IKLAN TAJAAN

Disember 03, 2011

PERANAN SEORANG MUSLIMAH @WANITA

     Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah buat saudara-saudara sesama islam. Alhamdulilah syukur pada Allah s.w.t yang memanjangkan umur penulis dan saudara-saudara seumat islam yang lain..selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat-sahabat, para syuhada dan lain-lain lagi.

     Alhamdulilah pada hari ini penulis ingin membincangkan tentang peranan kaum muslimat dalam medan amal islami dan ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga. Ini kerana penulis melihat peranan wanita pada zaman kini agak mencabar , penulis juga melihat  kebanyakan kau wanita yang keluar mencari rezeki yang terbanyak sekali.

    Peranan muslimat di medan amal islami seringkali mendapat tentangan dari kaum adam, kerana merasakan peranan kaum hawa tidak perlu diambil kira dan peranan mereka hanya dipinggiran sahaja. Antara faktor-faktor utama ialah fahaman yang salah terhadap kaum lelaki dan keegoan kaum lelaki, dan yang lebih teruk lagi ada yang mengatakan kaum wanita itu kurang akalnya dan dianggap tidak bijak.

    Sedangkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kat umat islam bahawa perlu mementingkan kualiti bukan kuantiti...ini yang menyebabkan sesetengah jemaah islam didunia lumpuh kerana kekurangan sokongan dari kaum hawa itu sendiri. ini yang menyebabkan kaum-kaum wanita tidak dapat berjuang dalam islam kerana ada kalanya ada penentangan dari suami itu sendiri.

   Sebahagian besar  dari kalangan lelaki menyakini bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali apabila keadaan darurat sahaja. Mereka bersandarakan kepada firman Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu", namun mereka melupakan sambungan ayat ini yang bermaksud "serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu" (al-Ahzab:33).

   Ini yang sepatunya dapat difahami oleh kaum lelaki bahawa kaum wanita sepatutnya mendapatkan hak yang lebih penting dan kalau kita melihat di bumi Kelantan, ramai kaum wanita menguasai pasar-pasar mereka pergi ke pasar membeli barang dan kaum lelaki hanya duduk di kedai kopi dan memberi kewangan pada kaum wanita yang memerlukan sokongan.

   Ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga  ialah
       1.Wanita yang menjaga maruah.
       2.Wanita yang menghormati suami.
       3.Wanita yang mengikut arahan suami serta tidak membantah kecuali tidak elok.
       4.Wanita yang pandai menguruskan keluarga serta mendidik anak-anak mereka tentang islam.
       5.Wanita yang taat pada ibu bapa.
       6.Wanita yang rajin mengerjakan ibadah dan kebajikan kepada Allah s.w.t.

   Itu diantara ciri-ciri wanita yang membawa ke syurga. kalau itu dibuat niat kerana Allah s.w.t insyallah kaum wanita  akan berjaya....

Itu sahaja tazkirah yang dapat saya kongsikan bersama insyallah ada masa kita berjumpa lagi...sekian assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah....

Tiada ulasan: