IKLAN TAJAAN

Mei 04, 2011

Pangkat Duniawi Atau Tanggungjawab ???

oleh محاضر محمد pada pada 31hb Julai 2010 pukul 2.37 pagi
Setiap orang yang terlibat dalam aktiviti umum, tidak sunyi dari terdapat pada diri mereka keinginan keinginan tertentu. ada yang keinginannya supaya keadaan yang lebih rendah yang sedang ditempuhinya, berubah kepada keadaan yang lebih tinggi dari itu. tidak dapat disangkalkan keinginan seperti ini adalah merupakan sejenis keinginan nafsu. orang orang araif menyatakan perkara yang paling akhir yang keluar dari hati hati orang orang yang bernar(al siddiqin)ialah kecintaan kepada pangkat dan kebesaran. Sesetengah mereka menyatakan: orang orang yang benara sekalipun masih tidak keluar dari jiwa mereka, perasaan ingin pangkat, Cuma keinginan kepada pengkat tersebut berubah di sisi mereka dari bertujuan untuk mendapatkan kepentingan duniawi, kepada kepentingan ukhrawi dan dari kecintaan kepada pangkat kerana kebesaran pangkat itu dan isu isu duniawi yang bersifat remeh temeh yang berkait dengannya, kepada kecintaan kepada pangkat untuk kepentingan Akhirat..misalnya perolehan pangkat tersebut akan menyebabkan orang yang memperolehnya mendapat banyak pahala sebagaimana yang terdapat di dalam firman ALLAH swt:

“Dan orang orang yang menyatakan wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri isteri dan zuriat zuriat kami sebagai penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin kepada orang orang yang bertakwa” (Al Furqan 74)

Ayat ini membawa maksud jadikanlah kami pengikut kepada orang orang yang bertakwa atau jadikanlah kami sebagai ikutan teladan kepada orang orang yang bertakwa. berdasarkan makna yang kedua, orang orang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas, adalah orang orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi mereka tidak ingin memegang jawatan pimpinan itu, kerana kepentingan duniawi, kerana tuntutan sebegitu adalah tidak harus, sebagaimana yang terdapat di dalam firman ALLAH swt:

“Itulah Negara akhirat yang kami jadikannya untuk orang orang yang tidak ingin meninggikan diri di atas muka bumi dan tidak ingin melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang orang yang bertakwa”.(Al Qasas Ayat 83)

Pada asalnya, orang islam tidak boleh meminta jawatan kepimpinan dengan tujuan untuk mencari pengaruh dan kelebihan di muka bumi..sehubungan dengan itu terdapat keadaan keadaan dimana ALLAH swt meletakkan HambaNya yang dikehendakinya pada kedudukan tertentu, tetapi hamba itu melonjak lonjak untuk berpindah kepada kedudukan yang lain, kerena kepentingan nafsu yang terdapat dalam dirinya, adab kita ketika berada dalam kedudukan ini ialah MENYERAH kepada ALLAH swt, di sini kita bukan beranggapan bahawa seseorang hamba itu tidak harus memohon kepada ALLAH swt, anggapan itu adalah SALAH ..kerana anda BERKEWAJIPAN MEMINTA KEPADA ALLAH swt agar meningkatkan kedudukan anda dari kedudukan yang lebih rendah kepada kedudukan yang lebih tinggi dan dari keadaan bergelumang dengan maksiat kepada situasi ketaatan kepada ALLAH swt. Hati anda mestilah melonjak lonjak untuk mendapatkan perubahan sebegini rupa.

Apabila anda berada pada satu satu kedudukan yang ditaklifkan kepada anda melaksanakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh ALLAH Azza Wajallah, janganlah sekali kali anda menuntut supaya ALLAH swt merubah kedudukan anda itu kepada kedudukan yang lain yang lebih berbentuk memenuhi nafsu anda sendiri, kerana dibimbangi permintaan anda itu akan menyebabkan anda terjebak kepada kedudukan yang lebih RENDAH DARI ITU. Apabilah ALLAH swt meletakkan anda pada satu satu kedudukan yang memerlukan anda melaksanakan satu kewajipan berbentuk fardu ain atau fardu kifayah, keinginan anda supaya dikeluarkan dari situasi tersebut, jelas akan mengganggu gugat kewajipan yang sedang anda laksanakan itu, kerana keinginan hati anda itu sebenarnya lebih berbentuk menyahut runtuhan hawa nafsu yang bersarang di dalam diri anda sendiri…
______________________________________

Untuk diri ku yang Lalai dalam keseronokan duniawi...
Jika ada kesalahan tu tolonglah tegur ,dan yg benar itu datangnya dari ALLAH Azza Wajallah,...Maafkan sya jika ada kesalahan yg tidak dapat disedari... :)

Tiada ulasan: