IKLAN TAJAAN

Mac 05, 2011

diari seorang muslim : Fahaman sekularisme :satu virus atau ideologi?

Assalamualaikum W.B.T dan salam ukhuwah saya ucapkan pada akhwat2 sekelian.Alhamdulillah pada hari ini (3 mac 2011) saya diberi kekuatan untuk menulis lagi tentang isu2 semasa yang sedang melanda dunia Islam sekarang nie...

Saudara-Saudari sekelian,

Mengapa saya memilih tajuk ini sedangkan banyak lagi isu-isu semasa lain yang boleh diketengahkan?Ini kerana saya melihat ideologi ini semakin hari semakin berleluasa sehingga kita tidak sedari bahawa kita sebenarnya telahpun menyokong ideologi yang sesat ini dan telah pun tersesat jauh dari ajaran islam yang sebanarnya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

''Agama itu adalah nasihat.'' Kami(para sahabat) bertanya : "untuk siapa?" Baginda bersabda lagi: "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan seluruh kaum muslimin."

Bersdasarkan hadis tersebut,dapatlah kita fahami bahawa islam nie bukanlah satu ajaran semata-mata seperti yang diungkapkan oleh sesetengah pihak tetapi ia adalah satu nasihat yang berguna kepada kita sebagai hamba-Nya.Secara ringkasnya,Islam adalah "way of life''.Sebagai contoh,kita menasihati budak kecil yang tidak tahu apa-apa.Secara tidak langsung,nasihat kita itu menjadi panduan dan pedoman kepada mereka bagi membimbing mereka ke jalan yang lurus.Begitulah sebenarnya agama islam.Namun sayang seribu kali sayang apabila kita meninggalkan 'nasihat' tersebut dan mengambil jalan yang lain untuk hidup yang kononnya lebih bertamadun dan canggih.Ada yang mengatakan mereka yang berpegang kepada Al-quran dan As-Sunnah nie kolot!!!!! Nauzubillah Min Zalik.

Sebelum saya berhujah lebih jauh lagi, apakah sebenarnya sekular@ sukularisme nie? Secara ringkasnya,ianya bermula ketika Eropah dikuasai oleh gereja (dan ketika itu kalau tidak silap saya dikenali sebagai zaman kegelapan eropah.Jika saya tersilap fakta,tolong feedback kepada saya.)Disebabkan tidak mahu rakyat memberontak,pihak gereja telah menyekat perkembangan sains,teknologi dan ilmu pengatahuan.Ini bermaksud,mereka lebih suka rakyat mereka menjadi bodoh!!!!!(mintak maaf terkasar bahasa.hehehehehe).Salah satu jalan keluar bagi mereka ketika itu ialah dengan mereka terpaksa memisahkan perihal agama dengan perihal kehidupan.Maka dari situlah timbulnya sekularisme @ sekular.

Akhwat-Akhwat yang saya cintai sekelian,

Mengapa ya saya katakan sekularisme ni satu virus?Ya...mungkin ada yang beranggapan bahawa ianya adalah satu idealogi atau fahaman atau apa sahaja yang mungkin bisa terlintas di fikiran tuan-puan sekelian.Jika kita kaji balik sejarah peradaban islam,fahaman inilah yang sebenarnya menjatuhkan tamadun yang hebat dan besar yaitu kerajaan Uthmaniyah di Turki.Saper punyer keje ni?Yahudi dan fahaman sesat mereka tuan-puan!!!!!!Kamal At-Tartuk telah pun berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Turki ketika itu (kerajaan Uthmaniyyah) pada tarikh 3 march (betul ker nie?) melalui fahaman ini.Lihatlah betapa bahayanya fahaman ini saudara sarta saudaraku sekelian.Tidak cukup dengan itu, mereka menyebarkan dakyah ini ke tanah melayu sehingga kerajaan Islam yang dikenali serambi mekah,Melaka pun akhirnya jatuh tersimbam ke tangan penjajah.

Jika ditanya kepada diri saya adakah sekularisme ni membawa perkembangan kepada masyarakat,saya berani mengatakan tidak.sebab apa?sebabnya tiada bukti pun yang membuktikan fahaman ni berjaya membawa kemajuan kepada masyarakat.Walaupun pada zahirnya sekular diterjemahkan ke dalam bahasa arab adalah al-ilmaniyyah(ilmu) tetapi pada batinya ia bukanlah seprti yang ditakrifkan.Jika benar,Mengapa masyarakat yang mengamalkan fahaman ini ketandusan ilmu dan runtuh akhlaknya? Tepuk kepala tanya kenapa?Tokoh pemikir Islam, Dr. Yusuf Al-Qardawimenyatakan bahawa makna sekular adalah al-ladinniyah(tanpa agama) dan al-la'aqidah (tanpa akidah). Nauzubillah.

Kawan-kawanku sekelian,

macam seperti saya tuliskan di awal lagi,kita tidak sedari yang sebenarnya kita sudah terjebak kepada fahaman syaitan nie.Buktinya?lihat sahaja Malaysia oh tanah airku.Jika tuan-puan sedar,sebenarnya sistem perundangan kita menggunakan sistem sekular.Buktinya pada undang-undang Malaysia.Mereka tidak mengamalkan hukum hudud malah memisahkan hukum-hukum tersebut sehinggakan hukum Islam diguna pakai untuk skop yang kercil sahaja.Begitu juga dengan Mesir.Apa yang sudah berlaku?Rakyat mereka memberontak lantaran tidak bersetuju dengan Husni Mubarak yang mengamalkan sisitem sekular dalam pemerintahan beliau.Begitu juga dengan sisitem pendidikan.Misalnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sampaikan melahirkan anak luar nikah.

Sahabat-sahabatku sekelian,

Pemisahan hal keduniaan dengan hal agama sememangnya tidak boleh dipisahkan.Saya ibaratkannya bagai irama dan lagu.Jika dipisahkan,maka sumbanglah lagu tersebut.Ini kerana Alalh Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-kangkah syaitan.Sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata bagimu.

(Surah Al-Baqarah 2: 208)

Jadi,menjawab persoalan tajuk yang diberikan,saya lebih suka menyatakan ia adalah satu virus. Memetik kata-kata Al-marhum Syeikh Mutawali al-Sya'rawi sebagai peringatan kepada diri saya dan anda semua :

"Sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara yang hak dengan yang hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil.

Akhwatku sekelian,

Sebagai kesimpulanya,sekiranya kita melangakah di dunia ini dengan melaungkan Aku redha bahawa tuhanku adalah Allah S.W.T, dan islam itu Agamaku,dan NAbi Muhammad S.A.W itu nabi dan rasulku,maka wajib untuk kita menetang serta memerangi fahaman yang sesat dari Islam.Sekadar di dini sahaja ulasan saya pada kali ini.Mintak ampun sekiranya

penullisan saya ini banyak kelemahan dan ada yang tersentuh dengan penulisan saya.Hantarkan feedback anda kepada saya.Wa'allahu'allam.terima kasih kerana sudi membaca. :-)


Tiada ulasan: