IKLAN TAJAAN

Mei 04, 2011

Hukum Pelaburan Internet Dan Skim Cepat Kaya

oleh محاضر محمد pada pada 23hb Mei 2010 pukul 11.20 ptg
Keputusan:

Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

a) Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam

b) Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah:
i- Menetapkan kadar peratusan pulangan
ii- Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram
Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba" dan gharar

c) Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.

d) Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal
-------------------------
Isu Skim Cepat Kaya
-------------------------
Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:

a) Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
b) Tiada penjualan barang yang sebenar
c) Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
Keterangan/Hujah:

Asas Pertimbangan Pengeluaran Fatwa

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis di dalam membuat keputusan berkaitan Hukum Pelaburan Internet dan Skim Cepat Kaya telah menghalusi kertas kerja serta kajian Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman ( Penasihat Syariah Asia Bank) seperti berikut:

Kajian 1:
Topik Kajian : ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund & Winlifund
Pengkaji & Pembentang : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Sumber Rujukan :
a. Web setiap pelaburan internet terbabit
b. Peserta yang terlibat

MUQADDIMAH
Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis tentang

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

http://www.e-fatwa.gov.my/

Tiada ulasan: