IKLAN TAJAAN

November 27, 2011

HIJRAH BULAN MUHASABAH DIRI

   Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah kepada pembaca blog yang saya hormati dan saya kasihi sekalian, alhamdulilah segala puji bagi Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu kembali dalam ruangan kuliah saya di blog ini dan selawat dan salam atas junjungan kita Rasulullah s.a.w para sahabat dan yang lain-lain lagi.

     Pada hari yang mulia ini iaitu hari Awal Muharram yang disambut dan dipanggil sebagai Maal Hijrah dan sambutan tahun baru Islam, segala puji bagi Allah s.w.t,pencipta makhluk sekalian alam yang menghidupkan dan mematikan sesuatu jasad yang bernyawa. Oleh sebab itu sebagai umat islam kita mestilah bersyukur kerana masih dapat hidup sambil menghirup udara segar di bumi yang cantik dan permai ini.

     Setiap tahun kita meraikan sambutan tahun baru islam awal muharram maal hijrah, masjid dan surau di sana sini meriah dengan kuliah-kuliah yang berkaitan dgn sambutan maal hijrah,dan kita sebagai umat islam saling berazam untuk mengubah niat,diri amal ibadah dah perkara-perkara yang baik.

     Pada tahun baru hijrah ini kita perlu bermuhasabah diri, iaitu menilai diri sendiri,membuat sesuatu tindakan yang lebih baik bagi menghadapi masa hadapan. Tujuan utama muhasabah ialah bagi mengetahui kekuatan, ancaman,peluang dan dan yang penting ialah mengenalpasti kelemahan yang wujud, dan pada masa yang sama mengambil tindakan untuk memperbaikinya.

     Dalam maksud yang lebih luas kita diajak menoleh ke belakang untuk melihat adakah setiap perkara yang dilakukan telah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

     Muhasabah mengajak kita menggunakan masa dan peluang serta ruang yang ada bagi menilai kembali peranan,tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t . Apakah kita telah menjadi pembela Islam atau turut sama menghina dan mencela seperti orang kafir mecelanya ? dan adakah kita sudah merancang dan melaksanakan tuntutan Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t ???

     Kerana pada zaman ini berlaku banyak gejala-gejala sosial yang terlalu banyak sehinggakan ada yang tidak terkawal seperti berzina, membuang anak,merempit,menghisap dadah dan kejadian mencuri dan merompak sedang berleluasa sekarang. Jangan sampai Allah s.w.t menurunkan bala baru nak sedar dan bertaubat.

    Oleh sebab itu kita sebagai umat islam hendaklah bermuhasabah diri dan insaf supaya perkara-perkara ini tidak akan berlaku dan dalam bulan hijrah yang mulia ini marilah kita dan diri penulis untuk berazam supaya mengubah niat amal dan niat kita untuk menjadi umat islam yang perspektif,holistik dan beriman.

Sekian Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah..

Tiada ulasan: