IKLAN TAJAAN

Februari 25, 2012

"MEYAKINI KEMENANGAN ISLAM"

Saya  menyeru  dan  berpesan  kepada  sidang    jemaah  sekalian  agar  kita  bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita dengan menghayati seluruh Syariat Islam di dalam kehidupan di samping taat  mengerjakan segala yang diperintahkan dan menghindari segala larangan-Nya. Semoga hidup kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati di dunia ini dan berbahagia di akhirat kelak.

Allah  menjanjikan  kepada  umat  Islam  bahawa  mereka  akan  mencapai  kemenangan  ke  atas musuh-musuh  mereka dan memerintah  semula  mukabumi  ini  dengan  syariat  Islam.    Namun  amat menyedihkan  apabila  ramai  di  kalangan  umat Islam  yang  seakan  tidak  percaya  dengan  kemenangan Islam. Pergantungan mereka kepada pengaruh dan kekuatan bukan Islam membuktikan mereka tidak yakin  kepada  kemenangan  Islam.  Runtuhnya  nilai  moral  dan  akhlak  mereka juga turut  membuktikan keraguan  mereka  kepada  kegemilangan  Islam.  Ada  di  kalangan  umat  Islam  yang  menganggap realiti yang wujud pada hari ini tidak memungkinkan Islam memerintah dan menguasai dunia.

Memang  benar  suasana  pada  hari  ini  tidak  menyebelahi  umat  Islam.  Kebanyakan  Negara-negara  umat  Islam berada  dalam  kemunduran,  peperangan  dan  kacau  bilau  di  samping  musibah bencana  alam  dan  seumpamanya. Selain  itu  kebanyakan  Negara  Islam  bergantung  kepada  bantuan negara  bukan  Islam  dalam  menguruskan ekonomi mereka  sehingga  terpaksa tunduk  dan  patuh  serta mengikut telunjuk mereka. Justeru, tidak hairanlah sesetengah daripada kita tidak yakin dan percaya kembalinya Islam ke era  kegemilangannya.  Bukan  sahaja  tidak mempercayainya, malah  ada  di  kalangan  umat  Islam  tidak bangga  menjadi  orang  Islam,  menukar  penampilan  kepada  cara  dan budaya  hidup  bukan  Islam  dan apa yang paling menakutkan ialah ada yang sangup menukar agamanya menjadi murtad.

ni  adalah  gambaran  kepada  muslim  yang  rapuh  dan  longgar  imannya.  Mereka  menilai  dan menimbang  sesuatu perkara  dengan  timbangan  kebendaan.  Mereka  melupakan  tentang  sunnatullah. Mereka  lupa  bahawa  tiada  kuasa yang  akan  kekal  selama-lamanya.  Kesemuanya  akan  mengikut putaran sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 140 ”...Demikian  itulah  keadaan  hari-hari  (dunia  ini  dengan  peristiwa-peristiwa  kemenangan  atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesame manusia…”.

Selain  daripada  ayat-ayat  Al-Quran,  hadis-hadis  Nabi  juga  turut  menceritakan  khabar  gembira mengenai kemenangan  Islam  dan  umatnya. Rasulullah s.a.w. menggambarkan kepada kita walaupun buruk sekalipun keadaan umat Islam, namun  di  sana  pasti  ada  golongan  yang  akan menyeru  dan  menegakkan  kebenaran.  Hadis daripada Sa’d R.A  bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Sentiasa  ada  satu  golongan  daripada kalangan  umatku  yang  menzahirkan  kebenaran  tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”.(Riwayat Muslim)

Sedarlah,  bahawa  musuh-musuh  Islam  sejak  dahulu  sentiasa  bersatu  dalam  memerangi  umat Islam  walaupun mereka  berlainan  agama,  bangsa  dan  keturunan.  Mereka  sanggup  melakukan  apa sahaja  membelanjakan  jutaan ringgit  semata-mata  untuk  menyesatkan  dan  menyelewengkan  umat Islam  daripada  ajaran  Islam  yang  sebenar. Malangnya  kesatuan  sebegini  tidak  wujud  di  kalangan Negara-negara umat Islam. Hatta dalam isu Palestin pun umat Islam masih lagi bertelagah apatah lagi dalam  isu-isu  yang  lain.  Ingatlah  perpecahan  di  kalangan  kita  akan menghalang  kemenangan  dan memudahkan penguasaan musuh.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 46;"...Janganlah  kamu  saling  berbantah,  lalu  menyebabkan  kamu menjadi  lemah  semangat  dan  hilang kekuatan...".

Tiada ulasan: