyuman kita sudah boleh melakukan amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

SENYUM DARI HATI

Amalan senyum itu adalah perkara mudah dan murah untuk dilakukan.Betapa manisnya senyuman yang diberikan jika senyuman itu adalah senyuman dari hati yakni senyuman yang ikhlas dan kerana Allah.Sudah pasti keikhlasan yang terbit dari hati akan terpancar indah pada raut wajah dan jangan lupa ikhlaskan senyuman itu bukan pada orang disenangi sahaja tetapi juga pada orang yang tidak disukai walaupun pada musuh.

Dalam sebuah kisah yang ditulis oleh Iman Bukhari mengenai peristiwa Saiditina Aisyah dan Rasullulah S.A.W.

Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

SENYUMAN PENAWAR DUKA

Ketahuilah senyuman itu penawar duka kerana kehebatan kuasa senyuman itu akan mampu mengubati rasa sedih,kecewa dan kesakitan.Reaksi positif ini akan membantu menghilangkan sifat negatif yang ada.Orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum walaupun sedang diuji dengan dugaan yang hebat.

‘Senyuman adalah anugerah terindah kurniaan Allah,suatu nikmat yang pasti,suatu kemesraan penghubung ukhwah.’

Februari 06, 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Indahnya Usrah...

Liqo’, Halaqoh, mahupun Usrah merupakan satu perkara yang membawa maksud yang sama. Ia merupakan salah satu daripada wahana tarbiyah sepertimana yang telah digariskan oleh Mujaddid Islam abad ke-20, Imam Assyahid Hasan Al Banna. Memang jelas, daripada wahana-wahana tersebut, usrah merupakan nadi yang terpenting dalam urusan tarbiyah ini. Namun begitu, wahana yang lain turut diperlukan bagi melincirkan pergerakan tarbiyah seperti mukhayyam, rehlah, daurah dan lain-lain lagi.

Kegiatan tarbiyah yang efektif adalah manhaj yang tidak boleh ditinggalkan. Itulah usrah. Dan ketua bagi usrah digelar murabbi. Murabbi adalah naqib yang berperanan besar dalam menjayakan wadah asuhan ini. Murabbi berperanan dalam mencapai tugas-tugas besar dan tujuan-tujuan yang telah digariskan. Dengan menjadikan kejelasan fikrah, kesatuan persepsi dan perilaku, kesatuan tujuan dan hasil, dan kesatuan target maka kepercayaan serta kejelasan tentang persoalan-persoalan semasa akan menjadi jelas.

Bagi pejuang-pejuang kebenaran, mereka yakin bahawa amal luaran semata-mata tidak cukup kuat untuk bertahan lama. Ternyata mereka memerlukan sentuhan dalaman bagi membasahi hati yang kering, menyubur ukhwah yang melayu, melonjak iman yang kian goyah. Usrah merupakan nutrisi dalaman untuk persiapan bekalan bagi menempuhi mehnah-mehnah dalam kehidupan.

Kala ini, banyak sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi yang menjalankan aktiviti usrah ini bagi pelajar-pelajarnya. Malah, ia menjadi aktiviti yang wajib dihadiri. Kerana apa? Kerana mereka yakin sedikit sebanyak program usrah ini mampu untuk mengurangkan masalah sahsiah apablia ada naqib yang memantau anak buahnya. Memang benar sebenarnya. Kerana memang begitulah sebenarnya yang akan berlaku.

Memang jelas, usrah merupakan penyelesaian kewajipan individu, sosial, kewangan, ketuhanan dan keluarga. Mari kita lihat implikasi agenda yang dijalankan semasa berlangsungnya usrah.

i. Mengakaji bersama isi buku yang bermanfaat bagi seluruh anggota usrah. Tidak lain dan tidak bukan adalah bagi membangun karakter iman dan akhlak muslim yang ideal dengan ikatan iman dan ukhuwah sehingga menjadi sarana perubahan yang efektif.

ii. Mengkaji bersama keadaan semasa yang dialami umat Islam dan menerima arahan-arahan daripada pimpinan. Dalam usrah tidak diperkenankan perdebatan ataupun tersinggung dan mengangkat suara. Semua itu haram dalam konteks fiqh usrah. Yang ada adalah keterangan dan minta penjelasan yang diutarakan dalam batas-batas etika yang luhur dan saling menghormati.

