IKLAN TAJAAN

Februari 11, 2011

MARI KITA SENYUM

SENYUM ITU SEDEKAH

Senyuman,kadangkala kita menganggapnya sebagai perkara kecil dan biasa tetapi kita sebenarnya terlupa bahawa dengan tersenyum kita sudah melakukan satu ibadah.Bersedekah tidak semestinya dengan harta malahan dengan senyuman kita sudah boleh melakukan amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

SENYUM DARI HATI

Amalan senyum itu adalah perkara mudah dan murah untuk dilakukan.Betapa manisnya senyuman yang diberikan jika senyuman itu adalah senyuman dari hati yakni senyuman yang ikhlas dan kerana Allah.Sudah pasti keikhlasan yang terbit dari hati akan terpancar indah pada raut wajah dan jangan lupa ikhlaskan senyuman itu bukan pada orang disenangi sahaja tetapi juga pada orang yang tidak disukai walaupun pada musuh.

Dalam sebuah kisah yang ditulis oleh Iman Bukhari mengenai peristiwa Saiditina Aisyah dan Rasullulah S.A.W.

Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

SENYUMAN PENAWAR DUKA

Ketahuilah senyuman itu penawar duka kerana kehebatan kuasa senyuman itu akan mampu mengubati rasa sedih,kecewa dan kesakitan.Reaksi positif ini akan membantu menghilangkan sifat negatif yang ada.Orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum walaupun sedang diuji dengan dugaan yang hebat.

‘Senyuman adalah anugerah terindah kurniaan Allah,suatu nikmat yang pasti,suatu kemesraan penghubung ukhwah.’

Tiada ulasan: