IKLAN TAJAAN

Jun 16, 2012

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj.

Wahai sahabatku FB sekalian. Tahukah kita malam nie malam Israk Mikraaj. Malam 27 Rejab. Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj.

Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab
1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
Berdoa.
4.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
5.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”
· · ·

Jun 12, 2012

bonggol unta



Assalamualaikum w.b.t


Kita semua semakin menghampiri... Menghampiri HARI KIAMAT. huhu dah macam-macam petanda ade dah. Ummie kate buang bayi tu pun salah satu petanda. Sedih sangat tengok bayi yang dibuang.. TSKK.. Hmm tapi kali ni bukan nak citer pasal buang bayi la. Nak cerita pasal "bonggol unta"




Mase nak naik kapal terbang dari Dubai ke Malaysia haritu boleh dikatakan semua perempuan arab kat situ berbonggolkan unta. BESAR PUNYE. Aku yang agak terkejut dengan "fesyen" sebegitu mula tertarik nak tahu ape yang ade disebalik hijab yang berbonggol tersebut. Camne dorang buat rambut dorang jadi bonggol cam tu? Pakai rambut palsu ke? Kepale tambahan ke? Ketumbuhan ke? Tudung lebihan digumpal2kan ke.. Wah nampak begitu MERIMASKAN sekali. Huhu


Nak dijadikan cerita aku dapat plak tempat duduk bersebelahan dengan pasangan Arab ni, so mase die nak tidur die pun keluarkanlah "Bende"alah bonggol tu.. Laa sanggul rupenye. Besar gedabak plak tu..


Then dah sampai Malaysia.. Ramai plak orang msia pakai "fesyen bonggol" macam tu. Sebab tak silap aku sanggul perempuan tu mcm salah satu aurat perempuan, so kita memang tak bolehlah menampakkannya. Lainlah kalau korang tengah berpantang nak ikat tinggi2 tu xde hal lah kot. haha




Tapi sekarang fesyen tudung yang main sarung tukan (haha aku tak tahu) ala yang cam gambar di atas ni. Aku tengok ramai yang pakai tudung camtu, and then pin kan dekat belakang leher. So memang nampak ketara la rambut mereka itu.. Huhuu




Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :






Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.






Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.



Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!


Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)


(Wahh siape yang xnak bau syurga kan?? Siap nak masukk lagi tu.. Huhu)



Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Hukum Pakai Tudung Sanggul




Ustaz, apakah hukum mengenakan sanggul yang tinggi? Saya terdengar ada seorang Ustazah yang tersohor mengatakan bahawa perbuatan itu tidaklah mendatangkan masalah, tetapi yang wajib adalah menutup aurat, jadi saya terkeliru. Harap penjelasan daripada Ustaz.

Jawapan: Terima kasih di atas soalan yang telah diajukan. Perkara ini adalah sangat penting bagi kita selaku orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, beriman dengan kata-kata Nabi SAW. Bahagialah bagi mereka yang ikut suruhan Allah dan pesuruhnya, dan binasalah siapa yang berani melawan Allah dan pesuruhnya, walau siapa pun dia. Kerana kita percaya bahawa yang maksum itu adalah Nabi saw dan selain daripadanya itu boleh terdedah kepada kesilapan dan kekurangan. Jadi kita tidak lihat kepada siapa yang bercakap, tetapi kita lihat pada dalil dan ulasannya. Kita terima jika kata-katanya bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunah dan kita tolak jika kata-katanya tidak selari daripadanya. Kita hanya boleh fanatik pada Allah dan Rasulnya.

Oleh itu, saya akan menjawab persoalan di atas seperti berikut:

1. Sebenarnya, wanita adalah makhluk yang sangat dimuliakan oleh Allah Ta’ala, jika kita lihat sejarah manusia dahulu kala yang tidak beriman kepada Allah, mereka menganggap bahawa perempuan adalah hamba, hanya tempat untuk melepaskan nafsu serakah. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh berkahwin tanpa ada had, jika ingin berkahwin 10 orang wanita, maka kahwinlah 10 orang, jika hendak berkahwin 20 orang, maka kahwinlah 20 orang. Begitulah hinanya wanita sebelum datangnya Islam. Demikian juga apabila kita lihat di dalam agama hindu, pihak perempuan yang terpaksa menyediakan hantaran mahar, sedangkan mereka dari golongan yang lemah, adakah adil seperti itu. Begitu juga di dalam agama Kristian, mereka mendakwa Nabi Sulaiman berkahwin dengan 1000 orang wanita tanpa ada had. Demikian juga umat Cina dahulu kala, perempuan-perempuan kebanyakannya adalah pelacur murahan.



Namun apabila Islam datang, ia membawa harapan baru terhadap golongan wanita, martabat mereka ditinggikan serta dihormati. Mereka ditanggung daripada lahir sehinggalah akhir hayatnya, malah mendapat juga habuan harta peninggalan, mahar kahwin, dan sebagainya. Lihat, betapa untungnya kaum wanita. Tetapi malangnya ramai yang tidak bersyukur. Tidak menghargai dan mengerti mengapa Allah meletakkan sesuatu hukum ke atasnya seperti menutup aurat dengan sempurna dan selainnya, sedangkan suruhan itu amatlah sedikit berbanding nikmat yang sangat banyak Allah kurniakan buat mereka. Mereka nampak seperti hukum itu sukar dan susah, tetapi sebenarnya semua suruhan itu membawa kebaikan kepada diri mereka.



2. Allah SAW telah menyuruh beberapa hal terhadap para wanita salah satunya ialah menutup aurat dengan sempurna seperti di dalam al-Quran. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam hadis yang sahih iaitu ancaman bagi mereka yang memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bayangan tubuh, mendedahkan aurat, sanggul kepala mereka seperti bonggol unta dan sebagainya. Ini adalah amat penting untuk menjaga keselamatan mereka, di samping mentaati perintah Allah.

Antara Hadis Nabi SAW ada menyebut: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Hadis ini telah disyarahkan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah di dalam kitab syarah Sahih Muslim, beliau menyebut: “Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala-kepala dengan tudung mereka, mereka meletakkan apa-apa sahaja bagi membesarkan kepala mereka, sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta. Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.” (Syarah Sahih Muslim Oleh Imam an-Nawawi 17/191)


Begitu juga dapat disimpulkan makna hadis di atas dengan beberapa perkara iaitu:

Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (iaitu tidak menutupnya secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh.
Berdasarkan huraian hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa balasan neraka bagi sesiapa yang melakukan perbuatan di atas. Ulamak telah membahagikan dosa kecil dan dosa besar dengan memberi kaedah bahawa apa sahaja larangan dan akhirnya menyatakan murka dan balasan neraka, maka itu adalah daripada dosa-dosa besar.

Adakah patut Ustazah tersebut menyatakan sedemikian, sedangkan Ulamak besar telah menghuraikan hadis tersebut dan hadis itu adalah sahih untuk dijadikan sumber hukum.



3. Jika kita perhatikan juga, mereka yang memakai sanggul tinggi ini walaupun kelihatannya mereka memakai tudung, tetapi mereka sebenarnya memberi helah bagi membuktikan bahawa rambut mereka panjang dan hendak menarik pandangan lelaki. Bukanlah memakai atas dasar ikhlas ingin memenuhi suruhan Allah dan ibadah, tetapi disebabkan sebaliknya.

4. Tetapi sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syara’. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

5. Islam membenarkan fesyen, tetapi tidaklah sampai melampau dalam mengenakan fesyen sehingga melanggar suruhan Allah Ta’ala. Wallahu A’lam..