iii. Semua akh memaparkan persoalan-persoalan dan semua yang hadir berusaha memberi penyelesaian dalam suasana persaudaraan yang tulus dan keikhlasan untuk meraih keredhaan Allah. Cara ini akan memperkuat kepercayaan dan mempererat hubungan. ‘Sesungguhnya orang beriman adalah cermin bagi sesama saudaranya’. Dengan demikian terwujudlah pernyataan Rasulullah S.A.W, ‘Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi adalah seumpama satu tubuh. Jika satu organ tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan menderita dengan kesusahan tidur dan demam’.

iv. Membaca Al Quran bagi memulakan usrah. Disamping itu, antara tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim yang bersama dalam usrah seperti mengamalkan wirid khas(almathurat), sentiasa berwudhu’, puasa sunat, istighfar dan lain-lain. Itu semua adalah untuk memenuhi tuntutan ketuhanan yang amat penting bagi menjana ruh bagi setiap amal.

Ikhwah sekalian,

Ternyata sekali usrah ini merupakan satu platform yang unggul bagi membentuk peribadi dan sosok tubuh yang ideal dalam memainkan peranan dalam agenda perubahan yang baik. Oleh itu, sama-sama kita memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap usrah agar tujuan besar yang hendak dicapai dapai dicapai dengan baik. Hanya Allah sahajalah yang akan menentukannya dan kepadaNya kita berharap.

Sekian.

wallahualam...

PERSAHABATAN...

Persahabatan,suatu jalinan ukhwah antara manusia yang terbina atas nama silaturrahim.Allah mengaturkan kita untuk bertemu dengan seseorang dan kemudiannya kita berta'aruf(berkenalan) lalu kita bersahabat dengannya.Betapa indah dan cantiknya persahabatan itu andai ianya dibina atas rasa ikhlas,kepercayaan dan penuh kasih sayang. Seperti peribahasa Melayu ‘cubit peha kiri,peha kanan terasa juga’,dengan sahabat ini kita berkongsi pelbagai rasa,bila kita gembira dia juga merasakannya begitu juga apabila kita bersedih dia turut ada di sisi menemani dan menangis bersama.Jatuh bangun,susah senang kita dia tetap akan mendukung kita dan sedaya upaya tidak mengecewakan kita.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasullulah S.A.W sesungguhnya contoh terbaik dalam setiap perkara.Mengambil iktibar kisah baginda dan sahabat-sahabat beliau ternyata kita akan dapat melihat nilai sahabat sejati .Saidina Abu Bakar As-siddiq,Usman Affan,Ali bin Abi Thalib antara sahabat-sahabat yang setia berada di sisi Rasullulah dalam apa jua keadaan,ketika susah mahupun senang malahan sehinggakan semasa Rasullulah menghembuskan nafas terakhir semua sahabat-sahabatnya tetap setia menemani baginda menghadapi saat-saat sakaratulmaut.Saidina Ali bin Abi Thalib misalnya pernah berkorban menggantikan tempat tidur Rasullulah sewaktu baginda ingin berhijrah ke Madinah dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq pula rela dirinya yang dipatuk oleh ular berbisa bagi melindungi Rasullulah sewaktu mereka di gua Thur.Bukan itu sahaja,ukhwah persahabatan hebat ini dapat jua dibuktikan semasa peristiwa hijrah dan juga ketika Rasullulah menghadapi setiap peperangan.

Persahabatan seperti inilah yang menjadi dambaan sesiapa pun.Ada hikmahnya Allah menjadikan setiap manusia untuk berteman dan umpamakanlah hubungan persahabatan itu seperti bunga dan serangga.Jika serangga yang hinggap pada bunga itu adalah lebah maka ianya akan memberikan manfaat pada bunga untuk mekar berkembang tetapi jika bunga itu dihinggapi oleh serangga perosak maka musnahlah bunga itu.Begitu juga apabila bersahabat jika kita memilih sahabat daripada kalangan orang yang baik nescaya tempias keperibadiannya juga akan terserlah pada kita dan sebaliknya jika kita bersahabat dengan mereka yang berciri-ciri tidak baik akhlak seperti itu sedikit demi sedikit akan turut mempengaruhi kita.Justeru janganlah kita salah memilih atau terlalu memilh dalam bersahabat.

Tahniah sekiranya anda telah bertemu sahabat yang sejati dan hargailah sahabatmu itu.Semoga persahabatan kalian terjalin bukan sahaja ditakdirkan untuk di dunia tetapi biarlah berkekalan hingga ke akhirat dan moga jua Allah S.W.T meredhai dan memberkati persahabatan yang dibina.

WASALAM