IKLAN TAJAAN

Jun 14, 2011

[Design] Bertambah Ilmu Bertambah Amal


Jarang orang menganggap dirinya berdosa bila tidak mengamalkan ilmu yang pernah dipelajarinya terutamanya ilmu-ilmu fardhu 'ain, ilmu-ilmu memperbaiki diri. Padahal ilmu-ilmu yang kita pelajari yang tidak kita amalkan, atau tidak berniat untuk mengamalkannya, itu adalah satu dosa juga.

Berpandu dari Al Quran, jelaslah satu dosa yang nyata bagi orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Sepatutnya kita selalu berdoa dan merintih kepada Allah agar kita dilindungi dari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak diamalkan.

Kadangkala terjadi pembaziran masa dan tenaga dalam menuntut ilmu. Ilmu-ilmu fardhu ain dan baiki diri tidak sungguh-sungguh dituntut sehingga ilmu fardhu ain tidak cukup. Manakala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia seperti matematik, ekonomi , bilologi, kimia dan lain-lain walaupun tidak salah mempelajarinya tetapi dipelajari sampai berlebih-lebih.
Tetapi, jangan pula kita tidak mahu menuntut ilmu dunia dan juga ilmu akhirat kerana takut tidak mengamalkannya. Itu lebih teruk dan hina.
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
( Surah As-Saff 61: Ayat 3)

Tiada ulasan: