IKLAN TAJAAN

Februari 10, 2010

MENGHIDUPKAN SEMULA KESENIAN ISLAM bahagian1

Agama islam yang kita anuti adalah satu-satunya agama yang paling lengkap dan semula jadi sebaik-baik pedoman untuk kemajuan,kebahagiaan dan kesejahteraan ummah seluruhnya.Ajarannya universal dan sesuai dengan fitrah insaniah yang keadaan bersih dan murni.Kesempurnaan islam bukan sahaja dari segi akidah dan syari'ahnya,malahan meliputi hal-hal seni,yang ada kaitan dengan jiwa manusia yang mencintai keindahan.Jelasnya islam adalah agama yang menghargai kesenian dan keindahan dengan ciri-cirinya yang boleh memberi kesegeran pada jiwa dan menyuburkan ketakwaan kepada Allah 'Azz wa Jala.Sabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya Allah itu indah ,dia menyukai keindahan.".Islam pada zaman kegemilangannya yang silam telah melahirkan hasil kesenian yang amat bernilai sama ada seni rupa mahupun seni suara.Seni rupa islam yang indah terdapat reka bentuk bangunan-bangunan masjid,seni khat dan kraftangan yang lain lagi.Demikian juga islam terjelma dalam gubahan syair dalam pelbagai bentuk bahar atau iramanya,lagu-lagu yang menghiasi bacaan Al-Quran dan sebagainya .Umat islam kini yang telah menempuh zaman kebangkitan untuk menebus maruah dan keagunganya semula,maka dalam kepesatan pembangunan itu,ciri-ciri kesenian islam hendaklah turut dibina dan dihidupkan semula,termasuk dalam reka cipta binaan dan bangunan sama ada milik individu mahupun milik perbadanan dan sebagainya.Senibina islam bukan saja bentuknya indah,tetapi mempunyai ciri-ciri mengagungkan Tuhan Yang maha esa,perpaduan ummah,kebersihan dan sebagainya.

Tiada ulasan: