IKLAN TAJAAN

Mei 10, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Mendidik Anjing Lebih Baik Dari Mendidik Anak

oleh I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW pada pada 10hb Mei 2011 pukul 12.12 pagi
Hadis Tanda Akhir Zaman - Mendidik Anjing Lebih Baik Dari Mendidik Anak
by Abu Basyer on Tuesday, May 10, 2011 at 12:01am
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Banyak terdapat hadis-hadis Nabi SAW menceritakan tanda-tanda awal kiamat.  Hadis yang dinyatakan dibawah adalah tanda-tanda awal kiamat yang jelas telah berlaku di dalam masyarakat kita iaitu Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak.

Huraiannya :

Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak.

Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Apabila zaman (kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim).

Berdasarkan hadis ini menjelaskan akan sampai satu zaman yang mana mendidik anak-anak menjadi cukup sukar. Walaupun diasuh dan di didik dengan didikan Islam, di ajar membaca al-Quran, diberi pendidikan fardu ain dan diberi kasih sayang tapi jiwa anak-anak sukar untuk menerima dan menghayati iman dan tarbiah Islam seperti mencurahkan air ke daun keladi . Kesukaran ini adalah berpunca daripada terlalu banyak memakan makanan yang haram dan syubahah, terlalu banyak berhibur dan menonton telivision dengan berbagai program sehinggakan Nur Ilahi dan ilmu Islam sukar diserap masuk ke dalam jiwa-jiwa mereka. Jiwa mereka kotor dengan maksiat hinggakan taufik dan hidayah sukar untuk diterima. Lebih mudah mendidik dan mengajar sesekor anjing untuk dijadikan pengawal rumah, anjing buruan atau mengesan jejak penjenayah.

Adab dan akhlak Islam tidak dapat dihayati oleh anak-anak hinggakan mereka tidak menghormati orang tua termasuk kedua ibu bapa mereka. Maka akan lahirlah ramai anak-anak derhaka dan anak-anak yang suka kepada maksiat dan melakukan dosa.

Di akhir zaman juga melahirkan orang-orang tua yang tidak mengasihi anak-anak kecil .Jiwa mereka telah hilang sifat kasih sayang kepada anak-anak kecil. Maka di dalam masyarakat kita banyak berlaku sumbang mahram iaitu bapa merogol anak, datok merogol cucu dan anak-anak kecil di dera hinggan cedera parah dan ada yang meninggal dunia. Sifat kemanusiaan sebagai orang tua telah hilang yang ada adalah sifat kebinatangan yang hanya mengikut nafsu amarah.

Anak-anak zina semakin ramai, hasil daripada gejala sosial dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa dapat dikawal. Ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berdua-duaan tanpa ada mahram bersama. Anak zina di negara kita telah melebihi 200, 000 orang dan bertambah setiap hari , hinggakan ada sekolah khas untuk para pelajar perempuan yang mengandung anak luar nikah dan  banyak terdapat pusat-pusat pemulihan akhlak.

Nabi SAW menjelaskan juga akan berlaku di akhir zaman nanti bahawa  lelaki menyantap perempuan dijalanan. Maksudnya banyak berlaku kes-kes memperkosa wanita, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala. Bukan setakat merogol tetapi kaum wanita yang dirogol dibunuh pula dan mayatnya dilemparkan dimerata tempat. Dalam masyarakat kita sekarang ini selain kes rogol kes ragut juga menjadi-jadi hingga mendatangkan kecederaan dan kematian kepada wanita yang diragut.

Sahabat yang dimuliakan,
Kesemua lima ciri-ciri akhir zaman yang dinyatakan di dalam hadis di atas telah pun berlaku di dalam masyarakat kita. Adakah kita hnaya membiarkan perkara-perkara tersebut berlaku tanpa kita bertindak untuk mengatasinya?


Sebagai seorang mukmin yang yakin dengan janji Allah SWT setiap kebaikan akan dapat balasan, maka kita perlulah bertindak dan memperbaiki keadaan yang gawat dan sukar ini. Kita perbaiki ahli keluarga kita sendiri, saudara mara , rakan-rakan dan masyarakat kita semuanya.Kerana Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Islam bermula dagang dan akan kembali dagang. Maka berbahagilah sesiapa yang melaksanakannya semasa dagang”
(Hadis riwayat Muslim)

Semoga kita semua menjadi orang mukmin yang hidup akhir zaman yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan sentiasa dirahmati dan diredai oleh Allah SWT.

Tiada ulasan: