IKLAN TAJAAN

Mac 07, 2011

DOA,USAHA & TAWAKAL

Musim peperiksaan sudah mula menghampiri mahasiswa dan mahasiswi UNISEL pada masa kini.Pastinya ada yang sudah bersedia dan meletakkan matlamat untuk mencapai kejayaan masing-masing.Bagi yang belum bersedia masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah keputusan jika anda benar-benar ingin berjaya.

USAHA

Allah menjadikan tiap-tiap hambanya dengan kelebihan dan kekuatan tersendiri dan dengan kudrat yang ada maka wujudlah usaha.Setiap sesuatu hal yang dilakukan harus bermula dengan usaha kerana untuk menikmati manisnya kejayaan adalah dengan setimpalnya usaha yang telah dilakukan.Niat dan cita-cita yang kuat mampu menguatkan dan menambahkan usaha.Adanya keinginan maka kita akan pasti sangat berusaha untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan perkara yang dihajati diperolehi walaupun sangat sukar.Ingatlah yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan usaha tangga kejayaan.

DOA

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

(Surah Al-Baqarah 2:255)

Setelah berusaha maka berserahlah pada Allah dengan berdoa.Percayalah hanya Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui atas sesuatu.Jika kita benar-benar berusaha dan kemudiannya berdoa insyaAllah membalasnya mengikut usaha kita.Rahmat dan kasih sayang Allah itu sentiasa ada bagi hamba yang sentiasa meminta dan bergantung padaNYA.

TAWAKAL

Akhir sekali apabila telah berusaha dan berdoa maka kita perlulah tawakal.

"Cukuplah hanya Allah sahaja bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepadaNya sahaja aku bertawakal. Tuhan yang memiliki kerajaan dan singgahsana yang maha Agung."

Dengan bertawakal pastinya hati kita akan lebih tenang dan redha dengan keputusan yang Allah kurniakan.Andai sahaja jawapannya bukan seperti yang kita harapkan janganlah berputus asa malahan tingkatkan lagi usaha dan percaya suatu masa nanti Allah akan memberikan kita yang lebih terbaik.

SALAM PERJUANGAN & SEMOGA BERJAYA!!!!

Tiada ulasan: