IKLAN TAJAAN

Oktober 19, 2009

SOLAT YANG MEMAKAI PAKAIAN KETAT YANG MENAMPAKKAN AURAT

Memakai pakaian ketat dan sempit dibenci secara syarak dan segi kesihatan kerana membahayakan badan.Sehingga sebahagian dari mereka sulit untuk melakukan sujud.Jika mengenakan pakaian itu sampai menyebabkan si pemakainya meninggalkan solat,walaupun hanya sebahagian,maka dapat dipastikan tidak sah untuk mengenakan pakaian tersebut.
Berdasarkan pengalaman, sebahagian besar orang yang memakai(pakaian tersebut) memang tidak solat atau kecuali sedikit,seperti orang-orang munafik! Sebahagian besar orang yang solat pada hari ini solat dengan pakaian yang mengambarkan kedua auratnya atau salah satunya!
Al-Hafidz Hajar telah menceritakan dari Ahsyab tentang orang yang memakai seluar pendek didalam solat dan dalam keadaan ia mampu memanjangkan:"Dia mengulangi solat di waktu itu kecuali jika pakaianya tebal dan sebahagian Hanafiyah memakruhkannya".
Ini tentang keadaan seluar mereka bentuknya lebar dan luas maka bagaimana jika seluar itu sempit!
Al-Allamah Al-Albani berkata:Pada seluar terdapat dua musibah:
  1. Pemakainya menyerupai orang-orang kafir.Dahulu kaum muslimin mengenakan seluar yang longgar,yang masih sebahagian orang di Syria dan Lubnan memakainya.Kaum muslimin tidak mengenali seluar ini kecuali tatkala mereka dijajah.Maka ketika para penjajah itu telah hilang, mereka meninggalkan perilaku-perilaku yang buruk dan kaum muslimin mengikutinya,disebabkan kebodohan mereka.
  2. Seluar ini membentuk aurat dan aurat lelaki batasnya dari lutut sampai ke pusat.Orang yang solat diwajibkan agar keadaanya jauh dari larangan Allah kerana dia dalam keadaan sujud kepada-Nya.Maka kamu lihat keduanya bongkoknya terbentuk dengan jelas,bahkan kamu lihat anggota tubuhnya yang ada diantara keduanya(kemaluanya) terbentuk!

Bagaimana orang yang demikian ini melakukan solat dan bediri di hadapan Rabb semesta alam?

Yang menghairankan,sebahagian besar pemuda muslim mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat,kerana membentuk tubuhnya.

Pemuda ini lupa, bahawa sesungguhnya dirinya terjatuh pada kemungkaran yang dia ingkari.Kerana tidak ada perbezaan antara seorang perempuan yang memakai pakaian ketat yang membentuk tubuhnya dengan pemuda yang memakai seluar.

Keadaanya sama membentuk kedua punggungnya,sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat,keduanya sama hukumnya.Maka wajib atas para pemuda tersebut mengetahui musibah yang telah menimpa diri mereka kecuali orang yang dikhendaki Allah dan mereka sedikit sekali.

Adapun jika seluar itu lebar dan tidak sempit,maka solat dengan pakaian itu sah.Tetapi yang lebih utama,selain memakai seluar itu,anggota badan antara lutut dan pusat ditutup dengan pakaian dan diturunkan sampai ke betis atau sampai ke buku lali,kerana menutupi aurat yang lebih demikian ini lebih sempurna.

Tiada ulasan: