IKLAN TAJAAN

April 04, 2011

tanda-tanda hari kiamat

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah buat pembaca muslim dan muslimat yang dirahmati oleh Allah s.w.t dan selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para anbiya.

Alhamdulilah hi robbi alamin wasolah tu wasalam mu alaih syaidina muhamaddin anbiya saidina muhamaddin rasulilah ajmain am" ma badu.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
pada hari yang berbahagia ini marilah kita panjatkan kesyukuran dan setinggi- setinggi takbir,tahmid dan zikir kepada Allah S.W.T insyallah dengan keizinan nya dapat dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
hari ini penulis ingin memberitahu kepada semua muslimin dan muslimat islam sedunia tentang tanda-tanda kiamat tetapi penulis ingin menyebut satu sahaja tentang tanda-tanda kiamat iaitu pada zaman sekarang ini ramai manusia tidak berhati-hati dalam mencari rezeki yang halal.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
Rasulullah s.a.w bersabda : Akan datang kepada manusia dalam suatu zaman dimana pada zaman itu seseorang tidak akan peduli lagi apa yang diperolehinya ,adakah ia berasal dari yang halal atau dari yang haram ??? (HR Sahih).

Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
maksud hadis diatas ialah bertapa cuainya umat islam pada zaman sekarang ini dalam mencari rezeki yang halal lagi suci dari sumber-sumber yang haram dan ramai mengambil apa sahaja pekerjaan yang masih tidak ketahui  sumber itu sama ada halal atau haram.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah,
ada yang lagi teruk iaitu menyertai M.L.M, semua pasti tahu apa itu M.L.M tapi yang kesalnya ramai umat islam melayu terpedaya dengan hasutan orang-orang yang pandai berpidato menceritakan tentang kekayaan seseorang sampai hati umat islam semakin gelap untuk mendapatkan duit




akan disambung nanti
 

Tiada ulasan: