IKLAN TAJAAN

April 14, 2012

RUKUN ISLAM DAN SYARAHAN

Assalamualaikum wbt,

Setiap hari kita sering mendengar rukun Islam. Rukun Islam mempunyai lima perkara dan kita sudah mengetahui atau sudah terlupa Rukun Islam tersebut, namun kita kena sentiasa mengetahui rukun-rukun Islam itu

Rukun Islam itu ialah :-

Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

  1. Menunaikan Solat 5 kali sehari semalam.
  2. Membayar Zakat.
  3. Berpuasa di Bulan Ramadhan
  4. Menunaikan Haji di Baitullah.

Kelima-lima perkara ini sangat penting kepada umat islam yang mencintai agama islam itu sendiri kerana ramai yang mempertikai dan menghina dan tidak sedar bahawa mereka mengaku mereka adalah umat Islam namun sayang sama sekali hanya di bibir sahaja tetapi di hati sudah tidak diamalkan lagi.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang menyebut:-

“ Abu Abdul Rahman; Abdullah bin Umar bin Khattab berkata “Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, “Islam itu ditegakkan atas 5 perkara, iaitu mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu persuruh Allah,mendirikan sembahyang,membayar zakat,melakukan ibadat haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan”

(Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Itu sebab macam mana hendak menegakkan Islam kenalah mematuhi rukun-rukun Islam yang hanya mempunyai 5 perkara sahaja. Berikut ialah tip-tip hadis itu tadi

1.Banyakkan membaca kalimah “La ilaha illa Allah” ini kerana yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”  sebab itu kita sebagai umat islam kenalah yakin bahawa segala pertolongan,rezeki,bala bencana itu datang dari Allah s.w.t. dan ini salah satu hadis Rasulullah s.a.w mengenai kalimah “La Iilaha Illa Allah’:-

“Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; wahai Rasulullah bagaimana kami memperbaharui iman kami ? Rasulullah bersabda: Perbanyakkanlah memgucap kalimah La ilaha illa Allah.”

(Hadis Riwayat Ahmad,Tabrani dan At-Taghrib)

Ucapan itu juga dapat memperbarui keimanan kita kepada Allah s.w.t

2. Pelihara waktu solat dan solat dengan tekun dan khusyuk. Solat memainkan peranan penting dalam amal ibadah . solat ada dua iaitu Solat fardhu dan Solat sunat, namun apa yang dikesali ialah kebanyakan umat islam ialah umat islam asyik meninggalkan solat malah ada yang melambat-lambatkan solat. Perkara ini amat dibenci malah tidak disukai oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w telah memberitahu ganjaran-ganjaran dan hikmah bagi umat Islam yang menjaga sembahyang sepanjang hayat. Ada Dua Hadis mengenai sembahyang ialah:-

1.2 “Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda: Kunci syurga ialah sembahyang dan kunci sembahyang ialah wuduk”.

(Hadis Riwayat Musnad Ahmad)

2.2 “Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Sejuk pandangan mataku ialah didalam bersembahyang”.

(Hadis Riwayat Nasai)

Sebab itu banyak lagi hadis-hadis sahih dari baginda Rasulullah s.a.w  mengenai Kelebihan Solat dan ganjaran Solat

3.Ikut cara Nabi Muhammad s.a.w bersembahyang. ada satu hadis yang menyebut “Sembahyanglah ikut cara aku bersembahyang”. Jikalau orang yang kurang faham dan tidak faham mengenai hadis tersebut, sudah tertentu orang itu tidak akan bersembahyang kerana mereka berkata “Nabi sudah wafat, macam mana nak bersembahyang ?” sebab itu  kita perlu mendengar majlis pengajian dan berjumpa dgn ustaz  dan ulama –ulama untuk mengetahui cara solat. dan solat yang kita selalu mengamalkannya adalah dari para-para sahabat

4.Banyakkan berpuasa sunat kerana ia dapat membantu mengurangkan nafsu dan ia merupakan  satu  latihan untuk kita berpuasa sebelum tiba bulan Ramadhan Al-Mubarak.

5. Simpan wang walaupun sedikit. Kumpul wang untuk mengerjakan haji. Jika kita ada kewangan yang kukuh hendaklah kita mula menyimpan sedikit demi sedikit dengan kewangan yang ada dan dinasihatkan supaya jangan membazir walaupun baru menerima pendapatan atau gaji.

6. Jika wang sudah cukup, jangan berlengah daripada mengerjakan haji, ini selalu terjadi pada orang-orang kaya dan orang-orang yang selalu sibuk sahaja yang selalu melengah-lengahkan untuk mengerjakan haji…. jadi jangan jadi begitu

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan InsyAllah kita akan bertemu lagi.. sekian terima kasih dan Assalamualaikum wbt…

 

 

 

Tiada ulasan: