IKLAN TAJAAN

Mei 04, 2011

HEBATNYA SUBUH ( SIRI 1)

oleh Majlis Perwakilan Nuqaba' pada pada 04hb Mei 2011 pukul 7.19 ptg
Tersentak diri ini dan titisan air muncul dan akhirnya jatuh menyembah bumi bila seorang murabbi memberi peringatan pada ku, iaitu generasi pejuang Islam akn datang tidak lahir dari golongan yang bangkit selepas subuh!!! Hati mana, dan jiwa mana yang tidak keruan jadinya bila mana nasihat murabbi itu mengoncang jiwa ini...astagfirullah.. apa da jadi nie....sayu hati menerpa kesunyian malam, Ya allah kuatkan aku dalam langkah ku di dunia ini, ikat dan peganglah jiwa ini agar tetap dalam langkah perjuangan walau pahit sekalipun...amin..Lantas aku terpanggil untuk berkongsi bersama-sama dengan mu wahai saudara seIslam ku.. Ingat pesan junjung ssampaikan lah walau sepotong ayat.
HEBATNYA SUBUH SIRI 1 : SOLAT YANG BERAT BAGI ORANG MUNAFIK
" Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja , maka kesengajaan itu akan menjadi bukti nyata dari ciri sifat kemunafikan ."
Rasulullah S.A.W., apabila baginda meragiu keimanan seseorang pada zamannya, beliau akan memerhatikan solat subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimananya. Apabila baginda mendapati orang tadi tidak menunaikan solat subuh, nyatalah apa yang baginda ragui itu. Rasulullah S.A.W  melihat solat subuh seseorang untuk mengetahui tahap keimanannya yang sebenar.
"Sesungguhnya dua waktu solat ( subuh & Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat subuh & isyak, pastinya mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak " ( Hadis Riwayat ahmad dan An-Nasa'i "
Wahai saudara ku seIslam  catatan ini sekadar pengkongsian untuk kita bersama, marilah wahai saudara ku seIslam kita sama-sama menjaga waktu solat kita dan na uzubillah kita dari tergolong dalam golongan orang munafik...moga mohon ampun pada-Nya dan moga kita diberi kuatan untuk istiqomah dalam menjaga waktu solat kita.amin ya rabbil alamin. Maaf jika pengisian ilmu ini tidak seberapa baik saya mohon maaf atas kedhaifan ilmu saya...
Kemb@R@ $uF!
4/4/11 7.11 pm

Tiada ulasan: