IKLAN TAJAAN

April 01, 2011

FADHILAT SOLAT JUMAAT

Assalamualaikum w.b.t dan salam pagi jumaat kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T dan selawat dan salam diatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan sejahtera atas umatnya yang berada di serata dunia, alhamdulilah hi robbi alamin wasolah tu wasalam muala wala ahlihi wasabihi wasalam,

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
pada hari jumaat yang mulia ini marilah kita sentiasa berzikir dan banyak melakukan amalan-amalan sunnah yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W dan kita semua tahu bahawa rasulullah bersabda :"Sebaik-baik yang matahari terbit pada hari itu adalah solat jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan,dimasukkan dan ke dalam syurga , dan dikeluarkan daripada syurga.( HR Muslim).
dalam maksud hadis diatas bahawa dapat dibuktikan bahawa hari jumaat merupakan penghulu yang kita semua kita ketahui dan Rasulullah berkata hari kiamat pun akan berlaku pada hari jumaat, dan ini yang kita kena berjaga-jaga dan kita harus berwaspada apabila menghadapi hari pengadilan dan pembalasan.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
daripada Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :"Sesiapa berwuduk dengan sempurna , kemudian menunaikan solat jumaat,lalu mendengarkan khutbah dan diam, nescaya dosa-dosanya yang terjadi di antara jumaat tersebut dan jumaat lainnya dan ditambah lagi tiga hari, akan diampuni. Sesiapa yang mengusap pasir (saat imam berkhutbah) sesungguhnya dia telah berbuat sesuatu yang sia-sia.(HR Muslim).

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Oleh Allah S.W.T,
dalam maksud hadis diatas kita mesti berdisplin dalam melaksanakan ibadah solat jumaat kerana kalau kita mengharapkan keampunan daripada Allah S.W.T dan penulis melihat ramai umat islam pada zaman sekarang sudah tidak lagi menghormati imam ketika membaca khutbah dengan bersembang -sembang dengan sahabat-sahabat, membuat bising dan yang lebih teruk lagi siap menghisap rokok diluar masjid, bukankah peraturan telah melarang kita membuat bising dan menghisap rokok dalam pekarangan masjid tapi apakan daya Allah S.W.T telah menutup hati seorang hamba untuk mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T ,
antara fadhilat dan kebaikan yang perlu dibuat semasa pada hari jumaat ialah amalan memotong kuku memakai wangi-wangian,bersugi datang awal ke masjid dan sebagainya untuk mendapat pahala lebih daripada Allah S.W.T.

Tentang datang awal ke masjid, penulis merasakan ada ganjaran besar yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kerana Nabi Muhammad memberitahu : sesiapa yang datang awal ke masjid seolah dia telah mengorbankan seekor unta dan sesiapa yang datang disaat-saat akhir maka dia seolah-olah mengorbankan sebutir telur.

Itu sahaja yang dapat penulis sampaikan kepada muslimin dan muslimat semoga apa kita membaca akan mendapat rahmat Allah s.w.t sekian jazakaullah hu minkum dan assalamualaikum w.b.t.

Tiada ulasan: