IKLAN TAJAAN

Disember 18, 2009

AWAL MUHARAM NIAT BARU KITA

Di tahun baru kita dalam islam kita iatu awal muharram,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut awal hijrah dan muharram semoga kita mendapat hidayah daripada Allah,kita kenalah bermuhasabah diri dan membuat niat baru kita kerana kita berada dalam tahun yang baru,pekara yang baru,tapi janganlah kita maembeli baju baru,rumah baru dan lain-lain lagi,ini kerana semua pekara adalah pekara keduniaan semata-semata sahaja.bagi calon PMR yang keputusan keluar pada 27 Disember 2009 diharap agar mendapat keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dan kita jangan lupa mengucapkan alhamdulilah,tapi jangan menggantikannya dengan ucapan yahoo sambil melonjak-lonjak kegembiraan.Bagi sesiapa calon PMR yang bernazar dgn Allah,tunaikan nazar anda sebelum mendapat dosa dari Allah.Sekian wassalam.

Oktober 20, 2009

RAMAI ORANG YANG GILA BOLA SEPAK MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Para penggemar bola sepak yang jumlahnya mencapai ratusan ribu,berkumpul pada waktu solat jumaat di stadium,ketika Allah memanggil mereka.Tetapi...bagaimana mereka memberi jawapan kepada- Nya,dengan keadaan akal-akal mereka telah hilang dan dengan perasaan mereka yang telah mati.Apa yang dia perolehi dari ini?Mereka memiliki sikap fanatik yang dibenci terhadap kelab-kelab yang seolah raga yang berbeza-beza.Yang sebahagian menyokong satu kelab dan sebahagian lain menyokong kelab yang lain.
Bahkan dalam satu keluarga pun berpecah belah,yang satu mengikuti satu kelab,sedangkan yang satunya mengikuti kelab yang lain .Bahkan ianya tidak terbatas dalam memberi semangat,melainkan para pengikut kelab yang menang mengejek dan menghina para penyokong yang kalah.Puncak dari kemarahan itu,terjadilah pergaduhan dan permusuhan diantara para penyokong dua kelab.Sehingga menelan ratusan orang yang terluka dan terbunuh dan itulah korban-korban dalam permainan bola sepak.
Demikian juga umat islam disibukkan dari memikirkan jihad terhadap musuhnya dan kesudahan dari suatu urusan -urusanya yang sangat besar.Kerana hal tersebut menghapuskan makna kejayaan dan kemuliaan umat ini,dimana umat telah menghambur-hamburkan harta yang banyak dan mensia-siakan waktu yang panjang,sementara jika harta tersebut digunakan oleh umat untuk aktiviti dan kegiatan positif,tentu umat ini berada dalam posisi seperti negeri-negeri islam yang dahulu.Sekarang muncul ukuran yang terbaik,dimana para pahlawan di masa kini adalah pemain bola sepak!Bukan pejuang yang membela kemuliaan dan kejayaan umat ini,sehingga harta yang besar didermakan kepada para pemain itu.Tetapi Islam tidak mengakui ukuran yang terbalik ini.Setiap orang dinilai dari sikap yang tidak meremehkan dan berlebih-lebihan terhadap syariat.
Ringkasnya,sesungguhnya bola sepak sekarang menjadi sebahagian dari alat penghancur yang digunakan oleh musuh-musuh umat islam dan mereka menggiatkan umat diatasnya.Diantara pekara-pekara yang menguatkan demikian ini .Sebagaimana yang terdapat dalam protokol yang ketiga belas dari protokol-protokol para filusuf Yahudi:"...Supaya majoriti manusia tetap dalam kesesatan,tidak tahu apa yang ada di belakang dan didepan permainan tersebut dan tidak tahu apa yang dikehendaki darinya."
Sesungguhnya kita akan melakukan usaha-usaha lain untuk memalingkan hati mereka.Dengan menubuhkan prasarana yang indah dan menghiburkan.Serta permainan-permainan yang menyenangkan dan memperbanyak model-model olahraga dalam permainan.Makanan yang melazatkan dan membangkitkan selera.Lalu memperbanyakkan gedung-gedung yang dihiasi dan bangunan-bangunan yang berhias.Kemudian kita membuat penyebaran yang mengajak mereka untuk memeriahkan pertandingan-pertandingan yang bermacam-macam olahraga...
Wahai saudaraku sesama muslim,apakah engkau mendengar apa yang dikhendaki oleh musuh-musuh mu terhadap dirimu?

Oktober 19, 2009

SOLAT YANG MEMAKAI PAKAIAN KETAT YANG MENAMPAKKAN AURAT

Memakai pakaian ketat dan sempit dibenci secara syarak dan segi kesihatan kerana membahayakan badan.Sehingga sebahagian dari mereka sulit untuk melakukan sujud.Jika mengenakan pakaian itu sampai menyebabkan si pemakainya meninggalkan solat,walaupun hanya sebahagian,maka dapat dipastikan tidak sah untuk mengenakan pakaian tersebut.
Berdasarkan pengalaman, sebahagian besar orang yang memakai(pakaian tersebut) memang tidak solat atau kecuali sedikit,seperti orang-orang munafik! Sebahagian besar orang yang solat pada hari ini solat dengan pakaian yang mengambarkan kedua auratnya atau salah satunya!
Al-Hafidz Hajar telah menceritakan dari Ahsyab tentang orang yang memakai seluar pendek didalam solat dan dalam keadaan ia mampu memanjangkan:"Dia mengulangi solat di waktu itu kecuali jika pakaianya tebal dan sebahagian Hanafiyah memakruhkannya".
Ini tentang keadaan seluar mereka bentuknya lebar dan luas maka bagaimana jika seluar itu sempit!
Al-Allamah Al-Albani berkata:Pada seluar terdapat dua musibah:
  1. Pemakainya menyerupai orang-orang kafir.Dahulu kaum muslimin mengenakan seluar yang longgar,yang masih sebahagian orang di Syria dan Lubnan memakainya.Kaum muslimin tidak mengenali seluar ini kecuali tatkala mereka dijajah.Maka ketika para penjajah itu telah hilang, mereka meninggalkan perilaku-perilaku yang buruk dan kaum muslimin mengikutinya,disebabkan kebodohan mereka.
  2. Seluar ini membentuk aurat dan aurat lelaki batasnya dari lutut sampai ke pusat.Orang yang solat diwajibkan agar keadaanya jauh dari larangan Allah kerana dia dalam keadaan sujud kepada-Nya.Maka kamu lihat keduanya bongkoknya terbentuk dengan jelas,bahkan kamu lihat anggota tubuhnya yang ada diantara keduanya(kemaluanya) terbentuk!

Bagaimana orang yang demikian ini melakukan solat dan bediri di hadapan Rabb semesta alam?

Yang menghairankan,sebahagian besar pemuda muslim mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat,kerana membentuk tubuhnya.

Pemuda ini lupa, bahawa sesungguhnya dirinya terjatuh pada kemungkaran yang dia ingkari.Kerana tidak ada perbezaan antara seorang perempuan yang memakai pakaian ketat yang membentuk tubuhnya dengan pemuda yang memakai seluar.

Keadaanya sama membentuk kedua punggungnya,sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat,keduanya sama hukumnya.Maka wajib atas para pemuda tersebut mengetahui musibah yang telah menimpa diri mereka kecuali orang yang dikhendaki Allah dan mereka sedikit sekali.

Adapun jika seluar itu lebar dan tidak sempit,maka solat dengan pakaian itu sah.Tetapi yang lebih utama,selain memakai seluar itu,anggota badan antara lutut dan pusat ditutup dengan pakaian dan diturunkan sampai ke betis atau sampai ke buku lali,kerana menutupi aurat yang lebih demikian ini lebih sempurna.

Oktober 06, 2009

TAZKIRAH AKHIR RAMADHAN

Ramai orang tidak solat terrawih,terlalu ramai melepak diluar,kita dipantau oleh malaikat,yang kita setiap hari dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah yang bermaksud wahai orang yang beriman,diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana seperti yang diperintahkan. Apa makna terawih,terawih ialah santai-santai yang tidak boleh dipertikaikan.Bila tiba ramadhan syaitan dikurung,kalau bulan ramadhan masih malas solat lepas itu salahkan diri sendiri.Rata-rata manusia hari ini secara ok,kadang-kadang tidak solat,kita mesti menutup aurat, contohnya puasa tapi auratnya dihidang-hidangkan.Kita kenalah banyak-banyakkan membaca Al-Quran,ulamak-ulamak bercakap jangan disekat.Diantara tanda-tanda akhir zaman ialah ramai ulamak meninggal dunia, kalau kita sudah mumayiz elok kita memkaji dan betadarus Al-Quran.Dekat 7-Eleven berlambak arak,kalau kita sayangkan Allah,kita boikotlah memberi lesen,ramai manusia tidak mengenal Allah malah memperlekehkanya.Penulis akan bersambung pada masa akan datang, sekian wassalam.

SAMBUNGAN TAZKIRAH RAMADHAN

Berikut daripada sambungan penulis tentang wajib,mengundi ialah wajib,wajib haji ialah wajib muhaddah,wajib muhassah ialah wajib berjihad.Islam,iman dan ihsan tidak boleh dipisah kalau kita memisahkan salah satu daripadanya maka cacatlah islamnya.Terlalu banyak alasan untuk berkahwin kerana memikirkan hal-ehwal duniawi sehingga lahirnya perlakuan seks bebas ataupun zina.itulah yang berlaku bala bencana yang diturunkan oleh Allah s.w.t, jangan sampai negara kita sendiri pun terkena tsunami.Kalau nakkan anak yang soleh,ibu bapa pada zaman bujang dan dara mestilah pergaulan yang baik serta tidak berzina,bermaksiat dan membuat dosa.Bila datangnya zina dan maksiat kerana manusia ini jahil dan tidak mengenal agama islam.sekian daripada penulis, wassalam.

Ogos 28, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 2

Megenai erti ugama seperti yang dijelas.Semua pekara yang kita buat mesti berdoa.Mengenai undang-undang Allah ia pengolek hukum syarak iatu dithaklik ertinya dibebani, kita mesti ada 4 pekara iatu islam,berakal,baligh hingga berdakwah,contohya tersalah undi, kita hendak mengundi bulan tetapi tidak sengaja terundi dacing.Itu dikira tidak berdosa,kalau tak nak buat hukum Allah kita mesti diam dan tidak boleh dipersenda.Kalau pembaca nak tahu orang awam ni sebenarnya orang tiada bermahzab bukanlah kakitangan awam.kata ulama-ulamalah.Kalau kita tidak mencari ilmu dikira berdosa.ada satu lagi golongan iatu golongan mukhalaf ertinya membuat amal ibadah separuh-separuh,yang membuat separuh iaitu cacat hal ehwal islam ia berti jahil murakkah iaitu jahil melantun-lantun.Waktu pilihanraya adalah ibadah wajib.Mengundi adalah wajib kerana kita sebagai orang islam dan orang Malaysia kita hendaklah mempertahankan negara kita.Penulis akan menyambung tazkirah pada masa akan datang.Sekian wassalam.

dalam proses perbahasan daa

minta maaf tidak dapat menaip

TZKRH RAMADAN-BINGKISAN DARI YAMAN

Rahsia-rahsia untuk orang beriman menghadapi puasa.Orang di Malaysia buat sampai 20 hari sahaja,Rasulullah bersedia 2 bulan sebelum ramadhan.Seperti dalam doa nabi=waqina azab ban narr.cinta kepada rasulullah melalui 4 pekara iatu 1,makrifa=kenal nabi s.a.w,2,mahhaba=cinta kpd rasullah dan selanjutnya.mengenai H1N1=HIDUP1-NAZAK1,yang kena ba alif ba ya=ORANG MELAYU .Hadis bermula dari orang-orang Yaman contohnya Abu Hurairah r.a.Kenapa Rasulullah suka di bumi Yaman,mengikut sabda Nabi mereka mengikut Rasulullah dan perjuangannya.Ada 3 negara seperti di Pattani,Indonesia dan di Kelantan,Malaysia.Mereka semua datang ke Hadramaut sebagai persediaan untuk ramadhan.Bagi mereka ibarat durian runtuh bagi orang yang beriman.Allah tambah lagi jika dapat malam lailatul qadar.Dibumi Yaman ada sahaja pengemis dari kanak-kanak hingga ke orang tua,orang Yaman buat solat terawih 20 rakaat,hampir hujung ramadhan makin ramai jemaah masuk masjid bukan di Malaysia sampai 8 rakaat jemaah pun blahle sampai terlupa buat Solat witir sebagai penutup solat terawih.itulah1Malaysia.dan ada rahsia-rahsia sebelum berpuasa iatu=1,ada ilmu puasa contohnya berpuasa sunat sebagai latihan,2,ada ilmu beramal,3,berzikir sunat,4,bersedekah.Kalau boleh cuba usaha banyak-banyakan solat-solat sunat yang pernah dibuat oleh Rasulullah,kalau tidak boleh buatlah untuk seumur hidup dan lain-lain,puasa sunat dlm 3 bulan beturut-turut kalau boleh,sekian untuk bingkisan dari Yaman,wassalam.

Ogos 27, 2009

DARIPADA TAZKIRAH RAMADAN 1

Bila agama berada di perut, hawa nafsu pada tubuh belakang-segala yang sesat akan percaya.ini akan menyebabkan sebelah kaki masuk ke neraka.pemimpin dan ulama jangan salah guna authority.jangan salah bercakap media-media yang pembohong yang banyak masuk nombor ekor akan dianggap NAJIS MAKHNAWI=NAJIS YANG TIDAK DILIHAT.ibarat ulama tiga suku, semua orang yang membidaah sesuka hati dianggap sesat.Nampak tuhan didunia dengar sedar maka jatuhlah kafir dan jatuh akidah. Jangan kata Allah bertempat.contoh kata Allah didakwa Mencipta meja berti Allah jadi lemah.Mengenai ugama ugama ialah suatu perhimpunan undang-undang agama,yang datang dari Allah kepada rasul melalui malaikat.Jin,manusia kena ikut nabi,kecuali malaikat disuruh memuliakan nabi rasul, orang yang ikut undang-undang Allah dialah orang muslim,jika tidak mengamalkan 4 pekara iatu jinayah,syariah,hadanah dan yang seterusnya dianggap orang yang kafir dan jika orang islam namun tidak mengamalkan dianggap islam yang cacat.MENGENAI HUKUM dalam kehidupan kita,segala perkerjaan tidak boleh terlepas dari 5 pekara termasuk basmalah,termasuk wajib berkahwin ,sebagai contoh kalau kita terasa gatal tentang perempuan yang disukai,kita kena wajib kahwin.Kalau mengaji selain daripada Allah,hukumnya haram, ini kerana kalau kita belajar selain daripada Allah kerana kita punya cita-cita,seolah-olah kita membelakangi Allah.MENGENAI HUKUM PILIHAN RAYA@MENGUNDI.haram jika kesemua parti enggan menggunakan hukum Allah,sunat jika semua parti membuat hukum Allah dan wajib jika satu parti jahat dan parti baik.ISLAM itu satu dAN TIDAK BOLEH DIASINGKAN.KITA WAJIB BERADA DALAM ISLAM.

Ogos 10, 2009

ISU ARAK,KENAPA DIPERTIKAIKAN

Pada minggu lepas,MB Selangor telah mengeluarkan keputusan bahawa penjualan arak di 7-Eleven dan mana-mana pasaraya yang berdekatan,dan boleh dilihat melalui mekanisma sedangkan dr hassan ali mengatakan penjualan arak di kawasan orang islam itu tidak boleh dijual malah diharamkan,adakah PAS terkejut dan ikut saja apa yang dikatakan oleh ronnie liu, kepada pembaca blog, anda nilailah sendiri.

Jun 05, 2009

AJK MASJID =ANTARA BARU DAN LAMA

Tadi saya pergi ke masjid sg udang untuk mendengar khutbah jumaat, saya melihat seorang khatib yang membaca khutbah ialah serorang bekas nazir masjid,saya rasa bimbang kerana mungkin akan berlaku perselisihan diantara yang lama dan yang baru .Saya pun hairan.

Mei 20, 2009

Saya rasa bertapa susahya untuk memimpin sebagai ketua dalam AJK SURAU SMKTG kerana saya rasa terkilan dan kecewa kerana setiap ajk berasa culas dan malas ketika melakukan sesuatu tugasan yang sangat senang dan bisa diurus .
Pada hari ini saya akan bersedia mendengar segala masalah mengenai surau-surau sekolah saudara ,hantarkan apa -apa sahaja soalan untuk dijawab
assamualaikum kepada semua pembaca blog ini ,bila-bila masa sahaja saya akan menulis dalam blog ini ,insyaallah