IKLAN TAJAAN

April 07, 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para anbiya serta salafus solih.

Alhamdulilah hi robbi alamin wasolah tu wasalam muala syaidina muhammadin wa ala ahlihi wasabihi wasalam, robbi solih wayar sirli amri wahlul data min li sani kauli.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
segala puji-pujian kepada Allah S.W.T yang menciptakan kita dari setitis air mani dan Allah juga lah yang menarik nyawa kita bila-bila masa dan kita mestilah menjaga ibadah kita sebelum Allah menarik nyawa kita sepanjang masa.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
 pada entri yang lepas kita telah membincangkan dan membahaskan tentang tanda-tanda kiamat yang kita menyentuh tentang kegagalan umat islam dalam mencari rezeki yang halal dalam apa-apa kes yang terjadi kerana ia disebabkan kemiskinan yang melampau dan kenaikan harga barang yang mennyebabkan umat islam ambil apa sahaja rezeki tanpa memperduli rezeki itu haram atau halal yang diambil secara lewa dan main-main sahaja.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
dalam mencari rezeki yang ada bermacam-macam cara untuk mencari rezeki diantaranya melihat dahulu tempat kerja dan sentiasa mencari sesuatu benda yang senang-senang pasti mendapat rezeki yang halalan toyyiban.

itu sahaja yang dapat saya sampaikan dan insyallah kita akan berjumpa lagi dan jaza kaullah hu minkum dan assalamualaikum.

April 04, 2011

tanda-tanda hari kiamat

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah buat pembaca muslim dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para anbiya.

Alhamdulilah hi robbi alamin wasolah tu wasalam mu alaih syaidina muhamaddin anbiya saidina muhamaddin rasulilah ajmain am" ma badu.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
pada hari yang berbahagia ini marilah kita panjatkan kesyukuran dan setinggi- setinggi takbir,tahmid dan zikir kepada Allah S.W.T insyallah dengan keizinan nya dapat dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
hari ini penulis ingin memberitahu kepada semua muslimin dan muslimat islam sedunia tentang tanda-tanda kiamat tetapi penulis ingin menyebut satu sahaja tentang tanda-tanda kiamat iaitu pada zaman sekarang ini ramai manusia tidak berhati-hati dalam mencari rezeki yang halal.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
Rasulullah s.a.w bersabda : Akan datang kepada manusia dalam suatu zaman dimana pada zaman itu seseorang tidak akan peduli lagi apa yang diperolehinya ,adakah ia berasal dari yang halal atau dari yang haram ??? (HR Sahih).

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
maksud hadis diatas ialah bertapa cuainya umat islam pada zaman sekarang ini dalam mencari rezeki yang halal lagi suci dari sumber-sumber yang haram dan ramai mengambil apa sahaja pekerjaan yang masih tidak ketahui  sumber itu sama ada halal atau haram.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
ada yang lagi teruk iaitu menyertai M.L.M, semua pasti tahu apa itu M.L.M tapi yang kesalnya ramai umat islam melayu terpedaya dengan hasutan orang-orang yang pandai berpidato menceritakan tentang kekayaan seseorang sampai hati umat islam semakin gelap untuk mendapatkan duit




akan disambung nanti
 

April 01, 2011

FADHILAT SOLAT JUMAAT

Assalamualaikum w.b.t dan salam pagi jumaat kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T dan selawat dan salam diatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan sejahtera atas umatnya yang berada di serata dunia, alhamdulilah hi robbi alamin wasolah tu wasalam muala wala ahlihi wasabihi wasalam,

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
pada hari jumaat yang mulia ini marilah kita sentiasa berzikir dan banyak melakukan amalan-amalan sunnah yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W dan kita semua tahu bahawa rasulullah bersabda :"Sebaik-baik yang matahari terbit pada hari itu adalah solat jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan,dimasukkan dan ke dalam syurga , dan dikeluarkan daripada syurga.( HR Muslim).
dalam maksud hadis diatas bahawa dapat dibuktikan bahawa hari jumaat merupakan penghulu yang kita semua kita ketahui dan Rasulullah berkata hari kiamat pun akan berlaku pada hari jumaat, dan ini yang kita kena berjaga-jaga dan kita harus berwaspada apabila menghadapi hari pengadilan dan pembalasan.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
daripada Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :"Sesiapa berwuduk dengan sempurna , kemudian menunaikan solat jumaat,lalu mendengarkan khutbah dan diam, nescaya dosa-dosanya yang terjadi di antara jumaat tersebut dan jumaat lainnya dan ditambah lagi tiga hari, akan diampuni. Sesiapa yang mengusap pasir (saat imam berkhutbah) sesungguhnya dia telah berbuat sesuatu yang sia-sia.(HR Muslim).

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Oleh Allah S.W.T,
dalam maksud hadis diatas kita mesti berdisplin dalam melaksanakan ibadah solat jumaat kerana kalau kita mengharapkan keampunan daripada Allah S.W.T dan penulis melihat ramai umat islam pada zaman sekarang sudah tidak lagi menghormati imam ketika membaca khutbah dengan bersembang -sembang dengan sahabat-sahabat, membuat bising dan yang lebih teruk lagi siap menghisap rokok diluar masjid, bukankah peraturan telah melarang kita membuat bising dan menghisap rokok dalam pekarangan masjid tapi apakan daya Allah S.W.T telah menutup hati seorang hamba untuk mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T ,
antara fadhilat dan kebaikan yang perlu dibuat semasa pada hari jumaat ialah amalan memotong kuku memakai wangi-wangian,bersugi datang awal ke masjid dan sebagainya untuk mendapat pahala lebih daripada Allah S.W.T.

Tentang datang awal ke masjid, penulis merasakan ada ganjaran besar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kerana Nabi Muhammad memberitahu : sesiapa yang datang awal ke masjid seolah dia telah mengorbankan seekor unta dan sesiapa yang datang disaat-saat akhir maka dia seolah-olah mengorbankan sebutir telur.

Itu sahaja yang dapat penulis sampaikan kepada muslimin dan muslimat semoga apa kita membaca akan mendapat rahmat Allah s.w.t sekian jazakaullah hu minkum dan assalamualaikum w.b.t.